Kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada majlis makan malam parti itu di sini malam Jumaat telah mencetuskan kekecohan.
Kira-kira 100 anggota badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling seawal pukul 8 malam untuk membantah kenyataannya sebelum ini bahawa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah sebagai sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat.
Keadaan mula menjadi kecoh semasa Anggota Parlimen Batu itu beredar dari majlis tersebut selepas memberi ceramah kira-kira 30 minit, apabila keretanya dihalang dan ditumbuk oleh anggota-anggota NGO terbabit.
Bagaimanapun pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan yang berada di situ berjaya mengawal keadaan sementara seorang lelaki turut ditahan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan penahanan Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Antara NGO yang membuat bantahan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan), Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Muka Buku dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia.
Timbalan Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata tujuan perhimpunan itu ialah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kebiadapan Tian Chua.
"Kami tak puas hati kerana kebiadapan Tian Chua yang sanggup kata pencerobohan di Lahad Datu itu adalah satu sandiwara hasil permainan politik," katanya yang juga bekas anggota tentera.
Beliau berkata kenyataan itu jelas menunjukkan Tian Chua tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dan dia tidak layak menjadi seorang pemimpin politik. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
sepatutnya pihak polis biarkan saja, tu la bangsat ni masih tak sedar diri kalau tak ada polis dah lama mampus dah Tian Chua ni
ReplyDeletebangsat tianchua ni kalau kena ugut ngan along pasal pinjaman hutang , baru kalut cari polis jugak sb takut kena bunuh.
Deletememang dasar anjing hutan.......