Tuesday 18 September 2012

Pilihan Raya Kampus: Calon Aspirasi jadi pilihan Mahasiswa.

Pilihan Raya Kampus: Calon Pro-Aspirasi Dijangka Menang Besar

PETALING JAYA: Calon Pro-Aspirasi diramal akan mencatat kemenangan besar pada pilihan raya kampus di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 25 September ini.

Menurut seorang pemerhati politik kampus, keyakinan itu dapat dilihat berdasarkan sokongan yang diberikan terhadap kumpulan terbabit di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
"Di UniMAP, pertandingan melibatkan sesama calon Pro-Aspirasi manakala kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) hanya menghantar seorang calon di UniSZA. Calon Pro-Aspirasi turut menang enam kerusi pada sesi penamaan calon di UTHM," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Beliau yang enggan dikenali berkata, sebanyak lima universiti iaitu UniMAP, UniSZA, UTHM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis ini.

"Kelima-lima IPTA ini sudah buat penamaan calon. Kini calon yang akan bertanding tengah sibuk dengan kempen masing-masing," katanya.

Sementara itu, 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya pada Selasa minggu depan.

Antaranya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Katanya lagi, persaingan sengit antara kedua-dua kumpulan dijangka berlaku di UIA dan UM.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, bahang pilihan raya kampus di beberapa universiti utama di sekitar Lembah Klang, mula tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Kita dah lihat kumpulan Pro-Aspirasi dan pro-M sudah mula berkempen. Saingan antara kedua-dua kumpulan di sekitar Lembah Klang dijangka sengit. Namun, saya yakin Pro-Aspirasi akan berjaya mengekalkan dominasi pada pilihan raya kampus kali ini," katanya._Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








No comments:

Post a Comment