Sunday 29 January 2012

MAJLIS MAKAN MALAM DAN RAMAH MESRA DUN KUPANG

Anjuran PEMUDA DAN PUTERI Cawangan DUN Kupang dengan Kerjasam PEJABAT PENYELARAS DUN KUPANG. (ISHAK MAT)









Golongan muda-mudi sememangnya harta negara yang paling mahal. Harapan yang dipertaruhkan kepada mereka sangatlah tinggi. Perhatian optimum terhadap akhlak dan jati diri anak-anak muda menjadi agenda utama dalam perancangan dasar awam sesebuah negara yang ingin terus berdaya saing dalam jangka masa panjang.
Pancaroba yang menanti generasi muda bukan sedikit. Pengaruh hedonisme dan aliran pemikiran ekstrem perlu diawasi. Begitu pun, generasi dewasa tidak seyogia terlalu keras dalam urusan yang melibatkan anak-anak muda ini jika tidak mahu mereka menjauhkan diri.

Orang dewasa dan orang tua janganlah melupai sejarah mereka sendiri sewaktu berusia muda. Tidaklah rugi untuk menyantuni orang muda dengan penuh hikmah. Lagi pun,  khidmat dan layanan orang muda juga yang didambakan apabila kaum dewasa makin dimamah usia, serta tidak lagi berdaya
!

TAHNIAH SUKARELAWAN PEMUDA DAN PUTERI DUN KUPANG...... selaku penganjur program majlis makan malam ini. usaha dan keringat amatlah di hargai.....

No comments:

Post a Comment