Wednesday 26 September 2012

[Video] Jangan Pertikal Calon yang di Pilih- Naib Canselor UUM #aspirasimahsiswa



Mereka yang di pilih yang terbaik. Kematangan mahasiswa untuk memilih calon untuk MP dapat dilihat pada PRK kali ini.Mereka yang diberi mandat perlu faham dan sedar apa yang dikehendaki pelajar selain menjadi jambatan dan penghubung pelajar dengan pihak universiti. Misi dan aspirasi univerisiti dan membantu menjayakan matlamat melahirkan graduan yang menepati keperluan dan kehendak negara.





Sidang Media yang selepas PRK di UUM Sintok, Kedah.


Pilihan Raya Kampus: Pro-Aspirasi Menang Besar
KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa telah menang besar dalam pilihan raya kampus di tujuh daripada 15 buah universiti awam pada Selasa.
Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Di UPM, Aspirasi Mahasiwa yang juga dikenali sebagai Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan sementara Pro-Mahasiswa memperoleh tujuh kerusi.
Calon Pro-Aspirasi turut menyapu bersih sebanyak 34 daripada 36 keruasi di UUM, 18 daripada 20 kerusi di UMT, 22 daripada 24 kerusi di UMP dan menang kesemua kerusi di UPNM.
Sebanyak 15 universiti awam mengadakan pilihan raya kampus pada Selasa.
Calon Pro-Aspirasi merupakan kumpulan pro-establishment manakala Pro-Mahasiswa merupakan anti-establishment.
Bagaimanapun, di Universiti Malaya (UM), Pro-Aspirasi telah memberi tentangan yang sengit kepada pencabar mereka iaitu Pro Mahasiswa.
Walaupun kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa mendakwa bahawa mereka memenangi 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan, tetapi saingannya mempunyai 19 kerusi, Pro-Aspirasi menegaskan bahawa ia sebenarnya memenangi 21 kerusi manakala manakala Pro-Mahasiswa hanya meraih 20 kerusi.
Dua kerusi lagi berakhir dengan seri antara dua kumpulan.
UM memang dikenali sebagai kubu kuat Pro-M sebelum ini.
Keputusan lain di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pro-Aspirasi menang keseluruhan 38 kerusi yang dipertandingkan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menang 10 daripada 14 kerusi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menang 32 daripada 36 kerusi.
Setakat ini, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masih belum mempunyai rekod rasmi.
Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).
Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.
Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr Mizan Hitam berkata, keputusan pilihan raya tidak dapat diumumkan secara rasmi berikutan terdapat masalah teknikal semasa proses pengundian elektronik.
"Catatan terakhir menunjukkan sebahagian undi tidak dapat direkodkan kerana proses penyulitan tidak lengkap," beliau berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pengundian semula dijangka akan dilakukan dalam tempoh seminggu._SUMBER

1 comment: