Wednesday 24 July 2013

[video] Pemain Badminton bergaduh ketika perlawanan bawa aksi Tomoi kegelangang. @ASTROARENA @BulutangkisNews



Sukan badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan. Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 Ahad lepas. Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.

Pada kejadian itu yang kini menjadi antara video menarik di laman YouTube, pemain Thailand Bodin Issara dilihat mengejar bekas rakan beregunya Maneepong Jongjit sekeliling dewan kejohanan selepas berlaku insiden tidak memuaskan hati di antara mereka.

Kejadian itu kini disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Issara kemudian pantas ditenangkan oleh Jurulatih dan pegawai kejohanan manakala pasangan beregunya Pakkawat Vilailak membawa Jongjit yang sudah tidak berbaju jauh dari gelanggang.

Issara yang menerima dua jahitan akibat kejadian itu berkata Jongjit sebelum itu mula memukulnya dengan raket.

Bagamanapun, kedua-dua pemain ketika perlawanan sudah diberikan amaran oleh pengadil kerana saling mengeluarkan kata-kata kesat. di antara satu sama lain.
Jongjit dan pasangannya Nipitphon Puangpuapech juga dari Thailand diberikan kemenangan percuma selepas Issara diberikan Kad Hitam oleh pengadil.


Semalam BWF dalam satu kenyataan berkata kejadian itu akan disiasat oleh badan induk sukan itu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengatasi kejadian kontroversi seperti ini dan akan disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin.

Jongjit dan Issara ketika berpasangan berada pada rangking kelapan dunia dan telah berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Sukan Olimpik 2012 di London.

Pasangan itu berpecah Januari lalu dan kemudian Issara mengumumkan persaraanya dalam dunia badminton sebelum kembali bertanding dengan pasangan beregu yang lain. 

sumber.


No comments:

Post a Comment