Wednesday, 19 September 2012

[Video]: Gadis 8 Tahun Bercakap Pasal Jihad Diintip Polis Australia.

Satu rakaman video menunjukan kemunculan seorang gadis kecil berusia 8 tahun 
bercakap tentang cintanya terhadap Jihad dan kebangkitan rakyat Syria semasa 
persidangan Islam di Australia baru baru ini..Menurut sumber, gadis kecil 
ini dikenali sebagai Ruqaya..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat 
bawah ni..



Gadis kecil itu membuat komen yg agak kontroversi apa lagi ketika beliau muncul 
dalam satu persidangan di perhimpunan Islam, manakala bandar Sydney Australia 
terus dipanaskan oleh pelbagai urusan dengan berita2 kejatuhan dari rusuhan 
ganas dan tangkapan pada hujung minggu lalu.



Kemunculan gadis itu Ruqaya, berusia lapan tahun, telah difilemkan ketika ia 
bercakap semasa persidangan diadakan oleh bab Hizbut Tahrir Australia 
di Bankstown, barat Sydney dengan jodol 'Kebangkitan Islam’.  



Pihak berkuasa Australia kini sedang menyiasat latar belakang gadis kecil itu, 
yang mana percakapan kecintaan kepada Jihad telah difilemkan yg juga 
mengaitkan perang suci atau perjuangan rohani serta pemberontakan 
ganas di Syria dan komuniti global sekarang, dengan kebangkitan Islam.



Menurut 9News , Video itu menunjukkan gadis kecil berkata: 
'kebangkitan ini telah menunjukkan bahawa ummah ini masih hidup dan 
juga sentimen beliau adalah untuk Islam, cintanya adalah untuk jihad.



'Kanak-kanak yg terlalu muda itu 

agak berani bercakap mengenai 
diri nya, boleh dilihat di jalan-jalan 
yang menyertai demonstrasi 
kebangkitan, dan kepada penjihad 
demi mempertaruhkan nyawa mereka 
untuk membawa makanan, 
air dan ubatubatan untuk ahli-ahli 
keluarga mereka yang cedera, 
serta ramai diantara mereka 
tidak akan kembali kepada ibu-ibu 
mereka ... “Tiada siapa yang terlalu 
muda” tambahnya.



Sydney adalah tempat perhimpunan hujung minggu, serta menyentuh sebahagian 
daripada demonstrasi di seluruh dunia telah diadakan, bagi mem protes terhadap 
video AS yg menghina Nbi Muihammad dan anti-Islam.


Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di bandar Australia, dengan 17 cedera 
dan enam ditangkap dan didakwa pada hari Sabtu lalu.


Video:

No comments:

Post a Comment