Tuesday, 24 January 2012
SERAH BORANG.......
LANGIT TAK SELALUNYA CERAH....
Seramai 73 Orang ahli PAS yang terdiri dari pemuda serta ahli pas yang kecewa dengan sikap lepas tangan pemimpin pas kawasan Baling menyertai UMNO. Penyerahan borang diterima oleh Ketua UMNO Bahagian Baling Dato' Azeez Rahim.
Monday, 23 January 2012
PERLU TONTON.................
PDRM Info - Video Ngeri Yang Anda Pengguna Jalanraya Perlu Tonton
Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.
Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan pada Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.
Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.
Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.
Polis juga mengeluarkan 18,722 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat tujuh hari operasi itu, kini 120,838 saman atas pelbagai kesalahan.
Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina itu akan berakhir pada 30 Januari. — BERNAMA
GOMO: Diharapkan para pengguna Jalanraya mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak Polis Trafik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Diatas ini pula Video dari PDRM yang mana memaparkan lokasi lokasi kemalangan yang sering berlaku pada setiap kali perayaan.
Berhati Hati di Jalanraya....
Psssttt... Sekali sekala kena keluarkan artikel sebegini, demi kesedaran rakyat Malaysia.
JOM PAKAT PI.......................................Kepala Batas.
10 ribu dijangka sertai HIMPUN di Kepala Batas.
Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan keempat yang dijadual diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini.
Pengerusi bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam ketika ini.
"Himpun mengumpulkan semua lapisan masyarakat beragama Islam dari segenap lapisan tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, meningkatkan kesedaran mempertahankan akidah dari godaan anasir negatif," katanya pada sidang media sempena perhimpunan itu di sini, kelmarin.
"Perhimpunan ini tiada kaitan langsung dengan fahaman atau ideologi mana-mana parti politik, tujuan kita adakan perhimpunan ini hanyalah untuk mempertahankan akidah umat Islam, memberi kesedaran tentang ancaman luar dan tiada kaitan langsung dengan politik," kata beliau.
Katanya pada perhimpunan itu bekas EXCO kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah akan memberikan ceramah.
Perhimpunan yang bertemakan 'Selamat Akidah' itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Far-East, Mestica dan Muaz.
sumber : UtaraNews.com.
SYAHADAH,IBADAH,AMALAN KITA SAMA DAN TUJUAN KITA ADALAH SAMA.
Sunday, 22 January 2012
liwat
WIKILEAKS DEDAH KEGIATAN. Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan singapura dan Lee Kuan Yew telah memberitahu Pej. Penilaian Kebangsaan (ONA) bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalm kegiatan Homoseksual. BOHONG: MATI PUCUK & SAKIT TULANG BELAKANG. Dalam keterangan Datuk Dr S Jayaindran yg melakukan pemeriksaan fizikal di hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 julai 2008 Anwar didapati tidak ada masaalah kesihatan sprti yang didakwa.keterangan ini dicabar. FORENSIK ADA BUKTI KUKUH. 4 org pakar patologi forensi, Dr siew Sheue feng, Dr. Razuin rahimi, Dr. Khairul Nizam Hassan dan Dr. Mohd Razali Ibrahim telah membutikan anwar melakukan hubungan Luar Tabi'e dan terdapat air mani anwar pada tubuh Saiful. KAPAL 'LIWAT SUKA SAMA SUKA
Published with Blogger-droid v2.0.3
:: UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012 ::
SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU CINA
" GONG XI FA CAI"
SEMARAKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
JKM BERSAMA MASYARAKAT
Ahad, 22 Januari 2012- Bertempat di Dewan UMNO KEDA Taman sri Harapan, Penyelaras DUN Kupang En Ishak Bin Mat bersama JKM Daerah Baling yang di ketuai Pn Nazatul Iffah Bt Abdullah,pegawai PKMD Baling menyampaikan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan,di kawasan Kupang Baling. JKM BERSAMA MASYARAKAT
Moga dengan sumbangan yang diberi KERJAAN 1 MALAYSIA dapat mengurang beban yang dihadapi dan memberi kecerian dalam hidup.
Syabas Penyelaras DUN Kupang.
Saturday, 21 January 2012
PENYELARAS PARLIMEN DAN DUN ADAKAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
1 MALAYSIA !!!!!!!!

21 Jan. 2012 (Sabtu) - BARISAN NASIONAL Parlimen Baling berjaya menganjurkan sumbangan kepada masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012. Sebanyak 1500 Kotak buah limau yang menjadi lambang masyarakat Thionghua diedarkan di 3 DUN, Kuala Ketil, Kupang dan Bayu, dari rumah kerumah di beberapa pekan kecil dan penempatan kaum cina di Daerah Baling.Bagi DUN Kupang, Penyelaras DUN Kupang merangkat Naib Ketua UMNO Bhg. Baling Encik Ishak Mat, Konsep Memberikan sumbangan dari rumah ke rumah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan membantu meningkatkan fahaman Konsep 1Malaysia.
sebanyak 500 Kotak buah limau di edarkan di beberapa kawasan dalam DUN Kupang antaranya Pekan Kupang, Pekan Kuala Pegang, Taman Sri Jaya Kuala Pegang, Pekan Malau, Kg. Tanjung Merbau Dan beberapa kawasan Komuniti masyarakat cina. Bercakap kepada KK melalui telepfon sebentar tadi.
Berasaskan semangat 1 Malaysia yang di ilham PM dan Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan bangsa, perasaan hormat menghormati perlu disemai supaya semua pihak dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Moga sumbangan ini mampu memberikan keceriaan kepada warga Tionghua khususnya di Baling ini.Turut sama ketika Program ini Dato' Azeez Rahim selaku Penyelaras Parlimen Baling. Gambar Sekitar penyerahan sumbangan buah limau Di DUN Kupang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























