Thursday, 15 March 2012

DR. HASSAN HASSAN ALI GEMPUR PAS KUPANG

SEKITAR CERAMAH DR. HASAN ALI SELAMATKAN AKIDAH.
(SELAMATKAN ISLAM..MELAYU..RAJA)

BERTEMPAT : 
DI TAMAN SRI HARAPAN, PEKAN KEDA KUPANG, KEDAH DARUL AMAN.
JAM :09.00 PM. (RABU)




sambutan yang amat baik di terima di Kupang. ketika siri pembongkaran Hasan Ali.
 "Pas sekarang sudah tersasar jauh dari landasan perjuangan asal dan antaranya kerana Pas bersedia melantik bukan Islam untuk Jawatan Timbalan Presiden Pas. Seandainya Presiden beragama Islam meninggal maka kapir akan memangku Jawatan Presiden".

















Wednesday, 14 March 2012

BALAK UNTUK PILIHARAYA..PAS KAUT UNTUNG

Penebangan balak yang berleluasa di Kg Iboi, Kg Bukit Hijau dan sekarang ini melarat ke kasan Bukit Palong, Sera Baling serta sekitar di daerah Baling, Kedah. Aktiviti ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah yang dahulunya pembangkang. Jika kita melalui jalan di sana, kita akan dapat melihat sangat banyak kawasan hutan serta Bukit yang telah digondolkan. Memang tidak dinafikan, hasil hutan adalah tertakluk kepada pihak kerajaan negeri. Tetapi saya tidak pula nampak proses pemuliharaan yang dilakukan contohnya penanaman semula anak pokok dan sebagainya. Hanya kerakusan mereka mengaut hasil hutan. Adakah hal ini demi kepentingan politik mereka?
Perkara kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati saya ialah berkenaan dengan penjualan tanah lot yang dahulunya tanah rizab kerajaan. Hal ini juga berlaku di kawasan tersebut. Padahal, tanah di kawasan tersebut telah diberikan permit oleh jabatan hutan kepada 40 orang penduduk suatu masa dahulu untuk menanam padi huma.
Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang terletak di jajaran
 banjaran Titiwangsa  adalah antara kawasan yang memiliki
 sistem ekologi terbaik.


Kegiatan penebangan pokok itu dikatakan turut mencemari sebuah kolam yang menjadi sumber air para penduduk Kampung, terutama ketika hujan.Air lumpur yang mengalir dari kawasan bukit memasuki kolam yang digunakan para penduduk untuk kegunaan harian.







SEJAHTERA KAH KEDAH...ANDAI RAKYAT MENDERITA...LU PK LA SENDIRI..

CERAMAH HASSAN ALI SELAMATKAN AKIDAH VS PARASIT PAS BAWA ARTIS KAT KUPANG...


 'SELAMATKAN ISLAM,MELAYU &RAJA-RAJA oleh YB Datuk Dr Hasan Ali pada mlm ini(14/03/2012) jam 8mlm di dewan Taman Sri Harapan Kupang.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.
Katanya, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya di seluruh Negara.
Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.... 


BERBANDING DENGAN PAS YANG SEKARANG INI BEGITU TERDESAK UNTUK MEMENANGI HATI RAKYAT.




rakaman 25 10 2011... konsert mangsa lemas.

tanggal 14 mac 2012.. JUGA DI CANANGKAN BAHAWA PEMUDA PAS BALING AKAN BAWA ARTIS XTAU LA SAPA.......untuk sekali berhibur seperti yang di fatwakan pok nik baru baru ini. inilah perjuangan PAS sekarang yang begitu terdesak menarik golongan muda....... malam INI 14/3/2012 sekali konsert (RINGGO) akan diadakan kat Dewan Badminton KEDA Kupang.


Aku rasa konsert ni di adakan sebab PAS semakin takut dengan Pendedahan Hassan Ali ini.........apa kita tuggu malam ni.....


Antara Konsert "ROCK" dan penerangan Hassan Ali...  BERHUBUNG DENGAN PARASIT....................





Tuesday, 13 March 2012

PAS lani.... Tak MACAM DULU..................



Kenyataan POK NIK AMAT MENGELIRUKAN....... rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.Tuan Guru Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untukmenegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu. Kenyataan tersebut DEMI MENJAGA KEDUDUKAN SEBAGAI MB SAMPAI MATI KAT KELANTAN................

“Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah,” saya kata ‘bye-bye’ tak apa. Nik AZIZ auta lebih...cakap pun pun putar belit....


Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Demi menjaga KEDUDUKAN PAKATAN REMBAT (PR) Lim Kit Siang dan Karpal Singh, Hadi Awang dan Nik Aziz sanggup mengenepikan kepentingan ahli-ahli PAS sendiri yang masih memperjuang negara islam. tetapi mereka DI LEMBUKAN oleh tuannya sendi dengan mengubah matlamat. Matlamat baru PAS ialah untuk menjadikan Malaysia negara kebajikan kerana itulah tuntutan PKR dan DAP! Sebagai pak turut, PAS mengubah Dasar perjunagan dulu... PAK TURUT (MATLAMAT MENGHALALKAN CITA-CITA).PAS sememangnya tidak ada perancangan atau blue-print mengenai penubuhan negara Islam mahupun hukum hudud! Itu hanya mainan politik PAS sejak dari dulu lagi menjelang PRU demi meraih undi. Pastinya negeri Kelantan sudah menjadi negeri contoh untuk negeri Islam serta pelaksanaan hukum hudud! Di Kelantan PAS berkuasa penuh, tanpa perlu menjadi pak turut kepada DAP atau PKR!. Tetapi malangnya di Kadar kemiskinan dan gejala sosial makin bertambah.....

Monday, 12 March 2012

Main CAK CELUP.....JKM


Musuh dalam selimut.... musang berbulu ayam itulah yang selalu member aku pesan..............

apa yang aku cuba nak sampaikan..... Sekarang ini  segelintir penjawat awam yang memihak kepada PR ( PAKAT REMBAT) ...yang cuba mensabotaj kempimpinan UMNO bahagian BALING dengan Menjalan pemutihankan kepada Penerima Bantuan sara hidup (JKM). mereka bertindak dengan menghantar surat memaklumkan bahawa penerima bantuan
tersebut sudah dibatalkan kelayakanya atas arahan YB BAYU dan sokongan dari JKKKP. 

Tindakan memburukan imej kerajaan, ini di lakukan dengan melihat sokongan masyarakat Baling terhadap kerajaan  BN semakin padu. Dengan pelbagai bantuan dan sumbangan tindakan yang dilaksanakan oleh PM DSN terhadap Rakyat.

apa-apapun sekarang, tindakkan susulan telah diambil dengan meneliti surat yang diterima oleh mangsa tindakan "badoh" penyokong pembangkang.kita tunggu dan lihat jelahhhh...
"ular dalam semak " virus yang akan merosakan dan mencemarkan institusi sesebuah jabatan........

weee???????????????...kalau hampa nak cari makan nak sara hidup n anak bini hampa....wat kerja cara islam .......................










PBT DOK DIAM....EKOR JADI HARAM..... Di Baling...

Negeri mempunyai kuasa yang besar dalam menghalang premis judi. Pihak PBT Haruslah mengambil langkah tegas terhadap premis perjudian yang bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dan kuasa negeri (PAS KEDAH). Jika kerajaan negeri mengarahkan PBT MENUTUP/MENYITA  premis judi, . Jadi mentimun dan pisau di tangan kerajaan negeri.


LOkasi Pekan Kuala Pegang, 


BALING_ Lambakan premis Perjudian ( nombor ramalan) atau lebih di kenali dikalangan kaki judi sebagai "nombor ekor". sudah tidak dapat dibendung lagi. Serbuan dan tangkapan berulang kali tetapi masih ada kedegilan di kalangan toke judi dan pelanggangnya. 


Mengikut sumber, di beberapa kawasan Yang di Tadbir Ustaz Taib (PARLIMEN PAS) ini mendapati terdapat banyak kedai menjalankan aktiviti menjual nombor ekor secara haram termasuk di kawasan pasar tani.
Terdapat juga peniaga judi ekor ini menggantungkan kain rentang tambah nilai di luar premis namun langsung tidak menjalankan perniagaan tambah nilai melainkan penjualan nombor ekor semata-mata. operasi kedai judi ini mengikut hari tertentu. di anggarkan di Kawasan Kupang YB Johari (PAS) hampir 7 Premis judi beropersi secara bebas.
Pihak PBT Daerah Baling Yang dipertunya haruslah memantau premis yang tidak menjalankan perniagaan tetapi menjalankan operasi penjualan nombor Ekor..... jangan dok makan elaun saja.....

RAKYAT BERDOSA KEDAH SEJAHTERA....

Monday, 5 March 2012

blog zul kulim.......

AL-YAHUD WAL DAJJAL

Salam 2 all.
Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan - Anwar Ibrahim:
"samada menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel” saperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!
Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan “semuanya dah selesai”.
Datuk Nik Aziz, yang memberi “katadua” itu membuat komen, “Anwar sudah memahami pendirian PAS”. Itu sahaja? Takkan kot yop? Macam tu sahaja dah setel semua?
Pada teman ini satu penghinaan besar kepada PAS. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan “Israel” ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi!
Sampai kalau ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” pun kena maki!
Tapi PAS hari ni dah tak macam dulu! Sampai slogan “PAS 4 ALL” bunyi sama macam slogan pelancongan “ISRAEL 4 ALL” pun dema tak kisah dah. Sampai lambang slogan “PAS 4 ALL” tu pun nampak macam lebih kureng aje dengan “ISRAEL 4 ALL” pun tidak memfobiakan PAS lagi!
Cuma satu persoalan teman nak lontarkan kepada para parasitus kalkatus rakus? Apa kata mike terbalikkan senario. Apa kata YAB Dato’ Sri Najib yang kata:
“UMNO dan BN menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel!”.
Teman cukup yakin mike akan tengok tak cukup kertas dan dakwat nak tulis maki hamun yang akan dihamburkan oleh para parasitus kalkatus rakus. Teman takkan terkejut kalau ada yang sampai mengisytiharkan kapior kepada PM, UMNO & BN!
Alangkan PM baru pakai baju kurta semasa perayaan Thaipusam baru-baru ni pun ada parasitus yang memaki hamun, caci maki dan pelbagai macam lagi sumpah seranah! Toghut, munapek, kapior! Apa yang dema tak sebut?
Sedangkan para parisitus ni lupa kawan-kawan kita dalam jemaah Tabligh banyak yang pakai kurta yop! Eh, sedara kita di Bangladesh & Pakistan boleh kata ramai yang berkurta yop! Takkan dema semua tu kapior, toghut & munapek yop?
Tapi ni namanya “Politik Dualam” – cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap! Bila kena batang hidung sendiri, semuanya halal belaka! Kalau kena orang lain, maki sehabis maki, kutuk sehabis kutuk, caci sehabis caci!
Lambang pertubuhan JATI yang melambangkan perpaduan Tiga Unsur “Islam-Melayu & Raja-Raja” pun dema kata lambang setan!
Sedangkan lambang “PAS 4 ALL” kelihatan sama dengan “ISRAEL 4 ALL” kaum parasit kelu habis. Lambang PKR “Mata Satu” saperti Dajjal Mata-Satu dan lambang kumpulan Yahudi Zionis “Illuminati” kaum parasit jadi bisu tak terkata apa-apa!
Para parasitus kalkatus rakus ini sudah menjadi “Syaitan Bisu”, sebijik kaum yang ALLAH sebut dalam Surah Al Baqarah: 6-18, “golongan PBB-Pekak, Bisu & Buta”!!!
Pada teman, keengganan Anwar mematuhi kata-dua Majlis Syura PAS itu jelas bahawa dia bukan sahaja tidak menghormati PAS, malah ianya satu penghinaan besar kepada seluruh parti PAS! Kerana Majlis Syura adalah badan tertinggi didalam PAS, bertanggungjawab memastikan PAS terus berada dilandasan Islam!
Bagaimana PAS mahu mendabik dada terus menyatakan ia parti yang memperjuangkan Islam kalau rakan sekongkol sekatil sebantal PAS pun menyokong semua usaha menjaga keselamatan rejim zionis Israel! Kaum yang dila’nat oleh ALLAH & Rasulullah saw!
Ketuk kepala tanya otak mike sendirilah yop!
Kalau para parasitus kalkatus rakus ini menggunakan sedikit sahaja otak yang ALLAH beri, tentu mereka akan bertanya satu soalan yang cukup mudah:
MENGAPA ANWAR IBRAHIM LIAT SANGAT SUSAH NAK TARIK BALIK KENYATAAN MENYOKONG ISRAEL YANG DISIARKAN OLEH WSJ ITU?
Apa yang susah sangat? Tarik aje balik, dan desak WSJ siarkan kenyataan penuh dan jelas yang dia menarik balik kenyataan menyokong Israel itu! Apa yang susah sangat.
Jelas sudah tentu ada “belalai sebalik China-DOLL” dengan keengganan dan sikap keras kepala yang Anwar tunjukkan tetap mempertahankan kenyataan menyokong Israel itu! Mesti ada sebab yop! Tak perlu jadi pakar nuklear nak paham benda mudah macam tu.
Tapi apa nak kata, kenyataan pakar nuklear pun para parasit tolak. Bila pakar nuklear negara yang juga Ahli Parlimen PAS (Ulu Langat) YB Dr. Rosli Che Mat menegaskan bahawa kilang Lynas sebenarnya selamat, dema perlekehkan! Dema lebih percaya dan taqsub kepada kenyataan parasit putar-alam yang memfitnah kilang itu merbahaya!
Bak kata pepatah, Dr. Rosli berhujah dengan fakta para parasit perlekehkan, kaki-putar punya auta mereka bertakbeer sakan! Sohih ni kerja giler babi yop, babi giler tak buat kerja macam ni!
Jadi keengganan Anwar menarik balik kenyataan menyokong zionis Israel itu tentu ada sebab muslihatnya. Walaupun rakan sekatil sebantal memberi kata dua suruh tarik balik langsung manusia yang diisytihar setaraf Imam Mahdi ni tak peduli!
Takkan sekadar manusia anugerah tuhan ni tunjuk gambar bersama dengan pemimpin Hamas untuk menopengkan pendirian pun sampai ada parasit yang pitam terpegun! Bertakebeer sampai naik urat kerongkong!
Takkan sampai rendah tu IQ mike yop!
Takkan baru kena putar konon cerita kapal Israel berlabuh di pelabuhan Kelang maka kisah sokongan Anwar kepada keselamatan negara Israel terus dipadam. Teruk bebenor IQ mike yop.
Cuba mike tanya satu soalan, siapa Menteri Kabinet yang meluluskan kebenaran untuk kapal Israel berlabuh tu. Kalau mike jumpa jawapan tu yop (yang jawapan tu mike takkan jumpa dalam Harakah), pasti mike akan kata, kena kecing lagi kita nampaknya!!!
Dan kalau mike tanya semua soalan berikut dibawah, dan menggunakan kewarasan aqal yang telah ALLAH berikan (yang sudah makin terhakis daripada para parasitus ini), tentu jawapannya cukup jelas:
ANWAR MEMANG TAK LAYAK MENJADI PEMIMPN, APATAH CALON PM BAGI NEGARA UMAT ISLAM MALAYSIA INI!
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak memberi sampel darah untuk ujian DNA yang boleh menyelesaikan segala pertuduhan dia meliwat Saiful?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak membuat sumpah mubahalah yang akan menyelesaikan segala isu perbuatan liwat dia terhadap Saiful;
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Saiful yang mengadu dia diliwat Anwar kalau benar ianya fitnah?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menunjukkan jam Omega yang akan merungkai segala soalan serius mengenai videoklip China-DOLL?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman rakanbaik dia Datuk Eskay yang mendedahkan videoklip “China-DOLL” tu?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menarik balik kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan negara zionis Israel?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Wall Street Journal kalau benar mereka telah salah membuat lapuran itu?
Soalan-soalan diatas hanyalah secebis sahaja daripada terlalu banyak persoalan yang boleh ditanya mengenai Anwar Ibrahim! Tu belum mike tanya:
1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH?
2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy?
3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk?
4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT?
5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama?
6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud?
7. Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam?
Isyk-isyk..isyk..terlalu banyak “Mengapa” dan “Kenapa” yang mike boleh tanya yang rumusannya satu sahaja:
ANWAR WAJIB DITOLAK!
ANWAR WAJIB DIBUANG!
Kepada ahli akar umbi, pendakwah, ustad dan para ulama yang masih ada sedikit keimanan, teman nasihatkan diri teman dan mike semua, yang sudah tu sudah-sudahlah! Tidak ada manusia yang maksum langsung tidak membuat kesilapan.
PAS sudah membuat kesilapan siasah bersekongkol dengan Anwar dan parti cauvinis BiaDAP!
PAS sudah membuat kesilapan membiarkan kaum Anwarinas menguasai parti!
Jangalah sampai mike "mempertuhankan siasah" dan membuat kesilapan aqidah!
Sebagaimana kita diajar didalam solat jemaah, apabila Imam membuat kesalahan rukun, maka wajiblah kita bermufaraqah! Apabila ada jemaah satu saf dengan kita membawa najis, wajib dia dimufaraqahkan!
Maka wajiblah bagi PAS hari ini bermufaraqah daripada Anwar dan BiaDAP! Berjuanglah bersendirian atas bendera Islam! Berjuanglah dengan keyakinan ALLAH akan membantu kita jika kita membantu Islam!
Ternyata segelintir pimpinan PAS sudah tidak mampu berbuat sedemikian! Ternyata kaum parasit dan Anwarinas yang bersarang dalam PAS begitu dayus untuk mengambil tindakan!
TAPI MIKE AHLI AKAR UMBI BOLEH!
YAKINLAH MIKE BOLEH!
DAN ALLAH AKAN MEMPERBOLEHKAN MIKE!
BANGKITLAH WAHAI HAMBA ALLAH!
BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!
Ingatlah! ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri! Janganlah kerana siasah, maka tergadai aqidah! Lakukanlah perubahan! Lakukanlah islah!
Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakumm – bantulah agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
07 Rabi’ul Akhir 1433
29 Februari 2012