Friday 15 March 2013

Tindakan tatatertib terhadap guru di Kelantan. @PDRMsia #LahadDatu @hmetromy

Tindakan tatatertib akan di ambil ke atas seorang guru di Kelantan kerana mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata tindakan ini perlu kerana ia membabitkan kedaulatan dan keselamatan negara.

"Kita minta (beliau)  menyatakan kenapa tindakan-tindakan displin tidak boleh diambil terhadap beliau.

"Jadi proses-proses itu akan dilaksanakan sebelum keputusan tentang apakah tindakan sesuai diambil dan dibuat oleh Lembaga Tatatertib di bawah Kementerian Pelajaran," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Muhyiddin pada sidang media di Putrajaya berkata sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada negara, kenyataan yang menghina terutamanya terhadap keselamatan adalah tidak wajar.

Malah pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu sepatutnya dihargai.

Sebelum ini seorang guru dari Kelantan didakwa menghina pasukan keselamatan dalam operasi daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial facebooknya.

Kenyataan individu berkenaan dalam facebook sudah disiarkan dalam beberapa blog kerana menggelar polis yang terkorban di Sabah dengan gelaran sama seperti haiwan.

Terdahu, menurut laporan akhbar – Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 petang tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata, suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas alasan tertekan.

Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas, boradband dan kad sim telefon, katanya.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment