Showing posts with label pemilihanUMNO. Show all posts
Showing posts with label pemilihanUMNO. Show all posts

Monday, 21 October 2013

MASYAALLAH !!! @abby_abadi112 Maki Hamun BAPA SENDIRI SEBAB PILIH #UMNO. #pemilihanUMNO @rakyatnews #OhMalaysiaku


Abby Abadi telah menyertai PAS tetapi bapanya Abdul Manan Tadin, 78 akan tetap setia bersama Umno. Dia di antara yang terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini. Katanya walaupun dia bertongkat, dia akan datang untuk pilih pemimpin Umno dan berjuang hingga akhir hayatnya dalam Umno. 

 “Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.” 


 “Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO,” katanya kepada pemberita.
KRITIKAL !!




ini lah hasil ajaran PAS... walaupun berubah ke arah muslimah , tapi hati kalau busuk tak guna juga .


Anak dok maki parti UMNO setiap hari tapi bapanya tetap setia kepada parti Melayu tersebar di negara ini hingga akhir hayat .


Sunday, 20 October 2013

#pemilihanUMNO : ADA KEJUTAN !! Keputusan Pemilihan UMNO Bhagian Baling. @azeezputera @rakyatnews


Mendebarkan !! benarlah kata orang penantian satu penyeksaan", Itu yang berlaku sekitar pemilihan UMNO Bahagian Baling yang berlansung kelmari. Menantikan keputusan amat mendebarkan apatah yang bertanding bagi merebut Jawatan dalam parti keramat UMNO hebat-hebat belaka.

secara ringkasnya, Pengundian berakhir sekitar Jam 5.00 petang ( 19/10/2013) tetapi keputusannya diumumkan Jam 10:00 pagi (20/10/2013) tempoh pengiraan mengambil masa yang begitu panjang menyaksikan urusetia terpaksa bersekang mata hampir 13 jam untuk memberikan keputusan.


Ketua UMNO Bahagian Baling : 
YB Datuk Abdul Azeez Nin Abdul Rahim 

Timbalan Ketua Bahagian :
YB Harun Aziz 

Naib Ketua Umno :

Khairul Azhar Abdullah

Ajk
Mohd Bakhari, Cg Fakharurazi, Cg Mohd Azmi Salleh, Hj Saari Hussain , Mohd Zamri Yaakob, Mohd Taufik Yaacob, Abdul Manaf Lazim, 
Raman Shariff, Dato Azwan Zainol, Mohad Subhi, Mat Rozi Abdul Hamid,
IR Abdul Manap, Syed Alias, Idris Haji Abdullah, Mokhtar Saidin,
Mohd Shukri Husin,  Harif Fazilah, Ramli Man, Noor Azman 
dan Zamri Othman.

Kepala KK pun dah ting Tong ni... berjaga menunggu keputusan.. Secara peribadi KK ucapkan Tahniah kepada semua Calon yang berjaya merebut kerusi untuk AJK kali ini. Bekerjalah dengan amanah dan berdidikasi demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA. KK tengok pemilihan kali selaras dengan Tranfomasi seperti yang dikehendakan oleh pucuk pimpinan. Ramai tenaga Muda, pelbagai latar belakang.....Kepada yang tidak mendapat kedudukan anda bukan ditolak, sebenarnya pemilihan kali cuba terbuka.. rapat saf UMNO demi memenangi hati rakyat. 




#pemilihanUMNO : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) , "Tak Kenal Maka Tak Cinta".



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Keputusan tidak rasmi 25 kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno setakat 1 pagi‎. #pemilihanUMNO #UMNO2013 @azeezputera


Post Pic

Berikut keputusan tidak rasmi 25 kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno setakat 1 pagi.
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 109 undi
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 108
3. Datuk Seri Idris Jusoh : 108
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 107 
5. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 107
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 106
7. Datuk Seri Idris Haron : 105
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 104 
9. Datuk Hasan Malek : 97
10. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 94
11. Datuk Seri Shahidan Kassim : 93 
12. Datuk Razali Ibrahim : 92
13. Datuk Seri Mohamad Hasan : 92
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 89 
15. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 83
16. Tan Sri Annuar Musa : 81
17. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 81
18. Datuk Seri Azalina Othman Said : 79
19. Dr Mohd Puad Zarkashi : 75
20. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 73
21. Datuk Abd Latiff Ahmad : 66
22. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 60
23. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 58
24. Datuk Bung Moktar Radin : 57
25. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin : 53

Sumber : AntaraPos

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Keputusan Tidak Rasmi MT Setakat 12 Tengah Malam‎. #pemilihanUMNO




Berikut adalah keputusan tidak rasmi jumlah undi yang diterima 25 calon teratas kerusi Majlis Tertinggi Umno setakat 12 tengah malam Sabtu, berdasarkan papan carta Pusat Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 82
2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 80
3. Datuk Seri Idris Jusoh : 80 undi
4. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 79
5. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 79
6. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 79
7. Datuk Seri Idris Haron : 77
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 77
9. Datuk Hasan Malek : 72
10. Datuk Razali Ibrahim : 69
11. Datuk Seri Shahidan Kassim : 69
12. Datuk Seri Mohamad Hasan : 68
13. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 67
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 67
15. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 63
16. Tan Sri Annuar Musa : 62
17. Datuk Seri Azalina Othman Said : 59
18. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 58
19. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 57
20. Dr Mohd Puad Zarkashi : 55
21. Datuk Abd Latiff Ahmad : 54
22. Datuk Bung Moktar Radin : 43
23. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 43
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 42
25. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin : 41
- BERNAMA

  • ‎Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, 19 October 2013

Zahid, Shafie, Hishammuddin Kekal Naib Presiden Umno‎.#pemilihanUMNO

Dari kiri, Hishammuddin, Zahid dan Shafie berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.

Ketiga-tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Sabtu.

Setakat pukul 11 malam, Hishammuddin secara tidak rasmi memperoleh 92 undi mendahului pencabar terdekatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan 77 undi.
Kiraan setakat 10 malam menunjukkan Zahid memperoleh 153 undi, diikuti Shafie (142), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (84), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (67), Tan Sri Mohd Ali Rustam (8) dan Tan Sri Isa Samad (7).
Ahmad Zahid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota parti di peringkat akar umbi dan bahagian Bagan Datoh di atas kepercayaan terhadapnya untuk kembali menjadi Naib Presiden Umno.
"Saya berterima kasih kepada semua jentera, teman-teman saya yang banyak membantu saya dan para perwakilan yang meletakkan saya membarisi kepimpinan Umno," katanya dalam satu kenyataan selepas beliau secara tidak rasmi mempertahankan jawatan naib presiden parti.
Shafie berkata, beliau berasa rendah diri di atas sokongan kuat yang diterima, sambil menambah bahawa Umno perlu maju dalam membantu presiden dan timbalan presiden parti dalam menghadapi cabaran akan datang.
"Ia juga penting bahawa apapun yang dihadapi dalam pemilihan, kita semua bersatu, mengekalkan perpaduan supaya Umno lebih kukuh daripada sebelum ini," katanya.
Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.
Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.
Sementara itu, seorang lagi penyandang naib presiden iaitu Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memperoleh 73 undi dengan sebahagian undinya dari bahagian Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 57 undi.
Dua lagi calon naib presiden iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing berada jauh di belakang dalam merebut jawatan itu.
Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.
Penyandang jawatan naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kedudukan Terkini #pemilihanUMNO Bagi Calon Majlis Tertinggi (MT).


Kedudukan 25 MT (keputusan tidak rasmi) jam 9.55 malam 1. Datuk Mustapa Mohamad 2. DS Ismail Sabri 3. DS Jamil Khir 4. DS Idris Jusoh 5. DS Ahmad Shabery Cheek 6. Datuk Azeez 7. DS Idris Haron 8. Datuk Rahman Dahlan 9. DS Mahadzir Khalid 10. DS Shahidan Kassim 11. Datuk Hassan Malek 12. DS Mohamad Hassan 13. Datuk Razali Ibrahim 14. TS Annuar Musa 15. Datuk Tajuddin Rahman 16. DS JJ 17. Datuk Shamsul Anuar 18. DS Azalina 19. Datuk Rosnah Shirlin 20. Datul Latif Ahmad 21. Datuk Mohd Puad Zarkashi 22. Datuk Taufik Abu Bakar Titingan 23. DS Reezal Merican 24. Datuk Bung Mokhtar Radin 25. Datuk Halimah Sadique.‎ Bernama

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, 18 October 2013

#pemilihanUMNO : KECOH SENARAI CALON MT PILIHAN BOCOR !! @NajibRazak @tunfasai #TFR4MT


Menjelang pemilihan bagi jawatan tertinggi dalam Umno esok, kita berharap para perwakilan meneliti semasak-masaknya setiap calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Calon yang baik dianggap boleh membantu mengukuhkan kepimpinan dalam Umno iaitu berkelayakan, berpengalaman, berperwatakan baik, sedia berkhidmat dan berjuang untuk parti, bangsa, agama dan negara selain tidak terjebak dengan perbuatan yang tidak sesuai.


Seramai kira-kira 146,000 perwakilan dari 191 bahagian akan membuat keputusan bijaksana yang akhirnya menghasilkan keputusan bahawa Umno sebuah parti yang berwibawa, berintegriti dan pemimpin yang dipilih pula berkemampuan, bijaksana, berakhlak dan bermoral tinggi.

Sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).

Keputusan pemilihan itu kelak akan dinilai bukan sahaja oleh anggota Umno bahkan seluruh rakyat Malaysia. Walau apapun keputusannya, beliau berharap Umno selepas pemilihan itu kelak menjadi parti yang lebih kuat, lebih disegani, lebih dihormati dan tidak dipalit dengan sebarang perkara tidak sihat.

"Yang kalah itu ahli parti dan yang menang juga ahli parti, tetapi kalau mereka tidak terpilih tidaklah bermakna terputus tanggungjawab dan peranan mereka,"Kalau ahli parti pentingkan imej parti dan maruah parti dijaga dan dipelihara, maka ahli tidak akan berbuat sesuatu yang tidak baik," TPM Bernama

KEPADA PERWAKILAN YANG DIHORMATI SEKALIAN, DIBAWAH INI DISENARAIKAN CALON NAIB PRESIDEN DAN MAJLIS TERTINGGI (MT) PILIHAN TERBAIK. SEJUJURNYA SENARAI DI BAWAH INI MERUPAKAN CALON-CALON YANG DAPAT MENTRANFORMASIKAN UMNO.

Thursday, 17 October 2013

UMNO Perlukan Lebih Ramai Pemimpin Muda - Razali #DRI4MT #PemilihanUMNO


Umno memerlukan lebih ramai pemimpin
muda menganggotai barisan kepimpinan Majlis Tertinggi bagi menghadapi realiti dan landskap politik semasa, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata pemilihan lebih ramai pemimpin mudadapat menyediakan Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan menyaingi parti lawan yang banyak membariskan pemimpin muda. "Berkongsi pengalaman dengan pemimpin lama dan idea
segar daripada pemimpin muda sudah tentunya dapatmenterjemahkan konsep meremajakan parti sekali gus mampu meraih sokongan rakyat kepada Umno," katanya.

Razali percaya para perwakilan akan memberi ruang kepada pemimpin muda untuk membarisi kepimpinan parti bagi memboleh- kan Umno terus segar dan relevan, selain mewujudkan gandingan pemimpin lama dan baharu bagi memastikan keseimbangan landskap politik hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peluang pemimpin muda membarisi Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan Sabtu ini yang melibatkan 71 calon yang bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan SriBadruddin Amiruldin, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding.

Sabtu ini, 144,297 perwakilan Umno di seluruh negara akan menentukan pucuk pimpinan parti di peringkat bahagian dan pusat secara serentak.

Sedikit mengenai #DRI4MT, Calon MT No.
20 ini. Seharus kita amat kagum dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini yang kesetiaannya kepada Parti.

MENGHARAPKAN semua perwakilan UMNO dapat beri sokongan dan undian kepada beliau.

Biodata YB Dato' Razali Bin Ibrahim
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1970
Umur : 38
Tempat Kelahiran : Seri Menanti, Muar, Johor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Taraf Perkahwinan : Berkahwin dengan 2 anak
Nama Isteri : Melissa Shireen Munshir
Nama Anak : Razmel Razali & Myra Alissa Razali
Pekerjaan : Ahli Parlimen & Peguam.

Tuesday, 15 October 2013

KECOH DI BALING : Calon Dakwa Tidak Dimaklumkan Sama Ada Menang Atau Kalah. @azeez_putera #pemilihanUMNO @NajibRazak


‎Lima calon yang bertanding bagi jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian Baling pada Sabtu lepas mendakwa mereka masih tidak mendapat keputusan pertandingan jawatan itu sama ada menang atau kalah.
Mereka turut mendakwa telah menghubungi setiausaha pergerakan itu tetapi gagal mendapat jawapan.
Akibat tidak puas hati seorang daripada mereka membuat laporan polis di IbuPejabat Polis Baling semalam.
Seorang calon terbabit, Hasliza Harun, 48, mendakwa sehingga Isnin, beliau tidak dimaklumkan sama ada menang atau kalah bagi jawatan anggota jawatankuasa yang ditandinginya.
Bekas setiausaha pergerakan Wanita Umno bahagian Baling itu berkata keputusan pertandingan semua jawatan dalam pergerakan Wanita Umo bahagian Baling diumumkan pada pukul 4.30 pagi tetapi tidak semua keputusan calon yang bertanding diumumkan menyebabkan berlaku salah faham antara perwakilan.
"Kami akan menyerahkan bukti termasuk gambar ada pihak yang tidak berkaitan berada di dalam dewan pengundian dan di bilik mengira undi," katanya.
Seorang lagi calon anggota jawatankuasa, Fuziah Shaarim, 51, berkata beliau juga tidak mengetahui keputusan sama ada menang atau kalah kerana tidak diumumkan.
Nafisah Sulaiman, 45, pula melahirkan kekesalannya kerana tidak berlakuketelusan dan mendakwa keputusan pertandingan pada Sabtu lepas meragukan.-BERNAMA