Polisi yang di mainkan PR untuk mempengaruhi mahasiswa tenyata gagal. Kerana hanya segelintir sahaja mahasiswa yang menjadi "sewel" akibat terpedaya dengan taktik licik pembangkang.
Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.
Sumber dari Medan Tempur Kedah Keputusan PRKampus Universiti Utara Malaysia telah diumumkan sebentar tadi dimana calon bagi Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan selesa dengan memperolehi 34 kerusi dari 36 kerusi yang dipertandingkan..
Satu kerusi berjaya dimenangi oleh calon bebas dan satu lagi dimenangi oleh pro mahasiswa..Peratusan keluar mengundi bagi UUM sebanyak 85.2% setakat jam 1 tengah hari..
No comments:
Post a Comment