Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Suara dan peranan mahasiswa untuk dalam Tranformasi #Najib4PM #Vote4BN #GE13 #PRU13 #Transformasi #BNBagus #BetterNation



Mahasiswa yang ingin melibatkan diri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dinasihat agar menyertainya secara sihat dan tidak ekstrem sehingga boleh menjejaskan reputasi institusi pengajian tinggi masing-masing.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata mahasiswa perlu sebaik-baiknya menggunakan ruang dan peluang berpolitik yang diberikan untuk mengutarakan pemikiran kreatif dan kritis mereka secara sihat.

"Mahasiswa kini bebas berpartisipasi dalam PRU-13, sama ada terlibat dalam kempen atau dipilih sebagai calon politik, persaingan yang sihat dan bersih perlu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Ke-52 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Seminar Kebahasaan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini Rabu.

PRU-13 merupakan venue pertama menyaksikan penglibatan mahasiswa dalam politik setelah kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membolehkan mahasiswa bergerak aktif dalam politik.

Ia sebahagian daripada transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang memahami dan mengiktiraf suara dan peranan mahasiswa.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Temerloh berkata beliau optimis pengundi profesional dan pertengahan yang kebanyakannya merupakan pengundi atas pagar, akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Ini kerana katanya, BN melaksanakan pelbagai pendekatan mesra yang bersesuaian untuk menarik sokongan mereka termasuk melalui media sosial.

"BN turut memberi perhatian penuh kepada golongan ini melalui pendekatan yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

"Kita juga yakin dengan manifesto, idea parti serta calon yang bersih untuk bertanding nanti, turut membantu menarik sokongan pengundi golongan pertengahan ini," katanya.-

BERNAMA

Thursday, 28 February 2013

Mengapa @tunfaisal tidak mahu Mhasiswa jadi seperti "keldai" dalam [video] ini.




Mahasiswa yang menunjukan kobodahan sendiri. Sebenar mereka hanya menjadi alat politik Pembangkang. Mereka pun tidak tahu kenapa mereka berdiri sambil memegang kain rentang tersebut. Untuk Apa...?

kampus menjadi “medan berpolitik” dan akan menyimpang daripada matlamat asal pengajian tinggi walaupun kita digula-gulakan dengan ungkapan “ berpolitik hanya di luar kampus” kerana kita juga yakin bahawa menyekat penyebaran ideologi politik tidak semudah menakung air di dalam kolah.






Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar

SHAH ALAM – Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Tun Faisal


Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini."... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut  pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Pesanan Allahyarham Aminudin Baki : “Jangan suatu hari nanti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan akan menjadi realiti akibat kelalaian kita menguruskan masa depan anak bangsa.




Tuesday, 25 September 2012

Mengemparkan !!! khabar dari utara #Aspirasimahasiswa Kuasi UUM !! @razaliibrahim @tunfaisal @mukhrizmahathir

PR KAMPUS
Polisi yang di mainkan PR untuk mempengaruhi mahasiswa tenyata gagal. Kerana hanya segelintir sahaja mahasiswa yang menjadi "sewel" akibat terpedaya dengan taktik licik pembangkang.

Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.


Sumber dari Medan Tempur Kedah Keputusan PRKampus Universiti Utara Malaysia telah diumumkan sebentar tadi dimana calon bagi Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan selesa dengan memperolehi 34 kerusi dari 36 kerusi yang dipertandingkan..

Satu kerusi berjaya dimenangi oleh calon bebas dan satu lagi dimenangi oleh pro mahasiswa..Peratusan keluar mengundi bagi UUM sebanyak 85.2% setakat jam 1 tengah hari..

Monday, 24 September 2012

Pilihan Raya Kampus :- Manifesto #AspirasiMahasiswa



Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.

Bahan Kempen Pilihanraya Kampus UIAM di dalangi Pembangkang ! #MediaSiberUIAM #PRKampus #PROMenipu








1. Gambar-gambar di atas adalah 'print screen' video kempen bagi seorang calon bernama Muhammad Hamidi bin Zamri dari KENMS.


2. Nampaknya dari video tersebut, elemen memperdagangkan agama untuk politik yang bermula dari PAS telah menyerap masuk kepada golongan Mahasiswa.


3. Calon ini yang dikatakan wakil daripada We Unite For Islam (WUFI) yang merupakan Pro-M di UIAM.


4. Tiga pesanan untuk adik Hamidi:


Firman Allah SWT:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'aam ayat 162)
Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).

 (Surah Al-Mauun Ayat 4)

Sabda Rasulullah SAW:
Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang sholat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.(Al Imam Ahmad )


5. Telah terbukti bahawa sememangnya PAS telah merosakkan pemikiran anak muda ketika ini. Proses pengkaderan PAS telah bermula sejak awal lagi.


6. Sekiranya perkara ini berlanjutan, apa agaknya akan berlaku kepada genarasi yang akan datang?


dipetik dari:

Read more: http://truthvaccine.blogspot.com/2012/09/apabila-ibadat-jadi-bahan-kempen.html#ixzz27NQuFbq3  

Sunday, 23 September 2012

Akibat ketaksuban Untuk menjadi YB termuda Adam Adi sanggup Cemarkan Imej Universiti



 
Mahasiswa adalah harapan keluarga dan negara. Oleh itu, mahasiswa harus membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan modal insan unggul dan gagasan 1Malaysia seperti yang diharapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Gunakan setiap peluang dan ruang di IPT menjadikan hasrat kerajaan ini mampu dicapai.

Tinakan Adam Adli yang cuba mengadakan pelbagai provokasi dan tindakan liar  amat kurang ajar. Apa yang di dilakukan Adam Adli memakan diri sendiri serta mencemar imej mahasiswa.

Video yang dimuat naik ini menyerlahkan lagi tindakan dan "kebodohan" sebagai hero yang dibikin oleh Pakatan Rakyat. Adam Adli cuba nak memberitahu pada semua bahawa dialah hero bagi mahasewel yang berlakon seolah-olah di tindas oleh Pengurusan UPSI di dalam menuntut hak kebebasan Mahasiswa. Adam Adli yang di gantung oleh pihak pengurusan UPSI  selama 3 tahun. kerana tindakan biadap dan liar yang melanggar paraturan Universiti.

Jom tengok bagaimana Adam cuba menjadikan isu pergantunganya sebagai modal untuk mendapat sokongan dari kalangan mahasiswa. Sebagai seorang Mahasiswa IPT/IPTA harus bijak memilih dan bertindak dengan cara yang betul demi masa depan negara.





Dari paparan video di atas, amat jelas  si Adam Adli cuba nak jadi hero dalam bikinan Pembangkansehingga sanggup merentas undang-undang demi kejaya politiknya. Adam Adli untuk menampilkan dirinya sebagai seorang PRO pembangkang untuk didendangkan.

Friday, 21 September 2012

Campur tangan Politik cetus Keganasan Pilihanraya Kampus. #Aspirasimahasiswa


PRK yang ke 13 menjadi penentu serta masa depan mahasiswa serta sebuah negara. Mahasiswa harus bijak memilih demi memastikan Kemajuan serta  kelangsungan negara ini tidak akan diserahkan pada pihak yang tidak sepatutnya. 




Sekarang ini ada segelintar mahasiswa yang terang-terang di "dibela" Parti Pembakang yang kononya pro mahasiswa sudah membawa wabak dengan meniru gaya parti politik pembangkang dengan melakukan reformasi jalanan sehinggakan mahasiswa sinonim dengan jolokkan orang bijak dan pandai mula dikuasai sikap biadap, penghianat dan perbuatan diluar tabii sebagai seorang mahasiswa.

jOM kita Imbas kembali PRK 2007 YANG MENCETUSKAN KETEGANGAN di kalangan Mahasiswa.  









Surat Abdullah Abdul Karim
Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa PAS 
Dewan Pemuda PAS Pus









SUMBER


Teruskan agenda aspirasi mahasiswa. Jangan kotori pilihan raya kampus ke-13.

masa sesebuah negara terletak di tangan anda.

Thursday, 20 September 2012

Pendedahan Panas :- PRO M mendapat tajaan Pembangkang




Pendedahan Dari Bolg Angin Perubahan :-



1) Pro M memang didalangi oleh parti politik luar seperti DAP, PKR dan PAS. Buktinya dalam banyak kempen dan demo yang diadakan oleh parti parti pembangkang tersebut, maka anggota Pro M akan turut serta. Contohnya dalam demonstrasi BERSIH 3 dan demo PTPTN. 

2) Sikap Pro M bukanlah mencerminkan wajah mahasiswa yang sebenar. Mereka tidak layak menggunakan nama mahasiswa dan mendakwa mereka mewakili mahasiswa kerana perbuatan dan tingkah laku mereka. Pro M telah mengusung mayat dalam pilihan raya kampus pada Januari 2011 di UM (dalam gambar atas), kononnya demokrasi sudah mati di kampus. 

3) Hakikatnya, bila demokrasi itu telah memenangkan pihak mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar di UM, UIA dan UKM, apakah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka kepada pengundi dan mahasiswa? Tiada program atau impak yang besar dipulangkan balik kepada mahasiswa melainkan hanya demonstrasi dan bantahan politik semata-mata. Mahasiswa dapat baucer buku pun mereka pertikaikan dan memfitnah pula pihak yang memberinya (baca sini).

4) Majoriti anggota dan kepimpinan Pro M adalah kalangan pelajar yang gagal dan menghadapi masalah dalam akademik. Lihat sahaja kepada Shazni Munir, seorang pelajar UM yang dibuang daripada universiti kerana gagal belajar. Begitu juga dengan Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee yang digantung semester dan didenda RM200 kerana menipu sijil cuti sakit bagi mengelak mereka menghadiri kursus persiapan calon pemilihan majlis perwakilan pelajar di Universiti Malaya pada Januari 2011. Penipu layak dianggap sebagai mewakili mahasiswa?


Mula mula dahulu turunkan gambar Dato Seri Najib di PWTC, kemudian arak gambar Dato Seri dengan cara ritual agama lain di Dataran Merdeka dan kini ada yang tunjuk punggung pada gambar Dato Seri Najib. Apakah ajaran ini bermula dari mereka yang di atas?

5) Mahasiswa perlu rasional dalam memilih kepimpinan kampus, apakah mahasiswa ingin memilih calon calon mahasiswa Pro M (pro pembangkang) yang melakukan sikap sikap sebegini :

5.1) Tidur di atas jalan pada jam 2 pagi untuk serah memorandum.

5.2) Panjat pagar universiti semata-mata untuk serah memorandum.

5.3) Rempuh secara ganas cermin kaca klinik untuk mendapatkan ubat. 

5.4) Lelaki dan perempuan tidur dalam satu khemah di Dataran Merdeka untuk tuntut hapus PTPTN.

5.5) Rempuh pintu pejabat HEP di UPM dan UM hingga pecah dan mencederakan dua orang pegawal keselamatan. 

5.6) Membuat ritual yang bertentangan dengan agama terhadap gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dalam demo mansuh PTPTN. 

5.7) Menggelarkan polis sebagai "anjing" dalam Twitter (baca sini) serta ugut bunuh polis (baca sini).

5.8) Menghina Sultan Johor dalam Twitter (baca sini).

5.9) Bersikap tidak peduli bila Jalur Gemilang dihina dan cuba digantikan dengan bendera republik yang baru (baca sini).

5.10) Berlakon cedera dan hampir hampir mati untuk menarik simpati daripada rakyat. Kemudian mengajak rakyat menuduh pihak lain sebagai jahat (baca sini).