Thursday 25 July 2013

@MukhrizMahathir ganti Ustaz Azizan Razak teraju KFA. #HanyaDikedah @Khairikj @ASTROARENA #rakyatnews

Sejarah hijaukuning penuh dengan tradisi kegemilangan. 

YB Dato' Paduka Mukhriz bin Mahathir telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan kerusi Presiden KFA sebentar tadi. Manakala Tn Syed Khairol Anuar ketika ini memangku jawatan Setiausaha Kehormat dan Bendahari.

Semoga perlantikan ini bakal melonjak pasukan hijaukuning ke persada tertinggi Liga Malaysia.

Buat mantan Presiden KFA, Tan Sri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak dan Dato' Dr. Hj Hamdan Bin Mohamed Khalib, biar jasa jadi kenangan.

UCAPAN ALUAN
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ PADUKA
PRESIDEN KFA

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berhormat Encik Aminuddin bin Omar,
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Yang Berbahagia 
Dato’ Paduka  Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah
Timbalan Presiden KFA

Yang Berbahagia
Naib-Naib Presiden KFA, iaitu
Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim
Dato’ Jefferey Low Han Chau
Dato’ Haji Shukri Hashim

Yang Berbahagia



Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin

Pemangku Setiausaha Kehormat KFA.

Ahli-Ahli Eksekutif KFA

Pengerusi serta wakil persatuan-persatuan

Serta perwakilan serta pemerhati yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi  kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya, maka dapat kita bersama dalam Messyuarat Luar Biasa KFA 
pada petang ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) yang telah memberi kepercayaan sebulat suara kepada saya selaku Presiden KFA sehingga tahun 2014.
Sesungguhnya amanat dan tanggungjawab ini amatlah berat memandangkan sukan bolasepak amat memberi “kesan yang mendalam ” kepada Negeri Kedah Darul Aman dan rakyat keseluruhannya.
Photo: Tahniah kepada YB Dato' Paduka Mukhriz bin Mahathir dan Tn Syed Khairol Anuar B Syed Abidin yang akan meneruskan legasi pengurusan Kedah FA.

Sejarah hijaukuning penuh dengan tradisi kegemilangan. 

PULUN KEDAH PULUN!
Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada   bekas   Presiden   Persatuan  Bolasepak Kedah Darul Aman ( KFA ) iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Di Raja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak di atas jasabaik dan sumbangan beliau kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman.


Dewasa ini banyak pihak memperkatakan mengenai sukan nombor satu Negara iaitu bolasepak. Ia adalah sejenis sukan yang agak luas untuk diulas dan diperkatakan.Tetapi bagi saya, kita sebagai pihak yang bernaung di bawah KFA mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mahu melihat kejayaan demi kejayaan dilakarkan sekaligus mengharumkan nama baik negeri Kedah dalam bidang sukan terutamanya bolasepak.

Maka kita seharusnya bertanya pada diri kita sendiri, selama kita diamanahkan memikul amanah dan tanggungjawab ini, sejauh manakah atau apakah yang telah kita sumbangkan bagi kemajuan dan kecemerlangan KFA.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

KFA mempunyai beberapa agenda pembangunan untuk dibangunkan.  Kita mempunyai pasukan Liga Perdana, Pasukan Piala Presiden, Pasukan Futsal, Pasukan Bolasepak Pantai, Kenari Kid dan seumpamanya selain Pembangunan Kejurulatihan atau Pengadilan. Selaku Presiden yang baru, saya akan menilai semula keperlua program- program yang sedia ada ini bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kos dan matlamat KFA itu sendiri.

Suka atau tidak, pasukan Liga Perdana kita amatlah penting bagi menggambarkan sebenar imej KFA. Jika kuat dan menang, maka ia akan memberi impak yang amat besar pada KFA. Sebagai contoh, kutipan tiket dan jumlah penonton akan bertambah jika kita menang, begitu jugalah sebaliknya.


Para penyokong walau di mana-mana sekalipun mahukan pasukan kesayangan mereka mencapai kemenangan. Tetapi yang lebih penting adalah mutu persembahan, jika kalah sekalipun mutu permainan mereka mestilah bagus dan penyokong pasti akan berpuas hati.

Inilah yang mahu saya tekankan, konsistensi pasukan perlu sentiasa seimbang, semua yang terlibat haruslah mengambil ingatan bahawa penonton datang dan membeli tiket, mereka mahukan sesuatu yang terbaik daripada kita.

Sepertimana  kita  sedia  maklum   bahawa   saingan  Piala  Malaysia 
(Primier Cup) 2013 akan bermula 2 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Pengundian pertandingan Piala Malaysia akan diadakan pada 27 Julai 2013 nanti dan saya amat berharap Pasukan Utama kita akan dapat bersaing dan mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga kita layak ke pentas Final nanti.  Saya bukanlah ingin mendabik dada, tetapi saya percaya kepada kualiti pemain-pemain yang ada dan mereka mempu mencapai kejayaan, Insyaallah. Kejayaan pasukan kita nanti juga pastinya adalah hadiah utama kepada peminat nombor satu bolasepak Kedah iaitu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda  Yang DiPertuan Agong serta 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian 

Saya dimaklumkan dalam setahun, KFA berbelanja lebih dari RM6 Juta Ringgit.  Di kesempatan ini saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada PKNK khususnya yang menjadi penyumbang terbesar.  Selain daripada itu kita juga menerima sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjumlah hampir RM 6 juta. Pelaburan kita agak besar jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Perdana lain, tetapi mereka dilihat lebih berjaya dari kita apabila berjaya melakar kejayaan bermakna baru-baru ini.

Perkara ini membuatkan saya terfikir, apakah pasukan bolasepak kita diurus dengan betul? Atau perlukah satu lonjakan paradigma di dalam sistem pengurusan sukan bolasepak negeri Kedah ini? Saya bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab- kelab terkemuka di peringkat antarabangsa bagi membolehkan para penggerak bolasepak di negeri Kedah ini akan dapat mempelajari dan mendalami ilmu pengurusan pasukan, pengurusan stadium, pengurusan kelab penyokong dan pengurusan kewangan pasukan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ,

Sepertimana pihak tuan-tuan sedia maklum, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional hari ini mempunyai ‘Akujanji’ yang khas berkaitan dengan sukan bolasepak. Ianya terkandung di dalam manifesto Barisan Nasional Negeri Kedah Darul Aman menjelang PRU yang lepas. Ianya adalah untuk menebus kembali kegemilangan Bolasepak Kedah melalui pembangunan di semua peringkat di seluruh Negeri Kedah Darul Aman. Oleh yang demikian, tugas kita menjadi semakin mencabar dengan harapan yang menggunung daripada seluruh penyokong pasukan Hijau Kuning!

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha  mengadakan kongres ( EGM ) pada hari ini.Bagi saya, setelah diberi amanah sebagai Presiden yang baru ini, ingin saya nyatakan rasa hormat saya ke atas kelebihan, pengalaman serta kepakaran yang  tuan-tuan miliki dan sama-samalah kita berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada bagi mengangkat mutu sukan bolasepak di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KK : Khas buat penyokong Bola Sepak Hijau Kuning, KK letakan video perlawanan paling sempoi..untuk hampa semua Jom kita penuhi Stadium keramat untuk sorakan semangat buat pasukan Kita..

No comments:

Post a Comment