Sunday, 8 January 2012

APA DAH JADI..........MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Kedai judi yang berselindung di sebalik kedai 'topup' di daerah ini. lebih specifik di Kuala PegangKedai ‘topup’ markas judi

SUMBER BALING TODAY
BALING- Judi ekor di daerah ini semakin berleluasa sehingga ada yang berselindung di sebalik kedai ‘topup’ untuk menjalakan akviti haram mereka.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan pekan di daerah ini mendapati terdapat banyak kedai menjalankan aktiviti menjual nombor ekor secara haram termasuk di kawasan pasar tani.
Terdapat juga peniaga judi ekor ini menggantungkan kain rentang tambah nilai di luar premis namun langsung tidak menjalankan perniagaan tambah nilai melainkan penjualan nombor ekor semata-mata.
Kedai judi yang berselindung di sebalik kedai 'topup' di daerah ini. lebih specifik di Kuala Pegang
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Amri mendedahkan memang terdapat banyak kedai nombor ekor haram yang berleluasa di kawasan Baling dan ada diantara peniaga yang menjalankan akviti penjualan nombor ekor bergerak.
“Saya ambil contoh di pekan Kuala Pegang, setiap pagi ada peniaga yang datang di setiap kedai kopi untuk menjual nombor ekor. Keadaan ini berlaku di  antara jam lapan sehingga 10 pagi.
“Kebanyakkan penduduk sedia maklum mengenai hal ini, namum, apa kan daya, kebanyakkan yang membeli nombor ekor ini adalah penduduk setempat dan juga orang melayu,” katanya.
Amri berkata, terdapat juga penjual nombor ekor di kawasan ini mengenakan bayaran tertentu sekiranya nombor yang dibeli diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.
Judi oh judi
“Jumlah ini dikenakan kepada mengikut jumlah wang yang dimenangi oleh pembeli nombor ekor. Sekiranya mereka menang RM 2,000, mereka perlu memberikan RM 200, sebagai duit kopi kepada penjual nombor.
“Maklumat ini diberitahu oleh rakan-rakan yang bermain nombor ekor ini. Walaupun kerap menasihati mereka, mereka seolah-olah tidak peduli dan ketagih dengan akviti ini,” katanya.
Berkutan kebanjiran judi haram, penduduk  mudah mendapatkan nombor ekor tanpa berasa segan silu walaupun terdapat kedai yang berada kawasan awam.
Katanya, terdapat seorang rakannya yang begitu gembira apabila berjaya memenangi hadiah utama yang bernilai RM 11,000 hasil pembelian nombor ekor ini.
“Siapa yang tak seronok dapat RM 11,000, namun, sehingga kini, saya tidak melihat sebarang perubahan padanya walaupun dari segi pakaian sehinggalah wang itu habis dibelanjakannya.
“Itulah hikmahnya, walau banyak mana duit itu sekalipun namun dari hasil yang tidak halal, wang itu tidak berkat dan akan habis tanpa disedari,” katanya.
Amri berkata, pihak berkuasa memang melakukan pemeriksaan dan serbuan, namun, terdapat peniaga yang masih berdegil dan meneruskan perniagaan mereka.
“Mereka mempunyai wang, kalau naik mahkahmah, mereka mampu bayar, kemudiaan mereka akan berniaga lagi,” katanya
END
Keterangan Gambar
Sinar Harian merakamkan sebuah kedai nombor  ekor yang berselindung di sebalik kedai ‘topup’ di daerah ini.
SUMBER BALING TODAY

No comments:

Post a Comment