Friday, 1 February 2013

Apa yang yang "syiok" dan terbaru tentang Danok, Thailand.


Selain dikenali sebagai syurga membeli-belah dan makanan, pekan Danok turut menawarkan spa untuk wanita yang ingin memanjakan diri.
“Perkhidmatan yang ditawarkan sangat murah iaitu sekitar RM70, anda boleh mendapatkan perkhidmatan urut, lulur badan, mandi sauna dan mandi susu. Kalau di Sintok, Kedah, perkhidmatan seperti itu saja sudah mencecah ratusan ringgit,” katanya.
merupakan sebuah pekan kecil yang kurang dikenali ramai yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah syurga membeli-belah kerana barang-barang yang dijual boleh dianggap lebih murah daripada yang terdapat di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Itulah Danok, sebuah pekan kecil di Thailand setelah melepasi Bukit Kayu Hitam di Kedah.
Apa sahaja yang anda ingini seperti pakaian, seluar ataupun beg daripada pelbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Coach atau Prada semuanya ada di sini.
Harga? Ia jauh lebih murah berbanding di butik terkenal Kuala Lumpur, malah lokasi beli-belah di Petaling Street.
Selain sebagai pusat beli-belah, Danok, sebuah pekan kecil ala-ala pekan koboi ini juga adalah syurga makanan.





Baca selanjut mengenai Danok kat sini : PRODUK TERBAHARU DANOK

Pas rela lindungi @dapmalaysia dari ahlinya.#KL112

PAS Akan Panggil Ahli Terlibat Demonstrasi, Pijak Bendera DAP


PETALING JAYA: PAS akan memanggil dan mendengar penjelasan ahli parti itu yang terlibat dalam demonstrasi dan pijak bendera DAP di hadapan pejabat Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini sebelum mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi berkata, perkara itu masih lagi dalam siasatan sama ada mereka benar-benar ahli parti itu atau tidak.

"Jika mereka benar ahli PAS kita akan panggil dan dengar penjelasan mereka terlebih dahulu sebelum mengenakan apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Kita perlu tahu apa punca dan kenapa mereka bertindak begitu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Nasrudin diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang meminta agar PAS membuktikan bahawa kejadian pijak bendera DAP adalah bukan ahli dari parti itu.

Pada 22 Januari lalu, Bernama melaporkan sekumpulan ahli PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh di George Town, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.

Tambah Nasarudin, PAS tidak pernah berdiam diri dengan perkara seperti itu namun perkara utama buat masa ini adalah untuk fokus terhadap pilihan raya yang semakin hampir.

"Kita akan selesaikan perkara ini tapi mungkin mengambil sedikit masa kerana perkara utama sekarang adalah fokus terhadap pilihan raya," katanya.

Jelasnya, pemuda kini dalam persiapan peringkat terakhir dalam menghadapi Pilihan Raya ke-13.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tragedi Malam Jumaat : Anggota polis IPD Baling parah terbabas !! @PDRMsia @HishammuddinH2O

polis5

BALING- Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis(IPD) Baling parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Kampung Teluk Teduri di sini, semalam.
Mangsa, Zulkifli Md Nor,32 dari Kuaters Klinik Desa Kampung Pisang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini koma setelah terhumban ke dalam parit sedalam  hampir dua meter.
Difahamkan, mangsa yang bertugas di cawangan pengangkutan lebih dari kira-kira 10 tahun itu dalam perjalanan pulang dari IPD ke rumahnya.

Sharnaaz akan terus menunggu restu daripada ibu bapa @Shilaamzah untuk kahwin pilihan hatinya.

PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad akan tetap berpegang pada pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun berkemungkinan cinta mereka mendapat halangan keluarga.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, dia akan terus menunggu respons positif kedua ibu bapa Shila iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman dengan penuh sabar dan hormat bagi melaksanakan niat suci itu.

"Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Jumaat.

Konflik terbaharu dalam hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila ditolak bapa wanita itu, ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.

Aktor filem Juvana itu berkata, dia tidak akan berganjak daripada hasrat itu sekalipun ditentang oleh semua pihak.


"Kalau semua orang tak suka (untuk berkahwin), saya tidak peduli sebab yang hendak kahwin adalah saya dan Shila, bukannya saya hendak kahwin dengan semua orang lain.

"Berat dan payah macam mana pun, saya tetap bersabar dan tunggu sehingga keadaan beransur baik, insya-Allah," katanya.

Ditanya adakah dia mendapatkan pandangan orang tuanya berhubung konflik itu, Sharnaaz berkata, ibu bapanya turut berkecil hati dan kecewa dengan situasi tersebut kerana dia dan Shila sudah saling mengenali dan berkawan dengan serius.

"Kalau diikutkan orang tua saya memang sangat kecewa dengan sikap ibu bapa Shila tetapi kami tetap perlukan restu dan 'lampu hijau' mereka kerana ini membabitkan soal kahwin dan bukan perkara kecil.

"Shila ada berpesan sebelum dia terbang ke China agar saya tunggu sehingga dia pulang semula ke Malaysia untuk perkembangan lanjut," katanya yang kini sibuk di lokasi filem Gila Baby arahan Kabir Bhatia.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagaimana ini terjadi ? MasyaAllah @inspirasiislami


Inilah padah sekiranya kita menghalalkan serta menyokong perbuatan manusia di bawah .....ini





Jikalau orang Islam di dalam PKR dan PAS berbeza pandangan tentang perkara yang paling asas di dalam aqidah, maka apa gunanya PAS kekal di dalam Pakatan? Sukar dibayangkan apabila mereka hendak solat berjemaah – ‘Allah’ orang Islam PKR dimiliki bersama dengan konsep triniti Kristian, manakala Allah yang disembah Muslim PAS itu Tuhan Yang Maha Esa bersih dari segala kesyirikan. Melainkan orang Islam di dalam PKR redha dengan pluraisme agama.

[Video] Gempar !!! Ustaz Nasha akan sertai ILMU ? @ustazfathulbari @abuaqifstudio. #1Malaysia

ilmu ustaz nasha




" Dan baru-baru ini apabila beliau dipecat daripada ahli majlis syura Pas, ada sebahagian sahabat-sahabat kita yang mencadangkan agar Ustaz Nasha masuk menyertai iLMU. Orang bertanya pendapat saya, maka saya katakan dengan hati yang terbuka, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Sekiranya Ustaz Nasha sudi bersama-sama dengan kami, maka apa salahnya."
sumber ufb.
Apa-pa terpulanglah kepada Ustaz Nasha untuk memikirkan Platform mana yang terbaik bagi menruskan kesinambungan perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.




Kenyataan terkini dari Nasaruddin Mat Isa... 

Inilah layanan orang PAS kepada pejuang kebenaran. Kini tak perlu belajar agama, hanya perlu bijak menipu rakyat baru boleh diangkat sebagai ulama PAS. Berikut adalah jawapan Istaz Nasha selepas berita beliau digugurkan daripada Majlis Syura PAS.


Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. 

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. 

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

Thursday, 31 January 2013

Mengapakah ayah gadis itu tergamak melakukakan perbuatan terkutuk dan amat menjijikkan?


“Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa.

Kangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.
Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa. 
Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya. 

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.

“Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.