Tuesday, 8 October 2013

Gambar : Dinding Pasaraya di Jitra, Runtuh. @KEDAHAMANMAKMUR @rakyatnews




Sebahagian besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri (BDI) di sini, runtuh.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi Selasa itu bagaimanapun tidak menyebabkan keceberaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya

beroperasi jam 10 pagi.

Saya Hanya Calon 'Underdog' - @tunfaisal #pemilihanUMNO @TunFaisal #TF4MT@khairykj @rakyatnews


Terima kasih kepada Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin yang mempertahankan taraf & martabat Exco Pemuda Pusat, terima kasih juga atas doa & sokongan semua yang menjadikan insiden kecil sejak seminggu lalu satu rahmat yg besar kepada yang tahu menilai kesempurnaan perancanganNYA.

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan dirinya sebagai calon 'underdog' jika dibandingkan dengan nama-nama besar yang akan bertanding pada pemilihan peringkat Majlis Tertinggi, 19 Oktober ini.

"Saya hanya calon underdog dan merasakan peluang untuk menang terlalu sukar. Nama saya tidak diperkenalkan dalam sesi pengenalan calon yang dianjurkan oleh badan perhubungan Umno negeri," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Tun Faisal berkata demikian bagi mengulas keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno yang membenarkan beliau untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan parti kali ini.

Beliau turut menyambut baik keputusan tersebut kerana ia secara tidak langsung menunjukkan seseorang Exco Pergerakan Pemuda Umno diberi ruang untuk bertanding di peringkat MT berdasarkan sumbangan, pengalaman dan kedudukannya dalam heiraki parti.

"Alhamdulillah. Ini juga membuktikan bahawa Jawatankuasa Pemilihan mengambil kira merit cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno sekali gus menunjukkan institusi pergerakan itu dihormati," katanya.

Tun Faisal turut berharap agar namanya diperkenalkan kepada semua perwakilan supaya mereka menyedari beliau telah dibenarkan untuk bertanding semula.

"Saya berharap dalam sesi bertemu perwakilan di peringkat negeri selepas ini, nama saya akan diperkenalkan semula," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Isnin mengumumkan Tun Faisal layak bertanding setelah jawatankuasa membuat beberapa pertimbangan terhadap calon berkenaan yang sebelum ini disingkirkan namanya.




 
"Nama beliau dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno dan sebagai calon mewakili mereka (Pemuda Umno).


"Atas alasan itu Jawatankuasa Pemilihan parti berpendapat beliau boleh dipertimbangkan untuk bertanding... beliau dicadangkan dan mewakili," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang Isnin.


BERANI-STRATEGIK-KOMITED
---Demi Agama, Ummah & Bangsa---




Monday, 7 October 2013

Walaupun dicaci dan dimaki oleh pencacai tegar pembangkang @azeezputera tetap tunaikan 'aku janji' #PRU13. #KEDAHAMANMAKMUR #pemilihanUMNO #BeraniBerubah @NajibRazak



Mengukuti status dilaman Facebook Ahli Parlimen Baling, YB Dato' Azeez Rahim atau lebih dikenali oleh Masyarakat Baling dengan panggilan 'Tok Azeez' beliau memuat naik status berkenaan dengan aku janji Barisana Nasional Baling, ketika kempen PRU 13 dahulu.

"Insyaallah, diatas perbincangan dengan pelbagai pihak, Masjid Ridzuniah Baling mungkin akan dinaik taraf untuk dijadikan Masjid Daerah. Tenyata kedudukan Masjid Ridzuaniah dipekan Baling amat strategik untuk dinaik taraf menjadi Masjid Daerah disamping lanskapnya yang menarik"

KK cuma nak bagitau aje.. kita perkasakan agama islam dahulu dengan membina masjid kita bina perpaduan dikalangan rakyat Daerah Baling. Maka pembangunan yang barulah boleh dibina.

‎Itu antara aku janji tambahan yang diumumkan oleh PM ketika lawatanya di Kupang, Kedah. Sebuah hospital pakar dan sebuah masjid daerah merupakan aku janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat di Baling jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini.
   
Perdana Menteri berkata pembinaan hospital pakar itu adalah untuk keperluan rakyat di daerah Baling dan Sik memandangkan ketika ini tiada hospital pakar di kedua-dua daerah itu.
   
"Saya jadikan ini sebagai aku janji...kita akan bina hospital pakar untuk Baling dan Sik. Tapi kena bagi menang dulu," katanya pada majlis Perjumpaan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang dekat sini hari ini.

   

Bagi pembinaan masjid, Najib berkata beliau menyedari bahawa penduduk di Baling tiada masjid daerah yang besar, maka beliau berjanji perkara itu akan menjadi kenyataan jika BN menang semula di kerusi Parlimen Baling.


KK: diharapkan dengan lawatan tapak dan pengumuman ini.. meloponglah macai dan penjilat tegar pakatan haram...


   

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wawa Zainal Berkahwin dengan Aeril‎. @tv3malaysia #MeleTOP @MyMeleTOP #selebriti



Memang terkejut sangat-sangat cerita apakah membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.

aeril wawa nikah

Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.

aeril wawa nikah

Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.

aeril

Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.

aeril wawa

Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.
Desas-desus selama ini yang mengatakan pelakon berlesung pipit, Wawa Zainal dan aktor yang pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura dan Budak Pailang, Aeril Zafrel bercinta sering dinafikan 2 pelakon itu. Malam begitu sukar memperoleh kenyataan daripada kedua-duanya untuk membuat pengakuan sebenar bahawa mereka dalam alam pencintaan, di sebaliknya jawapan pernah diberikan ialah mereka cuma berkawan rapat sejak 2011.

Namun, berdasarkan siasatan yang dibuat Bpop sejak ahad lalu, membuktikan pasangan itu sudah berkahwin dan kini memperoleh cahaya mata lelaki yang berusia 6 minggu.

Bpop mengesan nama seorang bayi lelaki yang dikatakan ada bersama Wawa kini adalah anak kandung pasangan berkenaan. Menerusi nama seorang bayi lelaki yang pernah diberitahu kepada Bpop dan satu nama yang pernah dimuatnaik dalam laman sosial IG MiG Online, ianya berkait dengan nama penuh pasangan pelakon itu sebagai ibu bapa seperti mana yang direkodkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Siasatan juga mendapati pasangan sama cantik, sama padan menjalinkan hubungan cinta sejak 3 tahun lalu itu sudah bernikah dan mendaftarkan pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat agama daerah di Selangor.

Aeril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di pejabat agama Islam daerah Petaling pada 4 Februari lalu. Bpop mendapat maklumat seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan berkenaan. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roppi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.

Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati bapa bayi berkenaan bernama Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.

Sekaligus, maklumat yang diperoleh itu mengesahkan identiti kedua-dua pelakon filem berkenaan sebagai ibu bapa kepada bayi bernama Ahmad Fakharuddin Attar.
Lebih menarik, nama Ahmad Fakharuddin Attar bukan asing kepada Aeril dan Wawa kerana nama itu diambil semperna nama watak Aeril dalam filem terakhir dibintanginya dalam produksi Metrowealth Pictures Sdn Bhd iaitu filem berjudul 99 Kali Rindu arahan Azhari Zain. Filem yang ditayangkan pada Mei lalu turut menggandingkan Aeril dan Wawa. Selain itu, Aeril juga pernah membawa watak bernama Attar dalam filem 7 Petala Cinta juga terbitan MiG.

Sebelum ini, sudah kerap terdengar gosip mengatakan Wawa dan Aeril dilamun cinta tapi kedua-duanya menafikannya. Malah, Bpop pernah membuat pendedahan mengenai gosip cinta apabila seorang teman rapat yang banyak menabur jasa kepada mereka terlepas cakap mengenai hubungan yang sekian lama terjalin itu. Pendedahan itu disiarkan 28 Julai lalu.

Bagaimanapun, pasangan itu tetap menafikannya. Namun, Wawa dalam kenyataan balas pada 4 Ogos lalu tidak menafikan Aeril adalah teman rapat dan sangat istimewa buat dirinya. 2 pelakon itu dikatakan mula menjalinkan hubungan rapat apabila bergandingan dalam drama bersiri Klik. Bagaimanapun, cinta antara mereka kian bersemi apabila digandingkan dalam filem Budak Pailang dan 99 Kali Rindu.

Wawa mula menghilangkan diri apabila mendakwa dirinya terkena penyakit misteri sekitar Februari dan Mac iaitu dikatakan tarikh dirinya dan Aeril bernikah.

Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah, untuk tujuan berehat dan berubat. Khabarnya Wawa dikatakan meminta cuti panjang dari syarikat pengurusannya, MiG Talent atas alasan sakit.

Bagaimanapun sebuah stesen radio swasta baru-baru ini mendedahkan kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilangkan diri selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang, kira-kira 2 minggu lalu. Suami pelakon wanita itu dikatakan seorang pelakon yang cukup popular dengan drama TV yang disiarkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperoleh daripada sumber keluarga angkat pelakon lelaki itu.

Aeril apabila ditanya mengenai perkara berkenaan, mengatakan dakwaan itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti sahih.

"Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama saja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi dia sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat." – Katanya dalam sebuah akhbar pada 2 Oktober lalu.

Aeril juga dalam kenyataannya dilaporkan berkata"Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh kahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan dengan Wawa. Sejujurnya, saya tidak eprnah sorokpun. Lihat saja di laman sosial saya. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi dengan semua orang,"Bpop cuba menghubungi Wawa menerusi telefon tetapi tidak dijawab selain dari tidak membalas kiriman SMS.

Sementara itu, Aeril yang dihubungi Rabu lalu menjawab panggilan telefon penulis, tetapi apabila penulis ingin mula bertanya sesuatu kepadanya, Aeril terus memberitahu dia sedang memandu kereta dan meminta penulis menghubunginya semula. Penulis sempat berpesan supaya jangan pula tidak menjawab panggilan selepas ini lalu dia menjawab "Ok ok,"Selepas setengah jam penulis cuba menghubunginya semula dan menghantar SMS, Aeril langsung tidak menjawab panggilan telefon atau membalas SMS yang dihantar kepadanya. Beberapa kali panggilan seterusnya juga tidak dijawab. Penulis juga mencuba lagi beberapa menghubungi Aeril pada khamis lalu namun panggilan telefon masih tidak berjawab.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, 6 October 2013

Polis teliti laporan bagi siasat @tonypua. @PDRMsia @rakyatmews @Zahid_Hamidi


PDRM


Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.
   
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.
   
"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.
   
Hari ini, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Tony. - Bernama

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wartawan @malaysiakini "TAK PUAS HATI " selepas di'BALUN' @Zahid_Hamidi . @PDRMsia @rakyatnews

“You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang.

“You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali,” kata Zahid yang kelihatan marah tapi terkawal.

Malah sebaik usai sesi temubual, Zahid menuju ke arah wartawan portal berita berkenaan. Beliau menolak untuk bersalam sebaliknya menepuk bahunya.

“Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. i monitor,” tegas Zahid kepada wartawan Malaysiakini sebelum beredar.






MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat meluahkan perasaan geramnya terhadap Malaysiakini apabila menegur wartawan portal berita berkenaan secara berdepan dalam satu sesi temu bual yang turut melibatkan wartawan daripada media lain.

Berdasarkan rungutan yang diluahkan Zahid berkali-kali, beliau nyata tidak berpuas hati dengan Malaysiakini kerana didakwa sentiasa spin atau melaporkan berita tidak tepat tentang beliau dan KDN.

Keadaan tegang, boleh dikatakan bermula selepas wartawan Malaysiakini bertanyakan sesuatu melibatkan angka padanya.

Saat itu, Zahid bertanya wartawan tersebut dari mana dan apabila mengetahui dari Malaysiakini beliau berkata, “Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus.

Amaran Zahid tidak berakhir di situ apabila beliau kelihatan agak terganggu dengan wartawan portal berkenaan yang tidak berputus asa mahu bertanyakan soalan meskipun beliau sudah memberitahu tidak akan melayan sebarang soalan daripada Malaysiakini.

Sampai satu peringkat beliau berkata, “Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain.”

Menjawab soalan berkaitan laporan audit, Zahid menyatakan kehilangan 1.3 juta senjata di bawah PDRM bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewengan dan unsur-unsur rasuah. Sebaiknya kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan termasuk melibatkan pihak lain seperti awam dan syarikat kawalan keselamatan.

Sebelum dan selepas kenyataan berkaitan audit ini diterangkan pun, Zahid masih berkali-kali menitipkan pesan supaya kenyataannya itu ditulis dengan betul oleh Malaysiakini.

SUMBER

Pemain Bola Sepak #HarimauMalaya Bercinta dengan Gadis 'halimunan' Facebook. @ASTROARENA @tv3malaysia #ArenaBola #KELvsJDT


Berikut beberapa penerangan membuktikan bahawa Kekasih Putra omar sebenarnya tidak wujud di dunianya.

Mohd Putra Omar Bercinta dengan Gadis Fake Facebook

Mohd Putra Omar Bercinta dengan Gadis Fake Facebook

Daripada siasatan terperinci yang dilakukan oleh geng forum Cari tempatan, mereka mendapati bahawa gambar berkenaan adalah milik seorang wanita yang tinggal di Tanjung Aru, Sabah, dikenali dengan nama Olivia.

Mengikut andaian admin, Olivia sendiri mungkin tidak mengetahui gambarnya telah dicuri dan digunakan orang lain. Inilah antara kesan utama akan dialami jika sesuka memuatnaik gambar-gambar cantik di laman sosial untuk tatapan umum.

Mohd Putra Omar Bercinta dengan Gadis Fake Facebook

Individu yang menggunakan gambar terbabit dikatakan bertujuan untuk memikat bekas suami Rita Rudaini juga pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, namun tidak berjaya sebaliknya Mohd Asraruddin pula yang terpikat.

Terdahulu, pelakon Pierre Andre dan SM Nasarudin juga pernah bercinta dengan gadis jelita yang tidak pernah wujud di dunia realiti. Wanita itu menamakan dirinya sebagai Maya Darina Dahlan Hain dan merupakan penulis blogmadarina.blogdrive.com.


Bagaimanapun, identiti penulis blog berkenaan berjaya dikantoikan dan terus menghilangkan diri pada tahun 2008.

Sumber.
























































































































Sent from my BlackBerry 10 smartphone.