Tuesday, 31 July 2012

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah – ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu – menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

enurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.

Sumber :Harian Metro Online
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 30 July 2012

SEKSA : GURU DI HUKUM






Kisah ini berlaku di sebuah kelas tingkatan 3. Guru mengarahkan murid-muridnya mengeluarkan buku latihan untuk memeriksa samada mereka menyiapkanya atau tidak. Bagaimanapun, seorang murid mengangkat tangan lantas bertanya:

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Tudiaaaa.... Pengacara TV NAIK ANGIN.







kemunculan MODEL Baru Mazda cetuskan fenomena di Rusia 2012


Model Baru Mazda6 Kemunculan Pertama Di Moscow 2012. Baru - baru ini, Mazda telah mengumumkan model flagship serba baru mereka, Mazda6 yang akan membuat kemunculan pertama di Moscow Motor Show 2012 pada 29 Ogos 2012.




Mazda6 merupakan model kedua generasi terbaru Mazda selepas model SUV Mazda CX-5 yang menggunakan teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO " Soul of Motion". Model pertama yang dilengkapi teknlogi terkini brake energy generation atau lebih dikenali dengan nama i-ELOOP. 


Model yang akan dipamerkan di Moscow hadir dengan spesifikasi untuk pasaran Russia, di mana ia menggunakan enjin petrol ‘direct-injection’ SKYACTIV-G 2.0 liter dan transmisi automatik SKYACTIV-Drive 6-kelajuan.

Beberapa lagi gambar Mazda6 untuk pandang pertama. Kelihatan rekaan Mazda6 ini tidak menghampakan bukan? dan ciri yang begitu menarik.





MODEL BARU MAZDA6 KEMUNCULAN PERTAMA DI MOSCOW 2012

DIANA AMIR LEBIH LEBIH CELIK ILMU DARI ABBY ABADI


“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpin (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.



Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.


“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

“Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.

Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana._mpp

KEMATIAN EKSEKUTIF TV9 AKIBAT DIJERUT


Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut. Kes Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Damansara Damai, kelmarin.



Polis mengesahkan kematian Nursyaleza Jaafar, 31 tahun akibat dijerut dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa. Susulan itu, polis menahan suami Allahyarham sebaik pengebumian selesai di Labis, Johor malam tadi.



Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, penahanan itu bagi membantu siasatan kes berikutan terdapat unsur jenayah dari hasil bedah siasat yang dilakukan semalam. Suspek berusia 31 tahun ditahan kira-kira jam 10:15 malam tadi di Felda Redong 1, Labis.


Beliau turut mengesahkan, kes kematian Allahyarham Nursyaleza kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Hasil bedah siasat Hospital Sungai Buloh mendapati mangsa meninggal kerana sesak nafas akibat dijerut.



Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.
sumber : eco

GEMPAR !! PELAKON SENSASI DI SERANG KERANA MENEGUR USTAZAH



Rupanya dalam sibuk-sibuk umat islam berpuasa ada dikalangan artis kita...gempar....Sebelum ini Umie Aida pernah mengeluarkan kenyataan yang agak pedas terhadap Abby Abadi dengan menyifatkan Abby sebagai individu yang berfikiran cetek.


Sungguhpun begitu, teguran Umie Aida terhadap Abby Abadi ternyata mengundang perasaan marah sebilangan lelaki hidung belang yang mungkin mendambakan bakal memiliki Mak Janda tersebut.

Walaupun teguran balas yang ditujukan kepada Umie Aida ini ada asasnya, ia dilihat tidak lebih untuk mendedahkan aib Umie Aida kepada umum.

Berikut adalah sebahagian keratan teguran balas mereka;