Monday, 25 March 2013

Buku Panduan Solat Yang Ditulis Pihak Kristian. @Inspirasiislami



Inilah kerja dan hasil yang diperjuangkan oleh mereka yang  aktif melakukan aktiviti memurtadkan umat Islam dan gerakan kristianisasi di Malaysia. tidak hairan Ada pihak di Kalangan Masyarakat Melayu Malaysia menyokong gerakan ini. Maka sebab itulah ada PEMIMPIN MELAYU yang menyokong kalima Allah di Gunakan oleh penganut Kritian. 

Buku panduan solat lazimnya khusus untuk kegunaan mereka yang mengamalkan ajaran agama Islam..Namun, kini, anda perlu berwaspada kerana kini terdapat juga buku panduan solat yang dikarang oleh pihak Kristian Orthodox Syiria..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.. 




Di dalam Al-Qur’an. kita sering menemui ayat "Aqimus Sholah" (tegakkan solat), sebagai sebahagian dari perintah Allah SWT kepada kaum Muslim untuk beribadah.


Tetapi jangan keliru, kerana kebelakangan ini, terdapat di kalangan pihak Kristian Otodox Syiria (KOS) yang menggunakan ayat yang serupa dan mirip seperti yang terdapat dalam bahasa Al-Qur'an ini.


Baru-baru ini, sebilangan pihak Kristian Ortodox Syiria telah menerbitkan sebuah buku panduan solat berjudul "Shalat Rabbaniyah" yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan.


Isi buku yang setebal 120 halaman ini turut mempunyai tafsir ringkas (refleksi) tentang "Doa Bapa Kami" yang dikutip dari kitab Injil Matius 6: 9-13.


Bambang merupakan seorang alumni di Sekolah Tinggi Falsafah Teologi Prajnawidya di Yogyakarta pada tahun 1971.


Selain buku mirip ayat khas Islam tersebut, Yayasan Misi Orthodoxia yang diketuai oleh Pendeta Yusuf Roni juga menerbitkan buku panduan solat Kristian yang berjudul "Kitabus Sab'us-Shalawat" (solat 7 waktu).


Jika ada pihak yang tidak paham, hal seumpama ini pasti akan menjadi kecoh dalam kalangan umat Islam. Apatah lagi, mereka menggunakan bahasa yang mirip ayat suci Al-Qur'an.


Kristian Orthodox Syiria juga menggunakan pakaian yang mirip dengan masyarakat Islam seperti jilbab. kopiah dan lain-lain


Semoga ini boleh menjadi informasi untuk semua kaum Muslim.

P/s : Pssssssttt Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu. 


No comments:

Post a Comment