Peguam kanan Karpal Singh memberi amaran bahawa Parlimen tidak
boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk
membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasa hudud.
Beliau mendakwa, Enakmen Jenayah Syariah II
Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang-undang kerana
DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakmen tersebut.
“(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut
undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.
http://m.malaysiakini.com/news/259013 |
“Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang
tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Tambahnya, DAP tegas dengan pendirian menentang
pelaksanaan hukum hudud dan tidak akan bertolak ansur dengan undang-undang yang
menurutnya tidak sesuai dengan zaman ini.
Pendirian tersebut juga menjadi bukti kepada
kezahiran DAP, kata bekas pengerusi DAP itu lagi.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan
Datuk Ahmad Yaakob yang dilaporkan akan mengemukakan usul rang undang-undang
persendirian di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakannya.
Beliau berhasrat untuk mengemukakan perkara itu
mengikut Perkara 76(A) Perlembagaan Persekutuan.
“Rang undang-undang persendirian itu akan meminta
Perlimen meluluskan satu akta untuk membenarkan kerajaan negeri melaksanakan
hukum jenayah syariah di Kelantan sahaja.
“Satu lagi rang undang-undang persendirian yang
akan dibawa ialah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 supaya
boleh menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,” kata Ahmad Yaakob
seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini
No comments:
Post a Comment