Manusia yang dikuasai akal mampu melihat wanita dengan skirt pendek tanpa terdetik sedikit pun pemikiran mengenai seks, tetapi manusia yang dikuasai nafsu akan melihat seks dalam anak gadis sebaya anaknya yang berpakaian sekolah sekali pun.
SIAPA SEBENAR MAT SABU ?
Orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.
Bukan meraih simpati untuk mendapat undi sebaliknya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina penduduk Kuala Besut sebagai masyarakat pedalaman yang kuno menyebabkan mereka dibelenggu kesusahan dalam hidup.
Malah, beliau turut melemparkan penghinaan serupa kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Langkap, Ajil, Hulu Besut selain Kuala Besut. Bukan setakat itu, beliau mendakwa sokongan pengundi kawasan itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) selama ini adalah kerana penduduk di kawasan berkenaan tiada pilihan melainkan terpaksa menagih bantuan daripada parti berkenaan. “Masyarakat yang kelas pertengahan, orang kelas pertengahan dan pinggir bandar memang mereka kembali kepada pakatan pembangkang, cuma di pedalaman ini (Kuala Besut)... kuno, saya tak salahkan mereka kerana di pedalaman ini selalunya kekurangan maklumat.
“Sebab itulah kita lihat, BN bertahan di DUN Langkap, Ajil, Hulu Besut dan Kuala Besut di kawasan yang taraf hidup masyarakatnya yang rendah itu agak ramai kalau dibandingkan di Marang, Kuala Terengganu, Dungun atau Kuala Nerus,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah di pekan Kuala Besut, di sini, malam, kelmarin.
Dalam ucapannya selama 20 minit itu, Mat Sabu tanpa mempedulikan kesucian Ramadan, turut menyerang peribadi pemimpin BN.
SIAPA MAT SABU nak PERTIKAI AZEEZ
RAHIM ?
Beliau menjadikan isu pelantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi baru Lembaga Tabung Haji (TH) baru sebagai modal kempen dengan mendakwa Ahli Parlimen Baling itu hanya bertaraf ‘jurujual kereta’.
Beliau turut mempertikaikan pelantikan oleh kerajaan itu kerana Abdul Azeez dianggap tidak layak berada pada kedudukan berkenaan dengan memimpin organisasi
seperti Tabung Haji.
“Saya terima panggilan daripada pemimpin UMNO, kata abang Mat, orang UMNO amat-amat kesal sekarang ini, lantik Pengerusi Tabung Haji orang yang hanya bertaraf jual kereta... dia kata tolong bagi tahu rakyat Besut, menangkan pakatan pembangkang,” katanya dalam ceramah berkenaan-sumber MyMetro
'skandal seks mat sabu'
Mat Sabu sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.
Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.
SO... Nilailah sendiri...
Akal dan nafsu adalah dua perkara yang mengimbangi sesama sendiri. Jika otak seseorang itu tidak diisi dengan ilmu dan perkara-perkara penting maka ia akhirnya akan dipenuhi dengan nafsu. - sumber
KK : MAT-MAT.... masih tak ubah kau yer.... dah "gila" selepas kalah di Pendang..
No comments:
Post a Comment