Yang Dipertua Perkasa Perak Md Yusuf Alang Ahmad berkata, rakyat juga diseru menzahirkan sokongan terhadap BN juga dengan menyokong Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang bertanding di Pasir Mas dan naib presiden Zulkifli Nordin di Shah Alam.
Beliau berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perkasa sentiasa menyokong kepimpinan yang dibawa oleh kerajaan BN, selaras dengan misinya untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.
"Perkasa berharap pengundi-pengundi di Pasir Mas, Kelantan tidak lupa untuk untuk mengundi Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang bertanding di atas tiket Bebas.
"Kita juga berharap Naib Presiden, Zulkifli Nordin yang bertanding di atas tiket BN di Shah Alam juga mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi di sana," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, dekat sini, Jumaat.
Md Yusuf berkata, seruan sokongan ini tidak hanya disasarkan terhadap calon-calon Melayu BN tetapi juga kepada calon-calon lain daripada parti komponen BN.
"Ini menggambarkan kita bukan satu pertubuhan yang rasis.
"Kita seru semua supaya kita bagi undi kepada calon-calon daripada parti komponen BN sama ada di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak," katanya.
Sementara itu ketua penerangan Perkasa negeri Mahhadee Ramlee berkata Perkasa tetap berdiri sebagai NGO walau dua anggotanya bertanding dalam pilihan raya.
"Dari segi politik kita tidak cenderung untuk letakkan calon dan sebagainya.
"Mungkin secara kebetulan dua orang ahli Perkasa terlibat bertanding. Semestinya sedikit sebanyak 'roh Perkasa' itu ada dalam diri mereka.
"Kita harap seluruh orang Melayu dan seluruh pengundi memberi undi supaya mereka dapat menjayakan misi yang kita bawa iaitu untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara," katanya.
Ketua Wiranita Perkasa negeri Rohayu Mohd Tahir berkata rakyat wajar menyokong kepimpinan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sebagai NGO yang memperjuangkan Islam kita rasa hanya BN yg kita boleh bernaung," katanya.
Katanya, manifesto BN jelas mencorakkan satu masyarakat harmoni dengan keadaan ekonomi yang baik.
Sumber Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment