Monday 11 February 2013

Pengamal media Sosial dihargai. Banyak Membantu Gerak Kerja Parti. #TukarKedah #ubahpenang #SaveKelantan #TukarKelantan

KOTA BAHARU: Peningkatan ketara pengamal media sosial yang menyokong Barisan Nasional (BN) ternyata banyak membantu gerak kerja BN Kelantan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata Umno Kelantan mengakui betapa besarnya peranan golongan ituyang secara keseluruhannya dipelopori golongan muda untuk menangkis segalafitnah yang dilontarkan pembangkang terhadap BN.

"Saya ucap tahniah kepada badan bukan kerajaan (NG0) yang berkumpul pada malam ini, semuanya seramai 350 orang. Mereka bersemangat untuk bantu BN.
"Kita tahu pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ataupun anakmuda di Kuala Lumpur, malah yang berada di seluruh dunia mengikuti perkembangansosial media.

"Jadi malam ini saya dapat komitmen yang cukup tinggi daripada blogger-blogger ini untuk bersama Umno," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa, di sini, malam Ahad.

Beliau berkata sejak setahun lepas, terdapat banyak peningkatan ketara dalampelbagai aspek, terutama berkaitan isi kandungan dan strategi yang digunakanblogger-blogger tersebut untuk membantu BN.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat sejak pelancaran Gelombang Merah dua tahun lepas, selepas rakyat negeri ini mulai sedar kepincangan di dalam kerajaan negeri pimpinan PAS.

"Kita nampak ada perubahan besar berbanding 2008, perubahan ketara berlaku bermula di pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai (Kuala Krai) dan Galas (Gua Musang). Kehadiran dalam ceramah-ceramah parti pernah cecah sampai 40,000 orang iaitu di Sungai Petai, Pasir Puteh.

"Kalau program kerajaan mungkin boleh sampai, tapi ini program parti. Inisemua beri keyakinan, tapi kita tak takbur," katanya.

Justeru, Mustapa berkata pemimpin Umno perlu mengelakkan sebarang kesilapandan merancang pelbagai perkara dengan lebih baik agar kebangkitan itu dapat dipertahankan.
"Kita kena buat kerja dengan teliti dan baik, jangan lakukan sebarang kesilapan. Kalau kita dapat laksanakan ini semua, kita dapat pertahankan kebangkitan yang bermula sejak dua tahun lalu," katanya.--

BERNAMA 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment