Friday, 15 March 2013

Hetty Sarlene maafkan orang yang sebar fotonya. #MeleTOP @LisaSurihani



Sesekali terasa pelik juga dengan perangai artis Malaysia ini. . Bukan nak mengata cuma cubalah kawal sikit perangai tu... Bukan jadi suami lagipun... ini tak" baru berkawan tapi bila bergambar dah macam suami isteri di "ranjang". Lepas tu bila gambar dah tersebar mula lah gelabah "biawak"

KUALA LUMPUR 14 Mac - Pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid, 29,memaafkan individu yang menyebarkan foto 'aksi berani'nya dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu.

Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada hukum karma."Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis.

Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia tidak berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang bakal dikahwininya itu.

"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna? "Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah," katanya.

Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu. "Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," luahnya panjang lebar.

 - UTUSAN

P/S : lain kali tu...jaga lah adat dan tatasusila melayu... nak bergambar pun jangan keterlaluan. 



No comments:

Post a Comment