"Jasa Allahyarham begitu besar kepada negara bahkan antarabangsa dalam bidang penerbitan buku-buku pendakwahan.
"Allahyarham merupakan seorang yang disenangi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengkebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak di sini, Selasa.
Lebih 100 orang termasuk pelajar UIAM menghadiri majlis tersebut kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,UIAM.
Muhammad, 70, meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Taman Duta di sini.
Salah seorang anak Allahyarham, Ahmad El-Muhammady, 35, yang juga pensyarah di UIAM berkata bapanya merupakan seorang yang penyayang dan sentiasa mengambil berat perihal keluarga.
"Kami semua amat terasa pemergiannya. Beliau sentiasa berpesan kepada kami agar meneruskan ajaran berdakwah dalam mempertahankan negara daripada pelbagai cabaran," katanya.
Sementara itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Allahyarham seorang intelek Islam dan cendekiawan tersohor sepanjang hayat.
"Allahyarham berbeza dengan ulama-ulama lain dan tidak pernah menyentuh hal politik. Beliau seorang ulama yang tulen," katanya.
Allahyarham meninggalkan isteri Mariam Hussain, 65, dan 11 orang anak serta lebih 40 orang cucu.
BERNAMA
Sedikit berkenaan latar pendidikan Allahyarharham.
Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari 1943.
Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.
Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.
Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.
P/S : Al-Fatihah.... Semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat serta ditempatkan bersama orang yang dikasihi Allah. Insyaallah mudah mudahan..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment