Monday, 7 April 2014

TERKINI VIDEO #SelawatPerdana : "Malam Cinta Rasul" Baling, Kedah. @azeezputera @TVALHijrah #PRAYFORMH370


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Terima kasih kerana menonton & sama-sama berselawat dalam Malam Cinta Rasul #SelawatPerdana Baling, yang di lansungkan di Dataran Baling. 05-April 2014. 


Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT & sentiasa berada dalam golonganyang mendapat syafaat daripada baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak. Insyaallah. 



Orang Baling nantikan PART 2...




Sunday, 6 April 2014

BARANG APA YANG NAIK, MENDERITAKAH RAKYAT BALING !! #SelawatPerdana


Sememangnya terbaik adik-adik ni.. apa yang naik tu....


KK di maklumkan petugas yang dok kutip derma kat "rakyat Baling Menderita" adalah pelajar sekolah agama, sebab orang kuat PAS Baling merupakan pengetua kat situ... kalau hampa nak tahu siap bagi "warning" lagi.. Kalau pelajar tu nak p" "Derita Rakyat" kena jadi petugas kutip derma.. Kalau malas wak keja tu.. jangan harap dapat kebenaran p sana"...

Dalam bulatan... Tabung Mangsa penipuan Pemimpinan PAS
Tak habis-habis lagi dok songlap duit rakyat.. tang mana yang derita.. kalau hampa dok kutip derma... kalau dah hampa tau rakyat baling susah.. Mengapa pula dok tibai dan rompak duit depa.. sepatut kena bantu....program yang kononnya 'HIMPUNAN DERITA' untuk rakyat hanya bermain dibibir saja. Mulut jerit rakyat derita, tapi tangan dok kutip derma kat rakyat yang dikatakan derita. Kalaulah ada otak, tentu pemimpin Pakatan tak buat sedemikian rupa.


Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir bersama beselawat semalam... di sini kami sediakan tazkirah Insyaallh.. video Baling berselawat akan menyusul..

Misteri #MH370 : Kapal China kesan isyarat detik di Lautan Hindi. #terusberdoa


Kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi pada Sabtu.

Agensi berita China, Xinhua, dalam berita dalam taliam, xinhua.com, menyatakan kapal itu mengesan isyarat detik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat.

"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.

"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.


Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.


Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Sementara itu, Xinhua melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi.


Pesawat itu meramkan gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan.

"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan," menurut Xinhua.


Laporan itu menyebut Ilyushin berlepas jam 06.04 waktu tempatan pada Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada 09.55 pagi waktu tempatan.

Pada 24 Mac, sebuah pesawat China mengesan objek di selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, ia didapati tidak berkaitan dengan MH370 yang hilang. - Bernama

Saturday, 5 April 2014

GAMBAR TERKINI !! KARNIVAL RAKYAT BALING DAN MALAM CINTA RASUL DAERAH BALING. #SelawatPerdana #TVAlhijrah

Jom !! Pelbagai acara menarik serta peluang melanjutkan pelajaran & kerjaya.

Antaranya Kaunter yang disediakan UITM, Inokom, JPJ, JPAM, kementerian Kesihatan pelbagai lagi.......

Pada warga Kedah, Marilah kita berqasidah memuji kebesaran Allah SWT dan Rasulnya pada 5hb April ini. Sabtu ini di Ketuai Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Bertempat di Pekan Baling, Dataran Sebelah KFC.

Friday, 4 April 2014

GEMPAR !! SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB SEBARKAN VIDEO PANAS INI ? #SelawatPerdana Di Baling. @TVALHijarah #PrayForMH370


Photo: #selawatperdana

KESATUAN-PERPADUAN-PERSAUDARAAN
Belum pun tiba dan menjelang detik 9:00 malam, 05/04/2014 Sabtu, satu klip video tersebar meluas di laman sosial Facebook. Klip video berdurasi 32 saat memaparkan tokoh ilmuan dalam bidang dan kepakaran masing yang akan bersama rakyat Baling mengngalunkan zikir dam berqasidah memuji kebesaran Allah SWT dan Rasulnya.


Selawat semakin mendapat tempat dihati umat Islam di Malaysia.. Marilah kita menzahirkan rasa kecintaan kita kepada Allah dan Rasul. Ayuh bersama-sama menghayati alunan selawat & qasidah.


Selawat Perdana Baling


Bersama Habib Ali Zenal Abidin & Ustaz Fathul Bari , Inteam & Kumpulan Al Maulid dalam Majlis Malam Cinta Rasul dan Karnival Rakyat Daerah Baling. Semua Muslimin & Muslimat Dijemput hadir 


Thursday, 3 April 2014

"Islam itu Pas dan Pas itu Islam" Lagi FITNAH JAHAT UMNO ? @SinarOnline @TVALHijarah #selawatperdana #PrayForMH370



Bagi sesetgh orang PAS, tidak ada makna nya Islam jika tidak bersama mereka atau tidak menyokong mereka.


Kesian melihatakn lebai-lebai Pas yang menganggapkan program ini adalah politik... Perbuatan mereka ini tidak membuatkan orang kedah tertarik dengan PAS, malah lebih benci... 

Islam tu bukan milik PAS sahaja... asal Alim agama yang menyertai progra, UMNO, dicaci, dihina..... memang sesat dan sewei alul pembangkang ni... tahu bangkang, Fitnah dan menghukum orang je..
Photo: #SelawatPerdana #PrayForMH370 @TVAlhijrah @SelawatPerdana: Pada warga Kedah, Marilah kita berqasidah memuji kebesaran Allah SWT dan Rasulnya pada 5hb April ini. Sabtu ini di Ketuai Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Bertempat di Pekan Baling, Dataran Sebelah KFC.
Mangsa terbaru ahlul Pas ialah Habib Ali kerana menyertai Program Malam Cinta Rasul di Baling Kedah, Pada 5 April ni...

Kepalanya mungkin berkopiah putih tetapi hatinya sudah hitam. Bagaimana nak dapatkan redha Allah jika begini pimpinan yang diangkat oleh Pas Kedah?

Benar Selawat Perdana tidak boleh menyelesaikan segala permasalahan ummah. Tapi perlu diingat. Ianya antara method untuk membuka "jalan". "Jalan" apa? JALAN KESEDARAN. 

Politik tidak akan menyatukan umat islam kerana politik akhir zaman semuanya sesat.. Yang menyatukan umat islam adalah kasih kepada Allah dan Rasul saw.



KK berharap agar semua umat Islam dapat bersama-sama menyertainya kerana program ini merupakan wadah terbaik kepada kita untuk menunjukkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul. 







Panas !!! Jangan biar Kelantan laksana hudud- @SinarOnline




Peguam kanan Karpal Singh memberi amaran bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasa hudud.

Beliau mendakwa, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang-undang kerana DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakmen tersebut.

“(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.

http://m.malaysiakini.com/news/259013

“Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, DAP tegas dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud dan tidak akan bertolak ansur dengan undang-undang yang menurutnya tidak sesuai dengan zaman ini.

Pendirian tersebut juga menjadi bukti kepada kezahiran DAP, kata bekas pengerusi DAP itu lagi.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang dilaporkan akan mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakannya.

Beliau berhasrat untuk mengemukakan perkara itu mengikut Perkara 76(A) Perlembagaan Persekutuan.

“Rang undang-undang persendirian itu akan meminta Perlimen meluluskan satu akta untuk membenarkan kerajaan negeri melaksanakan hukum jenayah syariah di Kelantan sahaja.

“Satu lagi rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ialah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 supaya boleh menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,” kata Ahmad Yaakob seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini