Friday 29 March 2013

#PRU13 : Tranfomasi @NajibRazak PM Malaysia pikat sokongan Pengundi. #GE13 #BNBagus #BetterNation


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan proses transformasi di negara ini.

Malaysia tidak mampu mempunyai sebuah kerajaan yang lemah kerana ia akan menyebabkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan.transformasi ekonomi jangka panjang, kemudahan menjalankan perniagaan serta kestabilan sosiopolitik, menjadi faktor utama yang melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai antara 10 destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat asing.

Kerajaan yang kuat adalah wajar bagi mempercepatkan proses transformasi di Malaysia. Kerajaan lemah bermakna ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

Selepas proses transformasi pelbagai bidang termasuk ekonomi diperkenalkan tiga tahun lepas, kerajaan pimpinan Najib telah mula menampakkan tanda positif dalam membantu visi Malaysia ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memuji dan menyakini kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri yang telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik.

Sambil menyifatkan Najib telah melakukan kerja dengan baik, Daim berkata perdana menteri itu perlu diberi mandat untuk meneruskan dasar dan program transformasinya.

Keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) nanti Pasca 2008, BN hanya kekurangan 8 kerusi untuk mencapai majoriti 2/3. .

Sementara itu, kajian juga mendapati, 59 peratus mahasiswa dari Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mengakui Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin pilihan utama mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment