Sunday, 31 August 2014

Gambar #ParlimenBaling : Hujan Batu dan Ribut, Rosakan Hampir 30 Buah Kediaman di Mukim Kupang, Kedah. @azeezputera


Kejadian ribut dan hujan batu yang berlaku pada petang tadi mengakibatkan hampir 30 buah kediaman dan premis mengalami kerosakan teruk. Beberapa batang pokok tumbang serta tiang elektrik yang patah meyebabkan bekalan elektrik terganggu.

Beberapa buah kampung yang mengalami benca alam ini ialah Kampung Padang Dan, Kampung Bokbak, kampung Iboi, Kampung masjid Iboi, Bukit Iboi dan kampung jajahan kecil yang berhampiran.

Antara gambar yang di rakamkan. Ketulan hujan batu yang sempat dirakamkan oleh rakan FB dari kampung Kuala Kuang. 

Sumber : Rakan Whatsaap









Pertubuhan Haram @cmlimguaneng : Ahli PPS Ditahan pada Sambutan #Merdeka57


Sebelum ini, PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pada 2011 beberapa kali menerima aduan daripada orang awam yang kurang senang dengan kehadiran mereka yang dilihat mengambil tugas pasukan keselamatan.


200 anggota PPS ditahan pagi ini

PULAU PINANG 31 Ogos - Hampir 200 anggotabPasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) ditahan polis ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, di sini pagi ini.


Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966. - UTUSAN

ONLINE


Keceluparan dan sikap bongkak, bodoh sombong komunis Guan Eng yang mencabar Ketua Polis Negara dalam satu video yang dimuatnaik oleh blogger Novandri.

Polis akan melakukan tangkapan terhadap ahli Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) tajaan DAP di Pulau Pinang jika sekiranya mereka masih melakukan aktiviti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini berikutan pertubuhan itu telah diklasifikasikan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).


“Kita menasihati agar PPS tidak meneruskan aktiviti mereka dan jika berdegil, tindakan tegas termasuklah menangkap mereka akan diambil,” katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabar polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mempertikaikan PPS.




Gempar !! Kereta Dibakar Dalam Rusuhan Bola Sepak #PialaMalaysia @ASTROARENA #FAM @Khairykj


Kebelakangan ini, beberapa perlawanan bola sepak Liga Malaysia dicemari dengan insiden pergaduhan antara penyokong sehingga mengakibatkan kecederaan dalam kalangan penonton dan juga media yang membuat liputan.


Terbaru berlaku di Stadium Kuching Sarawak, melibat perlawanan liga Malaysia Kimpulan B antara Sarawak menentang Perak.

Sumber dari FB Seladang Fan Club menggambarkan rusuhan yang begitu serius berlaku menyebabkan sebuah kenderaan di bakar.

Keputusan perlawanan melibatkan Sarawak menentang Perak berkesudahan seri. Sarawak 1-1 Perak 61' Mokhtar (SAR) 77' Marco Tulio (PRK)

Apakah punca berlaku peristiwa tidak diingini ini ? Apatah lagi kejadian rusuhan ini berlaku pada malam kita menyambut hari kemerdekaan.








Sunday, 24 August 2014

Hot !! EKSPO DUA NEGARA MALAYSIA & THAILAND (SDSI/OTOP) DI PEKAN BALING. #KedahSerataRata

Secara rasminya Ekspo Dua Negara antara yang menggabung kedua-dua peniaga dari Baling, Malaysia dan Yala, Thailand berkongsi lokasi memasarkan produk barangan negara masing-masing. Ekspo yang di rasmikan oleh timbalan Speakel DUN Kedah merangkap ADUN Kawasan Bayu YB Datuk Azmi Bin Husin. Turut hadir bersama The Gavernor Of Yala Province MR Dejrath Simsiri mewakili Negara Thailand.


Bertempat di Dataran Teksi Pekan Baling, bermula 22 Ogos 2014 dan akan berakhir 27 Ogos 2014 . Ekspo ini akan beroperasi bemula jam 10.00 pagi dan akan berakhir jam 10:00 malam. Selain ekspo jualan, pengunjung juga akan dihiburkan dan diserikan dengan persembahan kebudayaan dari negara masing-masing pada sebelah malamnya.



Ekspo ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala negara tersebut dan juga memperkenalkan produk-produk keluaran negera dan juga hubungan silatulrahim masyarat Melayu islam Yala dan penduduk islam islam di Derah ini. Program ini, sebagai pengisian sepena ambang Medeka 2014 di Daerah Baling yang di anjurkan oleh usahawan Perniagaan NADI. 



Saturday, 23 August 2014

Panas !! LARI BOGEL MENGELILINGI STADIUM DARUL AMAN !! @ASTROARENA


Pepatah melayu ada menyebut 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' itu perupamaan terbaik untuk merujuk kepada sahabat kita ini.(gambar hiasan)


KK malas lah nak ulas panjang berkenaan niat sahabat Ahmad Ghazali. Tetapi bagi status tersebut mengambarkan kekecewaan beliau terhadap pretasi pasukan Kedah.

Alhamdulilah malam pasukan Kedah berjaya menewaskan pasukan Sarawak untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya pada edisi Piala Malaysia kali ini.

Pulun Kedah Pulun. Keputusan penuh malam ini.
PDRM 4-1 T-Team

12' Bobby Gonzales
67' Bobby Gonzales
84' Chad Souza


ATM 0-3 Kelantan

51' Forkey Doe
60' Piya
88' Piya


Sime Darby 0-2 Selangor

18' Rangel
34' Hazwan


JDT2 1-1 LionsXII

21' Syafiq
51' Hafiz Sujad


Pahang 2-3 FELDA

17' Gopi
23' Edward
49' conti
64' Edward
77' Shukor Adan


P.Pinang 1-3 JDT

13' Amri Yahyah
14' Safiq Rahim
65' Lee Gil Hoon
67' Pereira Diaz


Sarawak FA 1-2 Kedah

32'Farhan
50'Ryan Griffith
90'+6' Mehmet


Terengganu 2-1 Perak

30' Manaf Mamat
32' Nasir Basharudin
50' Norfarhan

Tuesday, 19 August 2014

AL-FATEHAH : Kenderaan Putus Dua, 3 Anggota Tentera Maut 1 Parah. @SinarOnline


Kejadian kemalangan jalanraya di Bt 3, Jalan Kuantan - Gambang berhampiran Stesen Minyak BHP. Jenis Honda Civic Ferio no daftar BDP 2881. kenderaan tersebut tidak dapat dikawal kerana hujan lebat dan jalan yang licin lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan. rosak teruk dan terputus dua.

4 Anggota Tentera yang terlibat ialah Mohammad Faizal Bin Mohd Zainul,Shamzuri Bin Awang @ Jali, Muhammad Illias Bin Seman dan Mohd Fahmi Bin Jap berumur 25 Tahun.

Mohd Fahmi Bin Jap berumur 25 Tahun. Kg Bencang Becah, 09200 Kupang, Baling, Kedah dan 2 yang lain meninggal dunia. Manakala seorang lagi mengalami cedera parah Shamzuri Bin Awang @ Jali sedang dirawat di HTTA Kuantan.

Sumber Whatsaap.



Sunday, 17 August 2014

Info Terkini & Gambar #MisiBantuanKemanusiaan KP1M diketuai @azeezputera berdepan saat CEMAS !! #PrayForGaza #TeruskanBerdoa


Catatan seorang Sukarelawan :

Sekarang berada di Alarish menunggu feri untuk ke seberang tetapi pihak misi kemanusiaan telah ditahan oleh tentera Mesir. Sudah hampir 3 jam kami disini.

Pihak Tentera Mesir memakluman keadaan sekarang ini amat merbahaya. InshaAllah Duta Malagaia tengah berbincang untuk membenarkan Misi Bantuan sampai kepada rakyat #Palestin yang amat memerlukan pertolonga dari Kita.

Inshaallah KK akan berikan perkembangan terkini dari sana.







Friday, 15 August 2014

#SelamatkanSelangor : Pilih Antara Syurga & Neraka ? @Khalid_Ibrahim




" tu la.. doa dalam syurga elok-elok pi pilih Neraka"... inilah ayat sempoi seorang pengetua pondok.. si dua Adun PAS yang secara tiba meroyan khinzir mengingkari "amanat majlis Syura PAS" dengan menyokong "Bini peliwat" 

Agak-agak hampa... Berapa banyak la... "pelakon" lucah tu bagi....    



ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.


Pergh ! hebat depa ni... Sampaikan sumpah baiah pun depa ingkar....

#SelamatkanSelangor : Dua Adun Pas diberi tempoh 24 jam @Khalid_Ibrahim


Pas Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu di negeri ini untuk menarik balik pendirian mereka menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Pas negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata sekiranya kedua-dua Adun berkenaan - Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) - enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.

"Pas Selangor memandang serius tindakan dua Adun Pas ini yang telah mengambil pendirian dan bersikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan yang telah ditetapkan parti.

"Saya nasihati kedua-dua Adun ini untuk menarik balik tindakan (menyokong Dr Wan Azizah) atau Pas Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada

kandungan bai'ah (janji) yang telah dilafazkan sewaktu mereka menjadi calon (Adun)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. #sinaronline


Thursday, 14 August 2014

#PrayForGaza #MisiBantuanKemanusiaan KelabPutera 1Malaysia (KP1M) @azeezputera Hospital Elhelal.


Pasukan Misi Kemanusian Gaza,  sukarelawan diketuai Presiden KP1M yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Azeez hari selamat tiba di Hospital Elhelal, Mesir.

Pasukan tersebut mininjau keperluan perubatan dan bantuan lain untuk disalurkan Ke hospital berkenaan. Hospital ini juga merawat mangsa kekejaman regim zionis.



Misi dianggotai 71 sukarelawan secara keseluruhannya termasuk doktor pakar dan dijangka masuk ke Gaza pada bila-bila masa, tertakluk kepada kelulusan Mesir.