Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Thursday, 23 May 2013

PERHATIAN !! Jangan terpengaruh e-mel guna nama isteri PM @NajibRazak.


Orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan sebaran e-mel palsu menggunakan nama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa e-mel itu menggunakan akaun palsu dan berniat jahat.

"Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai sebaran e-mel yang menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor sedang beredar di internet.    

"Diharapkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan agenda untuk memperdaya masyarakat dan mencemar nama baik isteri Perdana Menteri," kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.- Bernama


Monday, 25 March 2013

Rakyat Malaysia #JomBertindak dengan produk baru pm @najibrazak.

‘Jom Bertindak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.

Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi. 

Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.

Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.