Thursday, 28 February 2013

Mengapa @tunfaisal tidak mahu Mhasiswa jadi seperti "keldai" dalam [video] ini.




Mahasiswa yang menunjukan kobodahan sendiri. Sebenar mereka hanya menjadi alat politik Pembangkang. Mereka pun tidak tahu kenapa mereka berdiri sambil memegang kain rentang tersebut. Untuk Apa...?

kampus menjadi “medan berpolitik” dan akan menyimpang daripada matlamat asal pengajian tinggi walaupun kita digula-gulakan dengan ungkapan “ berpolitik hanya di luar kampus” kerana kita juga yakin bahawa menyekat penyebaran ideologi politik tidak semudah menakung air di dalam kolah.






Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar

SHAH ALAM – Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Tun Faisal


Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini."... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut  pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Pesanan Allahyarham Aminudin Baki : “Jangan suatu hari nanti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan akan menjadi realiti akibat kelalaian kita menguruskan masa depan anak bangsa.




No comments:

Post a Comment