Thursday, 27 March 2014

hOT !! Video BOMOH KESAN MANGSA #MH370 DILALUTAN HINDI.




Satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.


UFB mahu pihak berkuasa agama Islam di negara ini mengambil tindakan terhadap amalan berunsur syirik yang dilakukan oleh segelintir pihak kononnya untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Amalan itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini keseluruhannya tetapi menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang jadi pintu keluar masuk negara.

"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja.

"Dalam Islam, kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," kata Fathul Bahri kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas kenyataannya di Twitter yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370.-aSTROAWANI

"Hujah Paling Dangkal Terhadap @SaifulBukhari "



"A'uzubillahi minas syaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat.

Wallahualam".


 Sumpah Laknat Saiful Bukhori Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan....
Pada hari ini, Khamis 13 Sya'ban 1429, bersamaan 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687) dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

Majlis Peguam, yang merupakan penyokong kuat pembangkang menegaskan dengan jelas bahawa perbuatan liwat diantara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka.

Agak menghairankan sehingga kini para pasrasit ini memilih untuk menjadi syaitan bisu tanpa sebarang komen terhadap kenyataan Majlis Peguam ini? Adakah para pasrasit ini bercadang mahu mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Christopher Leong  dan Majlis Peguam berdasarkan Kitab Jinggay mereka?

Berhentilah daripada terus menjadi bodoh dan memperbodohkan orang lain! BACA PENDEDAHAN ILMIAH DI BAWAH INI :-

 http://zul4kulim.blogspot.com/2014/03/hudud-qazaf-terhadap-saiful.html

Wednesday, 26 March 2014

Video Terbaru #MH370 : Ritual Seru MayatUntuk Timbul – Raja Bomoh


Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’ dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh
beberapa buah negara asing.

Tonton videonya di pautan http://youtu.be/AxuVDs1hc64

Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi. “Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.

“Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.

“Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul,” katanya.

Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing. “Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa.

“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujarnya lagi.

Video !! Luahan Hati Isteri Pramugara MAS #MH370 #PRAYFORMH370 @BuletinTV3



Intan Maizura Othman isteri kepada Hazrin Hasnan, Pramugara dalam pesawat MAS MH370 redha dengan Takdir yang menimpa suaminya itu.. Ikuti luasan isteri yang cekal menerima ketentuan ilahi....

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul bebannya. Apa lagi yg boleh kami buat utk membantu? Tabahlah. Sesungguhnya suamimu kini berada di tempat tertinggi....

 

MISTERI #MH370: Boeing, @MAS Berdepan Tindakan Mahkamah.


Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di mahkamah di Chicago.

Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan mahkamah.

Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia.

Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi.

Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu.

Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas.

Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.- mSTAR

Enjin Pesawat Malindo Air Enjin Terbakar Selepas Misteri #MH370



Kemenangan pasukan bola sepak Terengganu bertukar tragis apabila pesawat penerbangan Malindo Air yang mereka naiki terpaksa berpatah balik kerana enjin turbin pesawat terbakar.

Pemain tengah Terengganu Faiz Subri menyiarkan gambar turbin yang terbakar dan berkata pesawat itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

Kesemua mereka di dalam kapal terbang selamat.

Kapal terbang itu dijadualkan kembali ke Kuala Terengganu pada Rabu selepas pasukan Terenggau menewaskan ATM FA 3-0 di Stadium Selayang pada Selasa.

Menurut Terengganu FA, pasukan itu mengambil penerbangan pagi ini dan salah seorang daripada ahli kakitangan berkata pemain-pemain telah menyiarkan gambar-gambar di laman media sosial mereka.

Sementara itu, Malindo Air dalam satu kenyataan media mengesahkan kapten penerbangan itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang setelah telah sistem pengesan kebakarannya memberi amaran kebakaran.

Ketika itu penerbangan berada di paras 7,000 kaki.

Semua penumpang selamat dan mereka dipindahkan ke penerbangan lain ke Terengganu.

Menurut kenyataan tersebut, punca kebakaran masih disiasat dan pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan syarikat enjin dan pembuatan.
Dalam perkembangan yang sama, syarikat penerbangan Firefy mengesahkan bahawa tiada mana-mana pesawat dari syarikat itu mengalami kebakaran pada enjin seperti yang didakwa.

Firefly mengeluarkan kenyataan itu selepas sebuah pesawat dari Kuala Lumpur ke Terengganu dilaporkan terbakar dan terdapat pihak yang mengaitkan pesawat terbabit dengan penerbangan Firefly.


Katanya, sudah menjadi tanggungjawab syarikat itu untuk memastikan setiap penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

MISTERI #MH370 : MENGAPA KOMANDO MALAYSIA KE KORIDOR UTARA ? #PRAYFORMH370 #AL-FATIHAH


Artikel  di bawah ini tersebar meluas di media sosial &  tak mustahil teori konspirasi ini boleh berlaku kepada MH370 . KK pun terjumpa artikel ini di Blog GENERASI PEJUANG BANGSA

Jika  8 saintis China & ratusan lagi rakyatnya  berada dalam pesawat MH370 , kerajaan negara itu tak akan duduk diam & akan terus menyiasat  . Walaupun keluarga penumpang dari negara itu marah kepada kerajaan kita , tapi pemerintah negara itu tetap berkerjasama  kerajaan Malaysia . 

Tetapi dalam keadaaan apa sekalipun ,  kita memerlukan bukti jika benar teori ini berlaku.  

Mungkin sebab itu Komando Malaysia dihantar ke negara di lokasi rahsia  koridor utara seperti India & Maldives (Klik di  sini ) untuk menjejaki petunjuk MH370 walaupun PM menyatakan melalui data satelit ,  MH370  berakhir di lautan Hindi dekat barat daya Australia . 

Malah PM sudah beri jaminan  polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dengan secepat mungkin punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370. klik di sini 


Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. america.aljazeera.com

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).


Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US)