Selasa, 21 Mei 2013
#LahadDatu : Pemimpin Politik Pembangkang terlibat dengan insiden Serangan di Lahad Datu ?
Gempar !! Maklumat terkini Himpunan di Putrajaya.ADA PERMIT TAK !!! #FBP13 @khairykj @festivalbelia13

penganjuran pada tahun ini telah memecahkan rekod terdahulu apabila seramai 2.4 juta belia menghadiri karnival selama lima hari itu.
Isnin, 20 Mei 2013
Terkini !!! Kesesakan Teruk di jalan raya, menanti detik 12:00 pagi (21 Mei 2013) Nikmati penurunan harga Minyak. @rafiziramli #Black505
@Zahid_Hamidi "asah kuku" bersiaplah bagi mereka yang cuba cari pasal. #NajibMyPM #TolakPR #black505
Piala Sudirman: Malaysia tewas kepada Taiwan. @ASTROARENA
Malaysia mempamer aksi mengecewakan pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 apabila tewas mengejut 2-3 kepada pilihan 9/12, Taiwan di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.
Skuad badminton negara yang diletak selaku pilihan ke-3/4 kejohanan menerima kejutan awal selepas beregu lelaki nombor tiga dunia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kalah 18-21 dan 18-21 kepada pasangan pecahan Taiwan Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin.
Juara perseorangan wanita Terbuka Malaysia 2013 Tai Tzu Ying memberi mata kedua untuk Taiwan selepas mengalahkan pemain negara Sonia Cheah Su Ya 21-7 dan 21-13.
Perseorangan lelaki nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, yang mengetuai cabaran skuad negara pada edisi ke-13 kali ini, bangkit menghadiahkan mata pertama untuk Malaysia selepas menundukkan Yang Chih Hsun 21-8 dan 21-13.
Taiwan memastikan kemenangan mutlak ke atas Malaysia apabila beregu wanita mereka Cheng Wen Hsing dan Hsieh Pei Chen mengalahkan Vivien Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei 21-17 dan 21-19.
Beregu campuran nombor lima dunia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menyelamatkan maruah skuad badminton negara daripada terus tercalar selepas menewaskan gandingan Lu Ching Yao dan Lai Chia Wen 25-23 dan 21-11.
Malaysia kini perlu mengharapkan 'belas ihsan' Jerman untuk mengalahkan Taiwan esok selain perlu mencatat kemenangan ke atas pasukan Eropah itu pada aksi terakhir Kumpulan C pada Selasa jika berhasrat menempah slot ke suku akhir.
Terdahulu, juara lapan kali kejohanan China menewaskan India 5-0 dalam saingan Kumpulan A bagi mengungguli tangga teratas dengan pungutan dua mata.
Juara sulung kejohanan Indonesia, yang turut menghuni Kumpulan A, bakal turun ke gelanggang buat pertama kali bertemu India esok sebelum menamatkan aksi pusingan awal berentap dengan China pada Selasa.
Dalam saingan Kumpulan B, Thailand mencatat kemenangan 3-2 ke atas Hong Kong untuk mendahului kumpulan itu dengan pungutan dua mata.
Hong Kong berdepan cabaran getir pada aksi kedua Kumpulan B esok apabila dijadual bertemu juara tiga kali Korea, yang turut diundi dalam kumpulan sama.
Korea pula bakal meneruskan aksi terakhir pusingan awal menentang Thailand, Selasa ini.
Naib juara Eropah Denmark, yang mengetuai cabaran Kumpulan D, pula mudah menjinakkan Singapura 4-1 sekali gus mendahului kumpulan itu dengan pungutan dua mata.
Singapura bakal turun pada perlawanan terakhir menentang Jepun esok manakala Denmark pula menentang Jepun, Selasa ini bagi menentukan kedudukan akhir kumpulan berkenaan.
Sejumlah 30 pasukan menyertai edisi ke-13 kejohanan tahun ini, dan daripada jumlah itu, 12 bersaing merebut kejuaraan manakala bakinya slot tunggal ke divisyen satu dan dua.
AstroAwani
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Gempar !!! Apa yang dah berlaku Datuk Azeez Rahim di Baling ! #pascaPRU13

Nor Alia Shamimi Muhamad Jefri@Mimi, 10, cedera dan mengalami pendarahan teruk di muka, selain patah tulang hidung setelah objek itu secara tiba-tiba mengenai tepat ke mukanya.
Keadaan itu mengakibatkan anak kedua dari tiga beradik itu hampir pengsan dan terpaksa bertahan pada tiang gol bola sepak, sementara menunggu dua rakannya, Nur Ainul Madiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Taqifah Samsuri, 10, memaklumkan kejadian itu kepada guru mereka.
“Mimi tak tau nak buat apa, Mimi terus nangis dan jerit panggil ibu. Memang sakit, rasa kebas satu muka. Mimi tinggal sorang diri sebab dua kawan lain lari untuk beritahu kepada guru dan ibu Mimi,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Terbak, Mukim Siong, di sini, semalam.
Selepas beberapa minit menahan kesakitan, Mimi dibawa gurunya ke Hospital Baling seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Petani.
Ditanya objek apakah yang mengenai mukanya itu, Mimi berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah setelah objek tersebut mengenai mukanya.
“Tapi, kawan cakap, objek itu datang dari traktor mesin rumput kat padang. Mereka nampak objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.
“Dua rakan Mimi sempat elak, tapi Mimi tak nampak objek itu, sebab itu objek itu terus kena muka Mimi. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kami,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, doktor memaklumkan kedalaman luka anaknya itu hampir dua sentimeter dan terdapat sedikit retakan di bahagian tempurung kepala.
Menurutnya, anaknya itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dalam beberapa minggu lagi untuk pemeriksaan di kepala.
![]() |
| Ahli Parlimen Baling, DAAR meneruskan tradisi melawat rakyat Baling. |
![]() |
| Jutaan terima kasih kepada rakyat Baling yang menyokong Calon-calon Barisan Nasional |
"Duhai anakda, Ingat pesanan ini, jangan lupa tuhan & jangan pentingkan diri, jangan keji bangsa sendiri " ! @azranosmanrani

Jawapan sindiran kepada Azran Osman-Rani @azranosmanraniKomrad Azran yang dikasihi,Sebagai rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya secara rasmi mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating Malay Club (SHMC). Di SHMC, moto kami adalah ‘Untuk menyekat kebebasan bersuara/penyataan pendapat oleh orang Melayu’.Matlamat kami adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat, rendah diri dan bersalah.Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan sahaja. Berikutan anda telah menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam twitter anda, kami merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang terkenal ini.Komrad,Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan itu adalah tindakan orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa yang dianggap politik sebagai betul.Ini bermakna anda bebas untuk menulis apa sahaja yang merendah-rendah dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi tidak akan menulis apa-apa kritikan terhadap orang Cina.Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar vernakular sejak sekian lama telah menulis artikel yang lebih bersifat perkauman dan sensitif sejak lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang membenci diri sendiri hanya memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh itu, kami boleh memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.Saya mencadangkan agar anda berhubung dengan rakan-rakan kami daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar daripada mereka bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan cara yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor telefon berkenaan.Komrad,Orang Cina telah tinggal di neraka selama hampir 60 tahun. Mereka telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang Melayu. Orang Melayu tidak pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina!Jangan tertipu dengan perbuatan baik orang Melayu membeli dari kedai milik orang Cina dan pasar raya walaupun terdapat kedai Melayu berdekatan - orang Melayu hanya menipu.Juga jangan mendengar orang yang mengatakan 90 peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina!Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan orang Cina! Mereka adalah orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak boleh hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.Komrad,Kita di SHMC perlu melakukan apa yang orang Cina telah buat - Buy Malays Last! Cuba lihat pendapatan purata orang Cina demi kebaikan kita semua - mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di SHMC, kami mahu memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan mempersoalkan orang Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk mempersoalkan motif orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM yang korup.Komrad,Saya gembira kerana syarikat anda berkongsi warna korporat yang sama dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu DAP). Adalah malang bahawa anda tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika tidak, kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan Eng mengenai anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja untuk bos yang kapitalis!Komrad,Dari semasa ke semasa, orang mungkin bertanya mengapa anda boleh menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri. Pada SHMC, slogan standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar salah untuk pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak tidak bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada asasnya komrad, Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?Komrad,Sila beritahu orang Melayu yang mudah terpedaya tentang kebenaran ini.
- Anda tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada syaitan Darth Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN. Beritahu mereka bahawa anda berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok wang ajaib di belakang rumah ibu bapa anda.
- Beritahu mereka bahawa anda menjadi Naib Presiden Kanan (Dasar & Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang korup kerana anda mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana seorang Melayu (bekas Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.
- Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah mengklon diri anda dan meletakkan klon anda di sana.
Komrad,Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih banyak kenyataan yang membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC mengalu-alukan tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan menangkap orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka hanya akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap orang Cina.Secara peribadi, saya akan mempromosi syarikat anda, Malindo Air, untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Kami di SHMC akan mula memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami Air Asia menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam PRU-13.KOMRAD ANDA, FATIMAH ZUHRI



