Sunday, 17 March 2013

#LahadDatu : "Ya Allah!! aku mengaku aku hambaMU dan engkaulah Tuhanku terimalah sahabat seperjuanganku yang gugur. @PDRMsia #Pray4Sabah


Al-fatihah buat sahabat-sahabatku yg kini digelar perwira negara...namun kesedihanku terhadapmu, hingga kini deras airmataku.....ku panjatkan kepada ilahi, ku serah jiwa ragaku padaNya...demi tugas negara atas dalil Al Quran "Taati Allah, Rasul dan WaliyyulAmr" maka kamu gugur...tidak terluka olehmu cacian hina....gelaran "anjing" telah kamu telan...kejian dan pujian hanyalah sekadar hiasan supaya kamu lalui kemanisan disana...."Ya Allah!! aku mengaku aku hambaMU dan engkaulah Tuhanku.....terimalah sahabat seperjuanganku yang gugur. Redholah mereka......dan terimalah ibadah kami dalam perjuangan dunia ini serta redholah terhadap kami......" Amin...
Anonymous

[SMS terakhir seorang Vat69 sebelum terkorban... Al fatihah]

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.. 




Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.." 

*jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan diatas.. sesungguhnya aku sendiri menangis membacanya..

sumber.

No comments:

Post a Comment