Monday 11 March 2013

Panas !! : Bapa @SaifulBukhari Masuk PKR ? #PR




Cerita Saiful Bahari yang merupakan saksi utama dalam kes Liwat Anwar Ibrahim kembali mengahangatkan Malaysia, belum pun reda dengan insiden di Lahad Datu. Kenyataan Bapa Saiful, Azlan Lazim yang di anggap sebagai tunjang belakang Saiful dalam dakwaan liwat telah membuat U-turn dengan menyokong Anuar Ibrahim. Sebelum ini Bapa Saiful begitu teguh menyokong Perjuangan Saiful yang di dakwa di LIWAT oleh pemimpin utama Pembangkang. 

Sebuah portal online hari melaporkan berkenaan ayah kepada Saiful Bahari telah menyertai Parti Keadilan Rakyat. 

Mengakui berjuang menyokong perjuangan Anwar dan PKR sejak 1998, Azlan bagaimanapun menegaskan tindakannya menyertai parti itu tiada kena mengena dengan pendedahannya berhubung kes liwat II.
"Saya berhak buat keputusan untuk diri saya...saya ikut dengan rapat perkembangan PKR.
"Ini adalah masa yang tepat untuk saya menyertai PKR dan sokong Datuk Seri Anwar untuk lakukan perubahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.
Jumaat lalu, Azlan pada satu sidang media tertutup mendakwa kononnya tuduhan ke atas Anwar itu adalah satu fitnah.
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.
Namun rayuan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 22 dan 23 Julai ini. Mstar.

No comments:

Post a Comment