Khamis, 21 Mac 2013

Seorang Lagi keluarga @AnwarIbrahim2 bakal di "Lacurkan" ke Politik.



Keputusan Anwar untuk tidak bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti tidak mengejutkan dan sudah dijangka oleh kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat di P.Pinang.

Difahamkan, Anwar sudah awal-awal lagi didalam beberapa mesyuarat membayangkan untuk meletakkan anak perempuannya bagi menggantikan beliau di kawasan tersebut.

Menariknya, bukan Nurul Izzah yang dipilih oleh Ketua Umum PKR tersebut untuk bertanding di Permatang Pauh, sebaliknya Anwar memilih Nurul Nuha sebagai calon muda untuk berhadapan dengan calon dari Umno.

Kenapa Anwar lebih utamakan Nurul Nuha dari Nurul Izzah yang jauh berpengalaman didalam bidang politik? Jawapannya ialah latarbelakang Nurul Nuha yang masih bersih dan dianggap sebagai calon mesti menang PKR di kawasan berkenaan.

Keputusan ini bagaimanapun katanya tidak disenangi oleh Presiden PKR, Wan Azizah. Khabarnya Wan Azizah lebih suka jika Nurul Nuha berkerja dibelakang tabir dan tidak terlalu menonjol dikhuatiri akan menimbulkan persepsi bahawa PKR mengamalkan kronisme.

Namun seperti yang ramai sedia maklum, keputusan Anwar adalah muktamad. Anwar juga dikatakan amat yakin Nurul Nuha mampu menang besar di Parlimen Permatang Pauh kerana rekod bersihnya.

Umno Permatang Pauh harus melakukan keajaiban jika mahu merampas kembali kerusi Parlimen tersebut. Program kecil-kecilan tak mencukupi untuk mengembalikan semangat berbelas ribu ahli Umno dikawasan berkenaan. 

Sebaliknya, satu program berskala besar harus dirancang bagi menunjukkan kekuatan serta memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti melayu terbesar itu sebelum piliharaya berlangsung tak berapa lama lagi. ~ sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah