Thursday, 14 August 2014

"Penumpang MH370 Masih Hidup" Akaun Bankpenumpang #MH370 Aktif.


Dianggarkan sejumlah RM111,000 telah dikeluarkan dari akaun empat penumpang pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang 8 Mac lalu, lapor News Straits Times (NST).

Perkara itu telah dikesan oleh pengurus bank yang terbabit dan pihak bank kini sedang membuat satu siasatan audit dalaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Izany Abd. Ghany berkata pihak bank telah membuat laporan mengenainya pada 2 Ogos lalu.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Pesawat Boeing 777-2000 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Beijing sebelum dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Astro Awani

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, 8 August 2014

Panas !! ‘anak dara tua yang kurang seks’ ? #selamatkanSelangor @Khalid_Ibrahim

Fekah Husin


 ‘anak dara tua yang kurang seks’ apa cerita berlaku kat Malaysia ke !! JOM TENGOK VIDEO PANAS ini....



Dalam kenyataannya (boleh rujuk minit ke 1:25), Hishamuddin merujuk bekas setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai ‘anak dara tua yang kurang seks’.



Hishamuddin Rais dikecam oleh peserta forum ‘Krisis MB Selangor’ apabila mengeluarkan kenyataan menghina kaum wanita dalam forum tersebut.

Thursday, 7 August 2014

SOLAT HAJAT #SelamatkanSelangor @Khalid_Ibrahim & #PrayForGaza



Sedang berlansung majlis Solat Hajat Perdana khusus untuk menyelamatkan pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor akan diadakan di kediaman rasmi MB Selangor. Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh Gang Ustaz Dewan Pemuda PAS Selangor. Apa yang Dr Xavier nak kata lepas ini...

Majlis Solat Hajat Selamatkan Selangor
Di kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor
yang dihadiri oleh pemimpin pemimpin dari PAS.
Walaubagaimanapu tidak kelihatan kelibat Presiden PAS Hj. Hadi Awang. Mungkinkah Presiden PAS ini sudah diberi amaran oleh "abang Non" ......... !! Berani Hj Hadi menyanggah keputusan "abang Non Kunyit" 

sumber : 

PAS dinasihatkan supaya menghormati dan jangan masuk campur urusan pemilihan calon MB Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Ini selaras dengan 'persefahaman' diantara PAS, PKR dan DAP dalam memilih ketua pentadbir negeri yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Ini Bukan "RASUAH", ini "SEDEKAH" Kepada @Khalid_Ibrahim #wanazizah4mb



Susungguhnya detik ini PR sedang menerima "balasan" dan Bahana yang dicipta sendiri oleh mereka. Pelbagai alasan serta tawaran "istimewa" di janjikan kepada Khalid Ibrahim untuk undur diri dari Jawatan MB Selangor...... 

Jom Kita tengok Babak seterusnya...


Ketua setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR.

Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang tadi sambil dilihat membawa dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa lagi ahli PKR.

"Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar.

"Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasid kepada pemberita di Shah Alam. 

Katanya, Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa Saifuddin. Justeru, perkara itu perlu dibawa kepada SPRM bagi membolehkan kertas siasatan dibuka.

Beliau berkata, pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM. Oleh itu, atas inisiatif sendiri, pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan.

Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata akan mendedahkan sebab di sebalik usaha PKR menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar dan menggantikannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Saifuddin berkata antara kandungan laporan tersebut termasuk kes-kes mahkamah yang boleh dipertikai mengenai integriti Khalid sebagai seorang penjawat awam.

Antara yang didakwa Saifuddin adalah sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta semasa Khalid memegang jawatan ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Khalid dalam bagaimanapun menafikan dakwaan beliau terlibat dalam salah laku dan mencabar PKR melaporkan perkara tersebut kepada SPRM.

"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan Saifuddin. Saya menafikan dakwaan ini kerana ia tidak benar sama sekali," kata Khalid.

"Sekiranya Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada SPRM dan Bank Negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya.

Khalid dalam kenyataannya turut menyatakan kesediaan bekerjasama jika disiasat pihak berkuasa.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya. – 6 Ogos, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com

Monday, 4 August 2014

Apa Makna Semua ini ? #PrayForPalestina #PrayForGaza



ANDA FAHAM MAKSUD SAYA KAN !! jadi saya rasa tak payah nak hurai atau tulis panjang mengenai sekeping foto diatas. Cukuplah sekadar menggambarkan seribu isi yang tersirat untuk di terjemahkan !! 


Nak boikot ke tak itu hak individu... Jadi terpulanglah kepada kita bagaimana dan dengan cara apakah kita nak Boikot.sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata mereka yang anti-boikot ini:

- Google pun support Israel, boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M’sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa     Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pun!
- Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan boikot McD!

Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata.

Saturday, 2 August 2014

Selangor akan kembali kepada BN -@Khalid_Ibrahim


“Saya beri amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) jika saya disingkirkan, negeri Selangor akan balik kepada Barisan Nasional.

“Saya tidak akan undur diri. Tetapi saya minta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika itu yang mereka mahu,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Tanpa berselindung atau mungkin sudah muak dengan karenah ahli dan pemimpin parti,Menteri Besar Selangor itu menjelaskan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah tidak boleh disorok lagi dan sangat memalukan.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai masalah tetapi apa yang berlaku sepatutnya tidak berlaku. Amatlah memalu-kan bila orang luar melihat perangai ahli PKR.
“Terus terang saya nyatakan di sini, bukan ugutan tetapi jika saya dipaksa meletak jawatan dengan cara ini, saya amat yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan mudah nanti,” tegasnya.

Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh Pas dan DAP.

Malah kekecohan dalam pemilihan PKR yang belum selesai hingga hari ini turut memburukkan Abdul Khalid dan parti itu sendiri di mata umum.

Sumber

Friday, 1 August 2014

@Khairykj Desak @PDRMsia @KBAB51 Lebih ADIL bila ambil Tindakan Undang-Undang. @Zahid_Hamidi


Khairy Jamaluddin hari ini telah memuat naik satu tweet di laman twitternya yang mahukan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang bersikap biadap dengan memuat naik satu status memaki umat islam yang mengalunkan takbir raya di
laman facebooknya.


Status lelaki berkenaan, Mr. Kelvin Yip yang berbunyi :-

"eh hello bastards, i know its hari raya and all but please fucking keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 a.m in the morning... fucking annoying shit..."

Terjemahan kepada status berkenaan " eh hello anak haram, aku tahu hari ni hari raya tapi tolong perlahankan doa korang kepada tuhan di pembesar suara pada pukul 6.45 pagi.. fucking annoying shit".

Walaupun kelihatan Kelvin Yip telah meminta maaf di laman facebooknya, tetapi KJ berkata, " Kiki minta maaf tapi kena charge (and rightly so). Yang ini pun kena charge. Kasi ajar sikit. Once and for all." yang jelas mahukan lelaki ini di kenakan tindakan mahkamah.

Sumber.