" Dan baru-baru ini apabila beliau dipecat daripada ahli majlis syura Pas, ada sebahagian sahabat-sahabat kita yang mencadangkan agar Ustaz Nasha masuk menyertai iLMU. Orang bertanya pendapat saya, maka saya katakan dengan hati yang terbuka, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Sekiranya Ustaz Nasha sudi bersama-sama dengan kami, maka apa salahnya."
sumber ufb.
Apa-pa terpulanglah kepada Ustaz Nasha untuk memikirkan Platform mana yang terbaik bagi menruskan kesinambungan perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Kenyataan terkini dari Nasaruddin Mat Isa...
Inilah layanan orang PAS kepada pejuang kebenaran. Kini tak perlu belajar agama, hanya perlu bijak menipu rakyat baru boleh diangkat sebagai ulama PAS. Berikut adalah jawapan Istaz Nasha selepas berita beliau digugurkan daripada Majlis Syura PAS.
Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.
Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.
Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.
Nasharudin Mat Isa
No comments:
Post a Comment