Saturday, 13 July 2013

"Dah bunting bernanah baru nak cegah" !! #demirakyat #PRKKualaBesut


Sepatutnya dari awal dulu lagi tindakan sudah boleh dilakukan. Dari 'gambar porno' sehinggalah tindakan mereka yang sudah keterlaluan. Ini asyik amaran,amaran,amaran sebab itulah mereka diluar sana berani 'melakukan' perkara-pekara yang boleh memudaratkan serta melanggar adab dan tatasusila negara.

Undang-undang tu...ada, cuma dari segi penguatkuasaan serta penggunaan 'lemah'. Kita tengoklah pulak apa tindakkan seterusnya....

SKMM Akan Siasat Pasangan Persenda Umat Islam Dalam Bulan Ramadan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

"Kami akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata seorang pegawai kepada The Star Online.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau menyifatkan ucapan tersebut sebagai tidak boleh diterima.

Pasangan terbabit memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tan berkata mereka memuat naik ucapan tersebut tanpa sebab. Sekadar gurauan, saya rasa'.Pasangan itu kemudiannya turut dikritik oleh pengguna Internet kerana tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Susulan itu mereka memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

"Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang," menurut kapsyen gambar tersebut.

KK : Pekara ini sepatutnya.... Dah lama diambil tindakan. bukan setakat amaran.. Cegah sebelum parah..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment