Showing posts with label bola sepak Malaysia. Show all posts
Showing posts with label bola sepak Malaysia. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

Pemain Bola Sepak #HarimauMalaya Bercinta dengan Gadis 'halimunan' Facebook. @ASTROARENA @tv3malaysia #ArenaBola #KELvsJDT


Berikut beberapa penerangan membuktikan bahawa Kekasih Putra omar sebenarnya tidak wujud di dunianya.

Mohd Putra Omar Bercinta dengan Gadis Fake Facebook

Mohd Putra Omar Bercinta dengan Gadis Fake Facebook

Daripada siasatan terperinci yang dilakukan oleh geng forum Cari tempatan, mereka mendapati bahawa gambar berkenaan adalah milik seorang wanita yang tinggal di Tanjung Aru, Sabah, dikenali dengan nama Olivia.

Mengikut andaian admin, Olivia sendiri mungkin tidak mengetahui gambarnya telah dicuri dan digunakan orang lain. Inilah antara kesan utama akan dialami jika sesuka memuatnaik gambar-gambar cantik di laman sosial untuk tatapan umum.

Mohd Putra Omar Bercinta dengan Gadis Fake Facebook

Individu yang menggunakan gambar terbabit dikatakan bertujuan untuk memikat bekas suami Rita Rudaini juga pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, namun tidak berjaya sebaliknya Mohd Asraruddin pula yang terpikat.

Terdahulu, pelakon Pierre Andre dan SM Nasarudin juga pernah bercinta dengan gadis jelita yang tidak pernah wujud di dunia realiti. Wanita itu menamakan dirinya sebagai Maya Darina Dahlan Hain dan merupakan penulis blogmadarina.blogdrive.com.


Bagaimanapun, identiti penulis blog berkenaan berjaya dikantoikan dan terus menghilangkan diri pada tahun 2008.

Sumber.
























































































































Sent from my BlackBerry 10 smartphone.



Saturday, 31 August 2013

Kedah akur kehebatan juara liga Perdana .@DuniaSukan #pialamalaysia #duniasukan #KEDAHAMANMAKMUR #rakyatnews #1Malaysia


BERIKUT keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung malam ini:
 
ATM 4 1 Johor
 
Johor Darul Takzim (JDT) 1 2  T-Team
 
Felda United 1  0 PKNS FC
 
Kelantan 2  3 Negeri Sembilan 
 
Selangor 1 1 Sime Darby
 
Terengganu 2  1 Pahang 
 
Sarawak 4  0 Kedah
 
Lions XII 2  1 Perak

KK : Kepada peminat Pasukan 'Hijau Kuning' teruskan sokongan kepada team kita. Kalah menang ada pertandingan. Team kedah akan terus unggul pada tahun hadapan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 17 August 2013

"Kedah FA intai Pasukan Liga Inggeris" tinggkat mutu permainan. @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur #HanyaDikedah @Khairikj @ASTROARENA #rakyatnews


Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerjasama yang dijalin antara Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan pasukan Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC akan mengukuhkan pembangunan sukan bola sepak negara.

"Saya berharap agar usahasama bagi Kedah FA dan Cardiff City FC akan mengukuhkan pembangunan sukan bola sepak negara," kata perdana menteri dalam twitter beliau hari ini.

Dua hari lepas, Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) akan bekerjasama dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, Cardiff City F.C. dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan bola sepak negeri dan pengurusannya.


Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak berlangsung di sini malam tadi. KFA diwakili Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat KFA Aminuddin Omar manakala Cardiff City F.C. diwakili Pengarahnya Datuk Lye Ek Seang.


Majlis tersebut disaksikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir yang juga presiden KFA serta Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan yang juga pemilik Cardiff City F.C.


Mukhriz dalam ucapannya berkata kerjasama hasil MoU itu akan dibincangkan dengan segera dan KFA akan mendapat banyak bantuan daripada kelab Liga Perdana Inggeris itu terutama dalam aspek kejurulatihan dan pendekatan terkini dalam bola sepak.

Katanya kedua-dua pihak juga akan berbincang soal pertukaran pemain selain latihan bersama sama ada di Kedah atau di Cardiff City.

"Juga ada cadangan untuk membina akademi bola sepak melibatkan kedua-dua pihak. Ia bukan hanya untuk negeri Kedah tetapi juga untuk zon utara. Prasarana di akademi ini akan menguntungkan negeri Kedah...kerajaan negeri juga sedang cuba untuk mendapatkan penajaan daripada pelbagai pihak," katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Mukhriz berkata pihaknya akan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan akademi itu yang mungkin dibina di tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di Sungai Petani.

"Beliau (Tan) banyak pengalaman setelah menjadi pemilik Cardiff City. Mungkin Cardiff City mempunyai kaedah untuk meningkatkan prestasi pemain dan jurulatih selain pengurusan. Saya yakin bahawa itu akan membantu KFA.

"Yang penting adalah prasarana yang akan ditambah baik dengan suntikan tenaga mahir dan jurulatih yang dikenal pasti oleh Tan Sri sebagai pemilik Cardiff City. Ia bukan hanya tentang pemain tetapi bagaimanapun kita mengurus sebuah pasukan bola sepak," katanya.

Sementara itu, Tan berkata beliau berharap rundingan kerjasama untuk pembinaan akademi bola sepak itu diadakan secepat mungkin dan jika tapaknya sesuai ia boleh dibina dalam masa terdekat.


"Akademi bola sepak ini akan menjadi pelaburan peribadi saya sendiri," katanya. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 25 July 2013

@MukhrizMahathir ganti Ustaz Azizan Razak teraju KFA. #HanyaDikedah @Khairikj @ASTROARENA #rakyatnews

Sejarah hijaukuning penuh dengan tradisi kegemilangan. 

YB Dato' Paduka Mukhriz bin Mahathir telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan kerusi Presiden KFA sebentar tadi. Manakala Tn Syed Khairol Anuar ketika ini memangku jawatan Setiausaha Kehormat dan Bendahari.

Semoga perlantikan ini bakal melonjak pasukan hijaukuning ke persada tertinggi Liga Malaysia.

Buat mantan Presiden KFA, Tan Sri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak dan Dato' Dr. Hj Hamdan Bin Mohamed Khalib, biar jasa jadi kenangan.

UCAPAN ALUAN
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ PADUKA
PRESIDEN KFA

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berhormat Encik Aminuddin bin Omar,
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Yang Berbahagia 
Dato’ Paduka  Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah
Timbalan Presiden KFA

Yang Berbahagia
Naib-Naib Presiden KFA, iaitu
Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim
Dato’ Jefferey Low Han Chau
Dato’ Haji Shukri Hashim

Yang Berbahagia



Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin

Pemangku Setiausaha Kehormat KFA.

Ahli-Ahli Eksekutif KFA

Pengerusi serta wakil persatuan-persatuan

Serta perwakilan serta pemerhati yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi  kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya, maka dapat kita bersama dalam Messyuarat Luar Biasa KFA 
pada petang ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) yang telah memberi kepercayaan sebulat suara kepada saya selaku Presiden KFA sehingga tahun 2014.
Sesungguhnya amanat dan tanggungjawab ini amatlah berat memandangkan sukan bolasepak amat memberi “kesan yang mendalam ” kepada Negeri Kedah Darul Aman dan rakyat keseluruhannya.
Photo: Tahniah kepada YB Dato' Paduka Mukhriz bin Mahathir dan Tn Syed Khairol Anuar B Syed Abidin yang akan meneruskan legasi pengurusan Kedah FA.

Sejarah hijaukuning penuh dengan tradisi kegemilangan. 

PULUN KEDAH PULUN!
Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada   bekas   Presiden   Persatuan  Bolasepak Kedah Darul Aman ( KFA ) iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Di Raja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak di atas jasabaik dan sumbangan beliau kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman.


Dewasa ini banyak pihak memperkatakan mengenai sukan nombor satu Negara iaitu bolasepak. Ia adalah sejenis sukan yang agak luas untuk diulas dan diperkatakan.Tetapi bagi saya, kita sebagai pihak yang bernaung di bawah KFA mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mahu melihat kejayaan demi kejayaan dilakarkan sekaligus mengharumkan nama baik negeri Kedah dalam bidang sukan terutamanya bolasepak.

Maka kita seharusnya bertanya pada diri kita sendiri, selama kita diamanahkan memikul amanah dan tanggungjawab ini, sejauh manakah atau apakah yang telah kita sumbangkan bagi kemajuan dan kecemerlangan KFA.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

KFA mempunyai beberapa agenda pembangunan untuk dibangunkan.  Kita mempunyai pasukan Liga Perdana, Pasukan Piala Presiden, Pasukan Futsal, Pasukan Bolasepak Pantai, Kenari Kid dan seumpamanya selain Pembangunan Kejurulatihan atau Pengadilan. Selaku Presiden yang baru, saya akan menilai semula keperlua program- program yang sedia ada ini bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kos dan matlamat KFA itu sendiri.

Suka atau tidak, pasukan Liga Perdana kita amatlah penting bagi menggambarkan sebenar imej KFA. Jika kuat dan menang, maka ia akan memberi impak yang amat besar pada KFA. Sebagai contoh, kutipan tiket dan jumlah penonton akan bertambah jika kita menang, begitu jugalah sebaliknya.


Para penyokong walau di mana-mana sekalipun mahukan pasukan kesayangan mereka mencapai kemenangan. Tetapi yang lebih penting adalah mutu persembahan, jika kalah sekalipun mutu permainan mereka mestilah bagus dan penyokong pasti akan berpuas hati.

Inilah yang mahu saya tekankan, konsistensi pasukan perlu sentiasa seimbang, semua yang terlibat haruslah mengambil ingatan bahawa penonton datang dan membeli tiket, mereka mahukan sesuatu yang terbaik daripada kita.

Sepertimana  kita  sedia  maklum   bahawa   saingan  Piala  Malaysia 
(Primier Cup) 2013 akan bermula 2 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Pengundian pertandingan Piala Malaysia akan diadakan pada 27 Julai 2013 nanti dan saya amat berharap Pasukan Utama kita akan dapat bersaing dan mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga kita layak ke pentas Final nanti.  Saya bukanlah ingin mendabik dada, tetapi saya percaya kepada kualiti pemain-pemain yang ada dan mereka mempu mencapai kejayaan, Insyaallah. Kejayaan pasukan kita nanti juga pastinya adalah hadiah utama kepada peminat nombor satu bolasepak Kedah iaitu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda  Yang DiPertuan Agong serta 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian 

Saya dimaklumkan dalam setahun, KFA berbelanja lebih dari RM6 Juta Ringgit.  Di kesempatan ini saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada PKNK khususnya yang menjadi penyumbang terbesar.  Selain daripada itu kita juga menerima sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjumlah hampir RM 6 juta. Pelaburan kita agak besar jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Perdana lain, tetapi mereka dilihat lebih berjaya dari kita apabila berjaya melakar kejayaan bermakna baru-baru ini.

Perkara ini membuatkan saya terfikir, apakah pasukan bolasepak kita diurus dengan betul? Atau perlukah satu lonjakan paradigma di dalam sistem pengurusan sukan bolasepak negeri Kedah ini? Saya bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab- kelab terkemuka di peringkat antarabangsa bagi membolehkan para penggerak bolasepak di negeri Kedah ini akan dapat mempelajari dan mendalami ilmu pengurusan pasukan, pengurusan stadium, pengurusan kelab penyokong dan pengurusan kewangan pasukan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ,

Sepertimana pihak tuan-tuan sedia maklum, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional hari ini mempunyai ‘Akujanji’ yang khas berkaitan dengan sukan bolasepak. Ianya terkandung di dalam manifesto Barisan Nasional Negeri Kedah Darul Aman menjelang PRU yang lepas. Ianya adalah untuk menebus kembali kegemilangan Bolasepak Kedah melalui pembangunan di semua peringkat di seluruh Negeri Kedah Darul Aman. Oleh yang demikian, tugas kita menjadi semakin mencabar dengan harapan yang menggunung daripada seluruh penyokong pasukan Hijau Kuning!

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha  mengadakan kongres ( EGM ) pada hari ini.Bagi saya, setelah diberi amanah sebagai Presiden yang baru ini, ingin saya nyatakan rasa hormat saya ke atas kelebihan, pengalaman serta kepakaran yang  tuan-tuan miliki dan sama-samalah kita berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada bagi mengangkat mutu sukan bolasepak di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KK : Khas buat penyokong Bola Sepak Hijau Kuning, KK letakan video perlawanan paling sempoi..untuk hampa semua Jom kita penuhi Stadium keramat untuk sorakan semangat buat pasukan Kita..

Saturday, 29 June 2013

Kelantan Juara #pialaFA2013 kalahkan #JDT . #finalFA @ASTROARENA


Gol jaringan dari Mohd Norfarhan pada minit ke-16 membawa Pasukan Kelantan menjuarai Piala FA mengatasi Johor Darul Takzim (JDT).



Sekali lagi Kelantan berjaya mengekalkan kejuaran Piala FA Malaysia untuk 2 tahun berturut-berturut. Di bawaj kendalian jurulatih Bojan Hodak, Kelantan berjaya meranapkan impian pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk bergelar kejuaraan pertama musim ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 15 June 2013

Panas !! RM30 Juta Azzuddin bersikap 'jeneral tentera' dalam #FAM - @AnnuarMusa @KelateDotNet @Khairykj @ASTROARENA #kakibola #PialaFA2013


Isu berkenaan dengan Badan induk Bolak Sepak Malaysia FAM masih lagi hangat diperkatakan. FAM seolah-olah masih lagi 'Kebal' dari sebarang kritikan dan nasihat. Selepas FAM di 'tegur' oleh Penaung pasukan JDT kali ini pula Penasihat KFA mengambil tempat. Apakah nasib 2 orang kuat yang mewakili peminat bola sepak Malaysia sama dengan YB Dato' Shahidan Kasim.

Bernama melaorkan : PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Annuar berkata, jumlah tersebut sepatutnya digunakan bagi membantu persatuan negeri yang menghadapi masalah kewangan.

"Apabila saya merundingkan tajaan bagi Liga Malaysia menerusi MSL (Malaysian Super League), kita menjual segala hak milik negeri yang merupakan pihak yang beraksi menjayakan liga, matlamat kita ialah untuk menjana pendapatan lebih tinggi kepada negeri-negeri.

"Sekarang, kita harus tahu ke mana tajaan RM30 juta setahun itu dibelanja dan dibelanjakan di 'dapur' mana? Ia satu kesalahan kalau dianggap tajaan itu milik FAM, ia milik liga dan sebahagian besar hasil tersebut adalah untuk memajukan liga.

"Kalau dibiar peserta liga mati, akhirnya Liga Malaysia juga akan mati. Dapur persatuan negeri juga adalah dapur FAM," kata Annuar dalam laman sosial Facebook beliau semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, bukan tugas badan induk itu 'menjaga dapur orang lain' dan FAM sudah melakukan apa yang sepatutnya termasuk pemberian geran tahunan kepada setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier.

"90 peratus punca pendapatan FAM datangnya daripada persatuan bola sepak negeri dan tidak adil jika FAM tidak mengambil tahu masalah mereka.

"Persatuan bola sepak negeri adalah 'dapur' FAM kerana daripada merekalah, FAM kutip hasil dari denda, levi dan bayaran penajaan," katanya yang juga bekas Timbalan Presiden FAM.

Dalam pada itu, Annuar terus 'berperang' dengan Azzuddin yang dianggapnya bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam FAM.

Annuar berkata, masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu berasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera, sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM, ada exco yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.

Annuar berkata, jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada exco FAM, sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.

"Justeru, tanggungjawab (Setiausaha Agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan exco, urusetialah yang berkuasa," katanya.

KK : Bila berada diatas jenguklah orang dibawah.. tak kan sampai tak boleh nak ditegur....Hebat sangatkah FAM !!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













Saturday, 1 June 2013

Terkini & Panas !! Sultan Ahmad Shah terkilan teguran @Khairykj @ASTROARENA #JDT #kakibola #PialaFA2013


Sukan bola sepak di Malaysia semakin panas dengan bermulanya insiden yang melibatkan pasukan Pahang dan Johaor Darul Takzim baru-baru ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini. Menurut sinar harian.

Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan.

"Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih," titah baginda yang dipetik dari portal Astro Awani, hari ini.

Semalam, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.

Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

KK : Ada sahabat mengeluarkan kenyataan " Badan sukan tidak boleh diketuai oleh Sultan atau Kerabat Sultan. Tiada ruang untuk mengkritik. Sukan akan jadi mundur" Apa pendapat 'korang' plak ?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 28 May 2013

Terkini !! dari Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang. @ASTROARENA. 'SAH' Pelawanan ditangguhkan. #JohorDT #kelantan #PialaFA2013 #fam

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bercakap dengan anggota keselamatan ketika turun ke padang bagi mententeramkan penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, malam Selasa. Para penyokong Pahang terpaksa duduk di trek stadium akibat kehadiran penyokong yang terlalu ramai. Perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akhirnya ditunda ke hari lain. -Foto BERNAMA

Maklumat dari pegawai FAM, mengesahkan pelawanan separuh akhir Pahang melawan Johor Darul Takzim ditangguhkan.

Pengadil dan pegawai pertanding FAM, membuat keputusan bahawa perlawanan yang dijadualkan berlansung pada malam ini ditangguhkan berdasarkan aspek keselamatan.

Stadium Darul Makmur Kuantan yang boleh memuatkan kapasiti penonton seramai hampir 35 ribu orang sahaja. Pada malam ini, Stadium berkenaan menerima jumlah kehadiran peminat dan penonton melebihi jangkaan apabila melimpah sehingga ke 'trek' dan padang.

Keputusan menangguhkan demi keselelamatan penonton dan juga pemain kedua-dua pasukan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 29 March 2013

Artikel 88 : Rajagopal bakal berdepan hukuman berat . @ASTROARENA @KieranHotfm #JohorDT


Peraturan Artikel 88 terus dikritik hebat oleh orang ramai termasuk pemimpin dan pembaca The Star selepas jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagopal bakal berdepan tindakan berat kerana memberi komen selepas tamat perlawanan.

Rajagobal menyuarakan kekecewaannnya mengenai kekurangan penyerang semula jadi tempatan di dalam Liga Malaysia tetapi kenyataannya disifatkan sebagai mengkritik skuad kebangsaan.Beliau kini bakal hukuman berat daripada jawatankuasa disiplin FAM.

Peminat bola sepak tempatan dan orang awam berasa kesal dengan keputusan FAM untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada jurulatih berusia 56 tahun itu kerana didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.Bekas Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, badan induk bola sepak negara itu terlalu sensitif dan tidak memberikan sedikit kebebasan.
"Ia hanya pendapat dan saya percaya ia tidak membawa kemudaratan atau (sebarang keinginan) untuk melemahkan dasar, "kata Khairy.

"Saya percaya FAM menghantar mesej yang salah kepada orang ramai. Lihat, saingan EPL (Liga Perdana Inggeris) bagaimana (Pengurus Manchester United Alex Ferguson) dan Pengurus Arsenal, Arsene Wenger) menyuarakan pendapat mereka. FAM sepatutnya memberi lebih kebebasan kerana individu didalamnya tidak akan memusuhi FAM. Amat menyedihkan kerana jurulatih kebangsaan tidak terkecuali...untuk menyuarakan pandangan profesionalnya.

"Sekiranya saya masih bersama FAM, saya tidak akan menyokong Artikel 88. Malah, saya mungkin akan menerima nasib sama," katanya.Rajagopal yang dicalonkan sebagai penerima anugerah jurulatih AFF didakwa memberikan komen selepas pasukan kebangsaan tewas 4-1 kepada Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada 17 Mac lalu.

Beberapa personaliti sukan terkemuka yang pernah dikenakan tindakan di bawah Artikel 88 adalah bekas jurulatih skuad kebangsaan B. Sathianathan, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan terbaru, Presiden Bola Sepak Johor, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia amat bimbang mengenai bilangan individu yang dikenakan hukuman di bawah Artikel 88 sejak 2009.

"Sudah semestinya, peraturan tetap peraturan...tiada apa yang boleh dilakukan. Namun, saya bimbang kerana ramai orang yang dikenakan kad merah seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim...dan kita mungkin tidak mempunyai ramai pemain," katanya.

Sementara itu, pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, keghairahan FAM terus menghukum individu yang melanggar peraturan Artikel 88 menyebabkan FAM lupa fungsi sebenarnya sebagai badan induk bola sepak negara.

Justeru, beliau menasihati pengurusan dan pentadbiran FAM agar berhenti berlagak seperti 'polis dengan menangkap dan menghukum pesalah', sebaliknya perlu segera kembali kepada objektif asal penubuhannya untuk mentadbir dan membangunkan bola sepak Malaysia.

"FAM dianggap berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia selagi mereka gagal melaksana tanggungjawab mengembalikan semula era kegemilangan skuad Harimau Malaya seperti pada awal 50-an dan 60-an.

"Jika tidak mampu membawa pasukan kebangsaan mara ke Piala Dunia, setidak-tidaknya FAM perlu berusaha membawa pasukan negara layak ke Sukan Olimpik dan bukannya undur belakang," katanya.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 19 December 2012

PANAS !!! Benarkah Logo Johor FC logo "CIPLAK" ? #FAM


Dari akaun twitter @BolasepakMY  kami diberitahu logo pasukan bolasepak Darul Takzim FC dikatakan meniru logo Richmond FC. Richmond FC ialah sebuah pasukan bolasepak undang-undang Australia  yang ditubuhkan pada tahun 1885. Logo Richmond FC di bawah mula digunakan tahun. Jadi siapa tiru siapa?

Apabila pergi ke forum Bigfooty AFL pula, ada pula yang menuduh logo Richmond FC ditiru dari logo minuman keras Tiger Beer. Maka siapa tiru siapa? Tiruception?

Tuesday, 4 September 2012

BINTANG BOLA SEPAK ENGLAND AKAN SERTAI LIGA MALAYSIA



Bola sepak tempatan semalam dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M). Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, Jun lalu.


 Menurut berita-berita yang tersiar di internet, sekumpulan usahawan tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1 juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan oleh United kepadanya musim lalu. 



 Tidak dinyatakan pasukan manakah yang berminat untuk mendapatkan bekas bintang Piala Dunia England itu, namun Johor FA antara yang dikaitkan dengan pembelian pemain tersebut. Ini kerana Presidennya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberitahu sebuah akhbar tempatan bulan lalu, bahawa beliau berminat untuk membawa masuk beberapa pemain bertaraf dunia, termasuk Owen.  



Selain Owen, pemain yang dikatakan turut menarik minat Tunku Ismail adalah dua penyerang Argentina, Andres D'Alessandro (31 tahun) dan Pablo Aimar (32), penyerang Perancis, David Trezeguet (34) serta tonggak tengah Brazil, Elano Blumer, 31. Selain Johor FA, Kelantan dan Selangor turut dikaitkan dengan Owen malah terdapat versi berita yang menyebut kelab yang mengintai khidmat penyerang itu sedang mendahului kumpulan dalam saingan Piala Malaysia. Empat pasukan menjadi pendahulu Piala Malaysia ketika ini, LionsXII (Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) dan Pahang (Kumpulan D).



 Biarpun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, namun sehingga tempoh perpindahan pemain ditutup, 31 Ogos lalu, Owen, yang pernah menyarung jersi Liverpool, United, Real Madrid dan Newcastle United masih belum menyertai mana-mana pasukan. Akhbar Britain sebelum ini melaporkan pemain kelahiran Chester, England itu telah menolak tawaran dua kelab besar Eropah kerana enggan keluar daripada Liga Perdana Inggeris.



Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kelmarin menyuarakan minat untuk membawa Owen kembali ke Anfield, maslah minat yang sama disuarakan Stoke City. Pada zaman kegemilangannya, Owen merupakan bintang besar Liverpool dan England.


Dia telah membuat 216 penampilan buat Reds dan menghasilkan 118 gol. Bersama Newcastle United, dia beraksi 71 kali dan menjaringkan 26 gol. Karier Owen bersama 
Real tidak begitu gemilang apabila menjaringkan 13 gol daripada 36 perlawanan, manakala di United dia tenggelam bersama hanya lima gol dalam 31 perlawanan. Sepanjang menyarung jersi England dari 1998 hingga 2008, dia telah memiliki 89 cap dan menjaringkan 40 gol. GPB