Tuesday 12 March 2013

Update #LahadDatu : Ya Allah Ya Tuhan Ku selamatkan Perjuang-pejuang kami. Berita sedih dari medan pertempuran. #Pray4Sabah @PDRMsia


Ops Daulat: Seorang anggota tentera terkorban

Seorang anggota tentera Malaysia disahkan terkorban dalam satu insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pagi ini.Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu pesanan ringkas SMS kepada Astro Awani, mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau juga berkata dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi itu tiga orang anggota pengganas turut terbunuh.Dalam kejadian tersebut 3 pengganas sulu telah terbunuh dan 2 lagi cedera...

Sebelum ini laman blog empayar Pemuda memaparkan keadaan angota keselamatan yang mengalami kecederaan semasa pertempuran itu




Khabar angin di dalam Facebook dan Blog yang mengatakan Kpl Khairul Anuar terkorban semasa kejadian tembak menembak pagi tadi di Lahad Datu tidak benar..Kpl Khairul Anuar dilaporkan berada didalam keadaan stabil dan masih dirawat..

Mari kita bersama berdoakan agar anggota perajurit yang lain dikuatkan iman dan diperkukuhkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T bagi menghadapi ancaman penceroboh negara dan menjalani dugaan ini dengan penuh kecekalan....amin

No comments:

Post a Comment