Menteri
Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin terpaksa menghadapi hari yang
mencabar apabila beliau perlu berdepan dengan kes atlet Sukma yang didakwa
merogol, kes langgar lari dan kes membawa masuk minuman keras ke perkampungan
sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) - semuanya dalam masa satu hari.
Khairy,
terpaksa berurusan dengan rentetan berita buruk pada Ahad, bermula dengan kes
langgar lari ketika acara larian amal yang dianjurkan oleh NTV7 di Bandar
Utama.
Tiga
pelari wanita cedera apabila mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika
larian berlangsung yang mana Khairy sendiri yang melepaskan peserta.
Lim
Lee Ling, 43, Lee Shiau Foon, 33, dan Lee Su San, 24, cedera apabila sebuah
kereta Proton Iswara merah merempuh mereka selepas melakukan pusingan-U.
Khairy,
melalui akaun Twitter beliau, menggesa pemandu untuk berhenti di balai polis
berhampiran.
Pada
kira-kira pukul 1.30 petang beliau mendedahkan nombor pendaftaran kereta
terbabit dan menggesa pengikut-pengikutnya untuk berkongsi maklumat.
Selepas
kejadian itu, Khairy terpaksa mengadakan sidang akhbar berikutan dakwaan rogol
secara berkumpulan oleh pegawai tambahan pasukan bola baling Sukma.
Gadis
19 tahun itu mendakwa dia telah dirogol di perkampungan sukan di UPM pada 3
Julai lalu.
Tiga
remaja lelaki telah ditahan oleh pihak polis.Pada
sidang media yang sama, Khairy turut menyebut tentang insiden lain yang
melibatkan atlet Sukma.
Beberapa
pegawai-pegawai dan peserta yang mengambil bahagian telah ditangkap membawa
masuk alkohol dan minum di gelanggang bola keranjang di UPM.
Akhirnya,
kira-kira pukul 5.45 petang, Ahli Parlimen Rembau ini menerima beberapa berita
baik.
Beliau
menulis di dalam Twitter, "Pasukan kita memenangi Kejohanan Bola Jaring
Remaja Asia di Brunei menewaskan Sri Lanka dalam perlawanan akhir.
Syabas!". sumber
No comments:
Post a Comment