Sunday 15 January 2012

CARA MEMOHON SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA)

PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA MULAI 30 JAN 2012 | CARA MEMOHON DAN SYARAT SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA)

Skim-Amanah-Rakyat-1Malaysia
Berita gembira buat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bawah RM3000 sebulan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SARA 1MALAYSIA bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1 MALAYSIA) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn. Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Skim ini dapat menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menabung dan melabur.

Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia akan dibuka pada 30 Januari 2012 dan mereka yang berpendapatan kasar RM500 hingga RM3000 sebulan layak memohon.

Kelayakan Memohon:
  • Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 58 tahun.
  • Mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM500-RM300 sebulan.
  • Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
  • Syarat-syarat lain ditetapkan oleh bank.

Institusi Kewangan Yang Mengambil Bahagian:
  • MAYBANK
  • CIMB BANK
  • RHB BANK
  • BANK SIMPANAN NASIAONAL (BSN)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan:
Pemohon diminta menyediakan salinan dan dokumen asal yang disahkan seperti berikut:
  • Kad Pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad Pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan, 1 salinan penyata gaji 3 bulan terkini, salinan penyata bank 3 bulan terkini

Segala maklumat lanjut boleh layari laman web SARA 1MALAYSIA KLIK SIN http://www.sara1malaysia.com.my/n_index.phpI.

No comments:

Post a Comment