Showing posts with label artis seksi. Show all posts
Showing posts with label artis seksi. Show all posts

Saturday, 28 September 2013

(Gambar) Satu penghinaan 'Foto ghairah' peserta program realiti timbul semula dibaluti #JalurGemilang. #MeleTOP @astroAwani #rakyatnews #selebriti #Awani745 #superspontan


Rasa, bukan sekali dua benda ni berlaku pada bintang-bintang realiti yang baru nak naik dalam industri ni.

Tapi dah banyak kali dah. Tapi, masih ada jugak insan-insan yang tidak guna akal yang tetap nak lakukan benda-benda macam ni.

Lepas tu, bila mula nak ceburkan diri dalam bidang ini, aksi-aksi panas yang melibatkan bintang realiti ini terus diselongkar, didedahkan dan dipanas semula oleh pihak-pihak tertentu.

Siapa yang kena tanggung malu?Macam yang berlaku kat seorang bintang realiti ni!



Program realiti yang melibatkan penyertaannya baru saja mula ditayangkan di skrin televisyen, tapi gambar panas masa lampaunya sudah pun tersebar meluas di serata alam.


Padahal gambar itu sudah lama diambil sejak beberapa tahun dulu.Agaknya masa buat tu si bintang realiti ni tak fikir panjang.Nak glamor punya pasal, dia sanggup beraksi panas.

Sampai, ianya jadi isu besarlah di dalam akhbar.

Tapi, bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya, terlajak perbuatan, diri binasa!

Sekarang ni, nak buat apa-apa pun tak guna. Sebab, benda dah berlaku. Nasi dah jadik bubur. Damage has been done.

Jadi, mahu tak mahu, si bintang realiti ni kenalah terima hasil dan kesan daripada perbuatan masa lampaunya.

Takpelah, kalau tak jadi bintang realiti pun tidak mengapa. Sebab dia ini pun sudah ada pekerjaan yang tetap. - Murai

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 6 July 2013

Percakaran @Tiz_Zaqyah11 Pelakon #SebenarnyaSayaIsteriDia di @tv3malaysia dengan peminat. @hotfm976


Itulah yang terjadi kepada pelakon 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', Tiz Zaqyah yang dikatakan telah ditegur oleh peminat di laman sosial, Instagram.

Percakaran antara Tiz dan peminatnya itu berlaku apabila dia mengatakan komen dia sebelum ini telah dipadam oleh Tiz.

Gambar tersebut menunjukkan kemesraan Tiz bersama teman lelakinya yang bercuti Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, kami sendiri tidak mengetahui apakah komen yang diberikan oleh peminat Tiz itu hingga dia sanggup memadamkannya.

Tidak salah untuk menegur, tetapi mungkin cara teguran itu amat mendalam serta menyakitkan hati Tiz.

Tidak hanya bertindak untuk mendiamkan diri, Tiz kemudiannya membalas komen tersebut walaupun bunyinya sedikit kasar.

"Kesian orang-orang yang leka dalam dunia 'keyboard' ni , sibuk sangat hal orang lain .

"Pergilah, belajar tinggi-tinggi, cari rezeki tolong mak ayah anak cucu," balas Tiz.

Malah, Tiz juga menyatakan dia tak perlu komen atau teguran orang yang seolah-olah berlagak kerana yang baik hanya datang dari Allah SWT.

Justeru, dalam kita menilai diri seseorang atau membuat teguran, pastikan diri kita berada di landasan yang betul.

Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa jua niat buruk.

- mynewshub

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 15 March 2013

Hetty Sarlene maafkan orang yang sebar fotonya. #MeleTOP @LisaSurihani



Sesekali terasa pelik juga dengan perangai artis Malaysia ini. . Bukan nak mengata cuma cubalah kawal sikit perangai tu... Bukan jadi suami lagipun... ini tak" baru berkawan tapi bila bergambar dah macam suami isteri di "ranjang". Lepas tu bila gambar dah tersebar mula lah gelabah "biawak"

KUALA LUMPUR 14 Mac - Pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid, 29,memaafkan individu yang menyebarkan foto 'aksi berani'nya dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu.

Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada hukum karma."Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis.

Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia tidak berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang bakal dikahwininya itu.

"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna? "Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah," katanya.

Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu. "Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," luahnya panjang lebar.

 - UTUSAN

P/S : lain kali tu...jaga lah adat dan tatasusila melayu... nak bergambar pun jangan keterlaluan. 



Thursday, 21 February 2013

Panas !! Keluhan Nabila Huda @abilsuhaimi cetus Kontroversi . #MeleTOP @rozaijamil

nabila huda semakin meroyan
Pelakon Nabila Huda 29,  mengeluh apabila segala perlakuan yang dilakukan sentiasa mendapat kritikan daripada peminatnya dan orang luar.

nabila mengeluh

Pelakon yang selalu mencetuskan kontroversi itu sempat memuat naik status Twitternya yang berbunyi, “diving salah, swimming salah, tengok live band salah, pergi club jahat, pakai seluar pendek jahat, merokok jahat.  Terlalu banyak peraturan.  Saya bosan”.
Memang tak salah untuk berseronok tetapi berpada-padalah kerana awak tu merupakan seorang public figure, sudah tentu segala perlakuan anda sentiasa diperhatikan oleh masyarakat.

Sunday, 3 February 2013

Panas !!! Gambar Siti Saleha "Bercium" ala Bollywood #MeleTOP @Rozaidijamil





SEBELUM ini, nama pelakon berbakat besar, Siti Saleha mungkin jarang dikaitkan dengan kisah kontroversi baik dalam kehidupan peribadi mahupun kerja.


Namun, menerusi filem pertamanya, Kerat 14, pemilik nama sebenar, Siti Saleha Mohd Baharum, 23, ditebak dengan pelbagai persoalan apabila lakonannya memaparkan adegan mesra dan berciuman.


Bergandingan bersama pelakon baru, Ali Arami, Saleha menerusi filem berkenaan menggalas watak sebagai Nurzara.

“Memang sekilas pandang, babak itu kelihatan seperti bercium, namun kami bukan cium betul-betul.


"Pada mulanya, saya pun teragak-agak untuk menjayakannya dan pengarah terpaksa mengambil beberapa 'shot' untuk mendapatkan 'scene' itu.

"Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tugas dan saya akui, memang sukar untuk melakukan babak mesra seperti itu," kata pelakon drama hit, Nora Elena ini.


Bakal menemui penonton di pawagam mulai 14 Februari ini, Kerat 14 turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Aaron Aziz, Zamarul Hisham, Arash Mohamad dan Fouziah Gous.

Malu lihat lakonan sendiri

Walaupun bakatnya dalam bidang lakonan tidak boleh dipertikaikan, Saleha akui malu untuk melihat babak intim itu.

Lebih-lebih lagi, pada sesi tayangan media, bapanya turut hadir menemaninya untuk memberi sokongan dan semangat.

"Semasa babak itu, saya suruh bapa menutup muka supaya tidak melihat aksi saya. Tapi, dengan nada positif, dia beritahu amat memahami kerjaya saya.

"Malah, dia berpuas hati dengan lakonan saya dan akan sentiasa memberi sokongan padu kepada saya dalam kerjaya ini.

"Namun, dia turut menasihati saya agar tidak melakukan perkara yang berlebihan," kata finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ini.

Selesa tanpa lelaki

Mengakui masih solo dan enggan berbicara mengenai kisah cinta, Saleha menganggap bukan masanya untuk semua itu.

Malah, menurut Saleha, sejak kecil lagi, dia dididik untuk berdikari tanpa mengharapkan orang lain.

"Saya rasa, tanpa lelaki pun saya boleh meneruskan kehidupan. Saya tidak meletakkan soal cinta di hadapan.

"Ini adalah waktu untuk saya membina kerjaya. Namun, tidak bermakna saya menolak untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup saya.

"Sebelum ini, saya berkawan dengan beberapa lelaki, namun hubungan itu tidak pernah menuju ke alam cinta. hanya kawan biasa sahaja," katanya yang berharap agar tahun 2013 memberi sinar buat dirinya.




 sumber;-hmetro.com.my

Thursday, 3 January 2013

Malu !!! Artis Seksi di Tahan Polis. @rozaidijamil

 Tiada Penjamin, Zarina Anjoulie Kena Tahan Di Penjara. 


Malu...Zarina dibawa keluar daripada mahkamah 

selepas dituduh bersama  seorang rakan lelaki 
memiliki 
dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 

anggaran 
 seberat 0.6 gram, empat hari lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Zarina Anjoulie yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak telah dibawa ke Kompleks Penjara Kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin aktres tersebut sehingga pukul empat petang Rabu atas pertuduhan memiliki dadah.
Menurut laporan Harian Metro, Zarina, 27, dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.
Zarina dibawa ke Kompleks Penjara Kajang pada petang Rabu
selepas tiada ahli keluarga tampil mengikat jamin pelakon itu.
yen
Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.
Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.
Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.
Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tuesday, 1 January 2013

Siapa Pelakon Paling "Laris" ditahan pihak berkuasa.




Hari ini, berita hiburan Malaysia dihangatkan dengan penangkapan seorang artis wanita berimej seksi bersama teman lelakinya yang dikatakan positif dadah. Menurut Harian Metro, pelakon filem Anak Pontianak yang juga berkarier sebagai model berusia 26 tahun yang terkenal dengan pelbagai kontroversi ini ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di sebuah kondominium mewah di Damansara Damai jam 5.30 petang kelmarin.

Pelakon kontroversi langsing ini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama kekasihnya, seorang pengganggur yang juga berusia 26 tahun, kerana memiliki dua pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu rumah pelakon ini selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah. Pada mulanya, mereka enggan bekerjasama apabila tidak mahu buka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai polis mengetuk pintu, pelakon ini membuka pintu tapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

Selepas beberapa lama menunggu, polis terpaksa memecah masuk melalui pintu depan dan melakukan pemeriksaan. Polis menemui seorang lelaki dalam bilik tidur, manakala pelakon wanita terbabit bersembunyi dalam bilik lain.

Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.

Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal. Tapi pelakon ni memang tak serik-serik. Apa nak jadi daa... Budiey

Friday, 14 December 2012

Tahniah !!!! Zed Zaidi @rozaidijamil bongkar isu permit Julia Perez.




Sepertimana yang diumumkan beberapa jam tadi bahawa Presiden Seniman, Zed Zaidi bakal mendedahkan sesuatu yang tergempar tentang Julia Perez.

Sebentar tadi, pendedahan yang dibuat oleh Zed Zaidi ialah kemasukkan Julia Perez aka Jupe ke sini bagi menjalani penggambaran filem di  sini sebenarnya tanpa permit.

Sejak beberapa hari lalu pelakon seksi itu berada di sini bagi membintangi filem terbaru arahan pengarah Murali berjudul Sumpahan Malam Pertama dan penggambaran dijalankan di Pulau Pinang.

Nama Jupe semakin panas dan menjadi bualan ramai peminat Malaysia ekoran status di Twitternya yang mengkritik kualiti drama Malaysia.

 

Lantas tercetusnya perang di antara dia dan Zed kerana masing-masing saling berbalas dengan kata-kata pedas.

Okay, kalau sudah kemasukan Julia Perez ke sini tanpa permit, seharusnya pihak produksi filem Sumpahan Malam Pertama juga harus bertanggungjawab mengenai hal ini dan mungkin boleh dikenakan tindakan tegas ke atas mereka. 

Sebagai pelakon, kalau sudah ditawarkan berlakon apatahlagi boleh jadi ditawarkan pula dengan bayaran lumayan tentunya Jupe tidak menolak. 

Dan urusan membawanya masuk ke sini seharusnya atas tanggungjawab pihak yang mahu membawannya ke sini, bukan?

Setakat ini Zed tidak pula memberitahu sama ada pihak produksi filem berkenaan akan dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak Seniman sendiri. 

Namun Zed memaklumkan yang pihak pengawai Finas akan datang membuat serbuan di lokasi penggambaran di Padang Kota Lama, Pulau Pinang._semut hitam