Monday, 24 September 2012

Mewahnya Pakatan Rakyat…Siapa Sponsor ek !!


Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet mewah pula dalam usaha mereka 'mendekati' rakyat marhaen.

KK ambil dari artikel dari Minda Hijrah yang membongkarkan "kehidupan" mewah pemimpinan PR. Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat. Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal 'kenangan' kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN.

Pemimpin BN diperuntukkan segala kemudahan oleh kerajaan, dan bukannya dengan menggunakan wang persendirian. Begitupun, tiada pemimpin BN yang sebegitu mewah, termasuk Perdana Menteri sendiri.

Sebenarnya, kemewahan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang rahsia. Melihat dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau sebulan, tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau lebih hebat dari seorang Ketua Negara.

Mungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura. Beliau yang menjadi mewah secara mendadak, sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan yang mewah secara melampau.

Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya.

Khabarnya, jet tersebut disewa dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat untuk digunakan khas bagi Anwar melawat Sabah, Sarawak dan Labuan. Turut bersama Anwar ialah Tian Chua dan beberapa pemimpin PR lain, termasuk Bendahari parti PAS.

Nampaknya, Anwar benar-benar ingin menjalani kehidupan sebagaimana dirasakan 'layak' buat dirinya iaitu sebagai seorang yang sepatutnya menjadi ketua negara. Pastinya, lawatan ke Sabah, Sarawak dan Labuan begitu penting bagi Anwar sehinggakan kos sewaan dan segala perbelanjaan sampingan yang pastinya mencapai ratusan ribu kalaupun tidak jutaan ringgit tidak menjadi soal baginya.

Atau mungkin juga, kos setakat itu hanyalah 'di celah gigi' saja baginya..
Dengan kemewahan Anwar dan PR yang melampau ini, dengan sendirinya segala fitnah mereka terhadap Datin Seri Rosmah yang kononnya suka bermewah dan membazir sudah tidak relevan lagi.

Kini, PR tidak punya kredibiliti lagi untuk mencipta isu harga beg tangan atau cincin isteri Perdana Menteri, atau mempersoalkan keluarga Perdana Menteri membeli belah atau kos satu-satu majlis peribadi.

Sedangkan di pihak PR sendiri, belum pun mendapat kuasa, jurang antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu ketara.

Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR benar-benar berkuasa. Agaknya, apakah jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem keselamatan tercanggih ala Israel. Majlis-majlis keluarga mereka juga tentunya setanding dengan Presiden Amerika Syarikat layaknya dan mungkin dihadiri oleh artis-artis Hollywood juga.

Tidak mampu rasanya walaupun hanya untuk membayangkan berapakah agaknya kos bagi merealisasikan 'kehidupan di atas kayangan ini?'

Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan 'membazir', maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir? Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa? Kenapa perlukan sebuah jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya?

Rakyat wajar meneliti sifat suka bermewah dan membazir pemimpin PR dengan lebih serius.

Jika PR diberi mandat, negara ini tidak mungkin mampu membiayai cara hidup mereka yang setanding pemimpin kuasa besar dunia. Apatah lagi jika segala janji-janji Buku Jingga ditunaikan di mana tol dihapuskan, hutang PTPTN dihapuskan, royalti minyak dinaikkan bagi negeri pengeluar minyak dan lain-lain janji manis lagi, yang mana pasti menyebabkan pendapatan negara berkurangan secara mendadak, maka bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin ini akan memastikan cara hidup mewah mereka kekal?

Tentulah dengan cara membalikkan semua kos tersebut kepada pengguna a.k.a rakyat melalui cukai perkhidmatan dan barangan. Akhirnya, yang untung ialah golongan peniaga dan kaya, serta pemimpin PR. Dan yang menanggung sengsara adalah rakyat marhaen sekalian.


 KK_ Pehhhhhh... mewah nya pemimpin pakatan haram ini !!! inilah yang rakyat perlu tahu, depan rakyat bukan main depa berlakon susah, minta simpati..podahhhhh !!




No comments:

Post a Comment