Saturday, 20 July 2013

Melampau !! Guru Cina mahu waktu mengajar BM dikurangkan. #1Malaysia @1m4youth #rakyatnews


Kita tentu masih ingat, sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka. Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.

Jika Malaysia didahulukan, bermakna agenda nasional mesti diutamakan. Misalnya, bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pakaian kebangsaan, upacara rasmi kebangsaan dan banyak lagi yang bersifat kebangsaan. Adakah semua ini dihormati dan disambut oleh ultra kiasu dengan baik dan berlapang dada.
_Dr Ridhuan Tee.

Seperti yang dilaporkan, Kumpulan pendidik Cina mahu Kementerian Pendidikan mengkaji semula peraturan baru mengenai waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), yang akan bermula tahun depan.

Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Cina Datuk Chin Yew Sin berkata peraturan baharu yang melibatkan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah Cina.

Di bawah peraturan baharu ini, waktu pembelajaran BM akan meningkat daripada 180 minit seminggu kepada 270 minit seminggu, manakala bagi BI dari 120 minit kepada 150 minit dan Bahasa Mandarin dikekalkan pada 300 minit, katanya pada sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Dong) di sini, hari ini.

"Kami berharap kementerian akan meneliti dan mengkaji perkara ini. Kami merasakan adalah mencukupi bahawa pengajaran dan pembelajaran BM ditetapkan pada 210 minit dan bagi subjek BI ditingkatkan ke 210 minit," katanya.

Beliau berkata sentimen sama turut disokong Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Cina.

Chin berkata kumpulan itu berpendapat bahawa waktu pembelajaran BI ditambah memandangkan subjek berkenaan diajar selama 300 minit di sekolah rendah kebangsaan.

"Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)," katanya.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh mesyuarat baru dengan persatuan itu secepat mungkin bagi menyelesaikan perkara berkenaan setelah mesyuarat yang dijadual pada Isnin, dibatalkan.- Bernama

KK: Wujudkan lagi satu akta melalui kabinet untuk realisasikan akta pendidikan baru bagi 1Malaysiakan sistem pendidikan... juga hapuskan DongZong... mereka ni bahaya kepada negara.


Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak tidak perlulah lagi mengemis dan menyembah undi sepet yg tidak mengenang budi. Tumpukan usaha untuk membangun dan membantu ekonomi melayu dan islam. Masanya sudah tiba, tidak perlulah tunduk dan mengikut kehendak si sipet.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Ah jib gor please step Down.....You FAIL.

    ReplyDelete
  2. 3 bulan di malaysia boleh cakap Melayu? bagi UPSR atau PMR tengok boleh pass tak?

    Ini bukan masalah beberapa masa belajar. Masalah tu apa yg diajar, cara mengjar dan tepat tak cara mengajar.

    Kenapa ramai rumid dari sekolah 12 tahun lansung tak fasih dgn BI. tapi lepas sekolah pergi ELST atau Cambrige atau apa2 kelas swasta yg gila mahal...1 tahun pun dpt kecek fasih? krn .....cara mengajar tu beza.

    Yg saya kenal, ramai murid cina dri bandar padai bhw ujian...BM upsr, pmr, spm semua dpt A. Tapi betul2 tak fasih cakap banding dgn murid dari kampung ku dari Pantai Timur, walaupun kami tidak skor A dlm ujian2 tersebut. Knpa? 1.Apa yg diajar. 2.Cara mengjar.

    Sistem pendidikan BM untuk org bukan Melayu betul2 tak kembang maju. Tengok Jepun, Orang asing pernah belajar bahasanya sebelum masuk Uni mereka. Tapi Klas bahasa dlm preU tu hanya ambil 1 tahun(atau 2), mengapa jadi?

    Kita pangil tu "Second language teaching skill for foreigner". Maksud yg ia akan banyak beze dgn cara utk mengajar org yg berbahasa ibuda dgn bahasa tu. Cara ini baru adalah cara yg tepak dan boleh dilaksanakan dlm masyarakat bukan Melayu. Untuk Melayu belajar Cina atau Cina belajar Melayu pun sama.
    Tapi pernahkah cik dngar apa yg dilaksanakan disekolah2 Cina & Tamil? Penyelesaian bukanlah memanjangkan masa klas atau meningkatkan kesusahan subjek tersebut sahaja, tapi kualiti & cara kurikulum pun pernah refomasi.
    Kurikulum dari kementrian pendidikan yg baru ini hanya akan menghapuskan bahasa Melayu di antara semua kaum bukan Melayu.

    Not teach and learn hard, but smart.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry , missed sentence.
      "Ada org kat blog lain bincang tentang isu yg sama. Mengapa Bangla datang 3 bulan pun boleh cakap BM, tapi Bangsa Cina masih tak fasih dgn BM. Sebab tu ada alasan apa lagi NGO tersebut menghalangkan polisi ini dilaksanakan?"
      My point is "kita pernah fikir ialah, walaupun Banglade ni datang 3bulan di malaysia dah boleh cakap Melayu? tapi bagi UPSR atau PMR tengok boleh pass tak?" Sure tak lulus...

      Delete