Monday 11 February 2013

Kegiatan Pembalakan Serius Di Hulu Kelantan Didedah #TukarKelantan @nikabdulaziz


KOTA BAHARU: Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), sebuah badan bukan kerajaan, mendedahkan kerakusan kerajaan negeri memberi konsesi pembalakan tanpa kawalan kepada beberapa syarikat untuk tujuan pembangunan pertanian mega dan Ladang Rakyat.

Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video dari udara berdurasi lebih 10minit yang jelas memaparkan penggodolan beberapa buah bukit, bermula dariDabong, Kuala Krai ke Neggiri, Gua Musang, didakwa membabitkan ratusan hektartanah termasuk hutan simpan.
Presiden Ombak Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mempersoalkan tindakankerajaan negeri yang sehingga kini masih merahsiakan perkara sebenar mengenaiaktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan selatan Kelantan.

Beliau berkata tidak dapat dipastikan sama ada pembalakan itu menepati undang-undang, dibuat secara sindiket atau satu jenayah tanah terancang kerana modus operandinya bukan di tepi jalan raya atau kawasan penempatan penduduk yang boleh dilihat dari jauh.

"Kerajaan negeri sepatutnya tampil menjelaskan kepada rakyat sudah berapabanyak tanah di Kelantan diberi kepada pemaju ataupun syarikat, sama ada darinegeri ini ataupun luar Kelantan.

"Kita nak tahu status konsesi balak ataupun pertanian kelompok yang dijalankan oleh syarikat berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa di sini malam Isnin.

Majlis yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk SeriMustapa Mohamed itu turut dihadiri kira-kira 350 pengamal media sosial(blogger).

Rakaman video itu yang diambil pada 8 Feb lalu turut diselaraskan dengan aplikasi Google Maps, juga ditandai dengan koordinat sebenar video ketika rakaman berlangsung.

Beliau berkata jika dibandingkan dengan aplikasi Google Maps yang diperbaharui pada 2006 itu, jelas menunjukkan penggodolan bukit-bukau berlaku secara besar-besaran di kawasan tersebut.

"Saya mohon kerajaan negeri berikan angka sebenar (hutan yang telah ditebang) ataupun adakah lagi saki-baki tanah di Kelantan ini," katanya.

Wan Khairul Ihsan, yang juga bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan,berkata Ombak sedia memberi bukti itu kepada kerajaan negeri jika mereka tidakmengetahui aktiviti pembalakan yang terjadi di kawasan berkenaan.

Ombak, katanya, turut mempunyai maklumat mengenai jumlah sebenar kawasan yang terlibat, namun masih menunggu ketelusan kerajaan negeri untuk mendedahkansendiri angka itu kepada pengetahuan umum.--


BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment