Wednesday 13 March 2013

"Selamat Datang Mat Sabu, mah' sentiasa rindukan abang". #TukarKedah


Ucapan setinggi penghargaan kepada ayam sabun PAS. Mat Sabu adalah pendokong dan pelopor Syiah di dalam PAS. Mat Sabu adalah seorang Syiah dari aliran Syiah Imamiah.


PRU-13: Mat Sabu Pilih Tanding di Kedah Atau Selangor


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, dua buah negeri menjadi pilihannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah dan Selangor.

"Setakat ini belum pasti lagi nak bertanding di mana…saya juga tidak ada masalah untuk bertanding di mana-mana. Kedah boleh Selangor pun boleh. "Kalau tidak di Wilayah Persekutuan pun saya tak kisah. Saya akan bertanding mengikut kehendak parti," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang mengatakan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang pada PRU-13 nanti.Mengenai pembahagian kerusi di Kedah, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata hanya ada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja yang belum diputuskan.

"Ini kerana ada permintaan bertindih antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di pihak PAS kita tiada masalah semuanya telah selesai."Kita cuma tunggu Parlimen dibubarkan barulah kita akan umumkan nama calon-calon yang bertanding," katanya.

Kerusi Parlimen Pendang kini disandang oleh Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan beliau dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri pada PRU kali ini.
Pada awal Mac, Yang Dipertua PAS Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dilaporkan berkata, mereka telah mencalonkan Mat Sabu dan dua yang lain untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.

Memetik sumber lain pula mendakwa Mat Sabtu tidak berminat untuk bertanding di Pulau Pinang walaupun berasal dari negeri itu kerana PAS tidak mempunyai pengaruh kuat dalam negeri yang diperintah DAP itu.

Pendang dianggap sebagai kerusi selamat kerana mempunyai jumlah ahli PAS yang ramai iaitu 15,000 orang.

Mstar.

Mat Sabu juga dikatakan rapat dengan kumpulan Anwarinas dan merupakan parasit dalam. Setelah memenangi jawatan Naib presiden PAS kebanyakan 'ulama' berkecil hati. Mat Sabu yang berminat terhadap kerusi Parlimen Pendang sejak lebih setahun lalu, dikatakan punca utama kemelut itu, di samping percanggahan pendapat antara Azizan dengan beberapa EXCO kerajaan negeri.

P/S : Ini merupakan khabar baik kepada BN di Kedah. Walaubagaipun BN harus memperkuatkan Jentera PRU13 untuk menghadapi PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment