Saturday 21 January 2012

PENYELARAS PARLIMEN DAN DUN ADAKAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

1 MALAYSIA !!!!!!!!





21 Jan. 2012 (Sabtu) - BARISAN NASIONAL Parlimen Baling berjaya menganjurkan sumbangan kepada masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012. Sebanyak 1500 Kotak buah limau yang menjadi lambang masyarakat Thionghua diedarkan di 3 DUN, Kuala Ketil, Kupang dan Bayu, dari rumah kerumah di beberapa pekan kecil dan penempatan kaum cina di Daerah Baling.

Bagi DUN Kupang, Penyelaras DUN Kupang merangkat Naib Ketua UMNO Bhg. Baling Encik Ishak Mat, Konsep Memberikan sumbangan dari rumah ke rumah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan membantu meningkatkan fahaman Konsep 1Malaysia.
sebanyak 500 Kotak buah limau di edarkan di beberapa kawasan dalam DUN Kupang antaranya Pekan Kupang, Pekan Kuala Pegang, Taman Sri Jaya Kuala Pegang, Pekan Malau, Kg. Tanjung Merbau Dan beberapa kawasan Komuniti masyarakat cina. Bercakap kepada KK melalui telepfon sebentar tadi. 

Berasaskan semangat 1 Malaysia yang di ilham PM dan Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan bangsa, perasaan hormat menghormati perlu disemai supaya semua pihak dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Moga sumbangan ini mampu memberikan keceriaan kepada warga Tionghua khususnya di Baling ini.Turut sama ketika Program ini Dato' Azeez Rahim selaku Penyelaras Parlimen Baling. 




Gambar Sekitar penyerahan sumbangan buah limau Di DUN Kupang.















No comments:

Post a Comment