Beginikah sikap seorang yang dianggap pemimpin yang kononya berjuang dilandasan Islam. Dicanang di setiap pelusok mereka perjuang Islam sedangkan apa yang mereka lakukan kini sebaliknya.PAS bukan tidak asing jika sikap dan kelakuan mereka seperti orang munafik sejak mula menjalinkan hubung "mesra" dengan DAP serta PKR.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.
"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.
"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.
Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar parti pembangkang.
p/s : Inilah hasil yang pembenihan dikeluarkan apabila PAS berkahwin dengan DAP dan PKR. jauh lari dari apa yang disasarkan.
No comments:
Post a Comment