Saturday, 6 July 2013

AWAS !! Media di ugut Saman, jika teruskan pembongkaran kisah Anwar Ibrahim dan mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla. #Parlimen2013 #BLACK505


Pemberita yang mengulang kenyataan berkaitan mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla berhubung dakwaan dana asing yang disalurkan kepada parti pembangkang dalam himpunan tolak keputusan pilihanraya umum ke 13 (PRU13) Blackout 505 bakal dihadapkan ke mahkamah.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan yang tidak beretika itu perlu dibendung bagi mengelak budaya fitnah terus meracuni pemikiran rakyat.

Malah dakwaan Ahli Parlimen Simpang Renggam (BN) Liang Teck Meng yang mengatakan beliau mempunyai 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel disifatkan sebagai fitnah bagi memburukkan namanya serta menjadi pemainan kotor media Umno.

"Hebat saya, semua dunia menyokong saya, Kes Ahli Parlimen Simpang Renggam, kita tunggu dia ulang di luar untuk kita ambil tindakan.

"Saya gesa media yang melaporkan supaya membetulkan kerana peguam akan menulis surat bantahan dan aduan kes ini ke mahkamah," beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Selasa lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam mendakwa Anwar yang juga Ketua Pembangkang semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri memiliki 20 akaun bank di luar negara termasuk di Israel.

Malah kemasukan dana asing yang didakwa disalurkan kepada parti pembangkang mengundang kepada campurtangan kuasa barat dalam dunia politik Malaysia.

Sehubungan itu beliau mendesak pihak berwajib supaya segera menyiasat demi keselamatan negara.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan berhubung kenyataan mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang dikeluarkan oleh seorang Ketua Editor yang dikenali dengan nama Azharri di portal Merdeka Online dan kemudiannya dipetik Berita Harian adalah tidak benar sama sekali.

"Sepanjang minggu ini Berita Harian, media Umno serang saya. Berhubung kenyataan mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang juga sahabat lama saya dan Datuk Seri Najib.

"Serangan keras termasuk mengenai dana asing. Saya ambil masa untuk mengulas (isu ini) kerana ingatkan persahabatan lama dan baik dengan Pak Jusuf.

"Di awalnya saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan (sedemikian) kerana ia mula dikeluarkan oleh blog pro-Umno dan kemudian Berita Harian hebahkan," ujar beliau

Sehubungan itu Anwar membaca kembali ringkasan nota yang dikatakan dihantar oleh Jusuf kepadanya yang menyebut, 'Ada tulisan Azharri yang dibuat Berita Harian tidak benar, beliau (Azharri) ingin temubual, tapi saya tolak. Tulisan itu tidak benar, saya akan bantah.' Jawapan daripada Azharri pula ada menyebut, 'Saya akan baiki rencana itu, saya tidak sangka akhbar Malaysia petik artikel saya, saya mohon maaf," katanya.

Jusuf bagaimanapun menurut Anwar masih berasa tidak berpuas hati kerana ia (artikel) masih belum diperbaiki.Jelas Anwar ia telah menjejaskan nama baik antaranya dengan Jusuf."Saya jelaskan (kepada Jusuf Kalla) budaya media Umno seperti ini adalah perkara biasa. Rekod fitnah begitu kuat.

"Saya bicara bersama peguam selaras dengan Jusuf Kalla, dalam beberapa hari ini untuk mengarahkan (mengingatkan) semua media yang melapor," tegas beliau.

Anwar memberitahu, empat surat bantahan telah dihantar Jusuf Kalla kepada Berita Harian kerana dikatakan putar belit berita.

Peringatan sama turut ditujukan Anwar kepada Ahli Dewan Rakyat yang mengulang kenyataan tersebut.

"Saya juga memberi peringatan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang ulang, saya akan rujuk kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan dewan, (jika ulang) diluar saya akan bawa ke mahkamah," tegas Anwar

Penulisan Azharri atau nama sinonim beliau Al- Azharri Siddiq mula mendapat reaksi ramai pihak apabila ia melibatkan soal kemasukan dana asing yang dikatakan mengundang ancaman kepada negara.


Sejurus itu Azharri dalam tulisan berikutnya di Merdeka Online memberi penjelasan beliau.
"Saya barangkali juga terlepas pandang bahawa dalam perbualan itu Bapak Jusuf Kalla menyebut supaya kita harus menyelidikinya, kita harus mengkajinya, supaya mendapat kebenarannya terutama hal-hal dana asing.

"Maknanya Bapak Jusuf Kalla tidaklah secara direct berkata Anwar diberikan dana asing sekian banyak jumlahnya, ianya perlu diterangkan supaya dapatan itu diselidiki dan disiasat lagi. Namun begitu, gambaran di muka hadapan akhbar Berita Harian sangat tidak tepat, kerana ianya telah memberi persepsi yang berbeza, khususnya kepada Bapak Jusuf Kalla.

"Satu perkara yang mendesak saya menulis artikel tersebut ialah akibat daripada provokasi DS Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negara terhadap kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat. Pertemuannya dengan Presiden Indonesia di Bali, pertemuannya dengan wartawan Indonesia dan rancangannya untuk mengadakan Himpunan Black Out 505 pada 22.6.2013 yang baru lalu.

"Semua itu mendesak dalam fikiran saya, apakah saya harus berdiam diri sahaja tidak membantu Kerajaan saya, negara saya dan Perdana Menteri negara saya?

"Dengan tujuan supaya pengikut-pengikut DS Anwar berhenti daripada membuang masa berdemo dan berkhemah di padang Merbok, supaya mereka sedar ianya perbuatan yang sia-sia kerana walaupun DS Anwar menolak keputusan PRU13, tetapi pada masa yang sama DS Anwar menerima juga keputusan PRU13 di mana beliau datang ke parlimen, makan dan bermesra dengan DS Najib dan seterusnya mengangkat sumpah.

"Chegu Bard pun tersangat marah kepada wakil rakyat pakatan yang mengangkat sumpah di parlimen seolah-oleh beliau merasa teraniaya dengan Himpunan Blackout 505 yang dia menjadi antara koordinator utamanya.

"Maka saya tidak ada pilihan, melainkan menulisnya. Alhamdulillah tidak ramai yang hadir dalam Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok, bukanlah saya kata kerana disebabkan tulisan itu, sekurang-kurangnya saya harus membantu kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat ini," katanya


Awani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




























No comments:

Post a Comment