Sunday 30 September 2012

Bomoh Dijatuhi 3 Tahun Penjara, Sebatan Kerana Salah Guna Harta Dan Perdaya

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menyalahgunakan harta dan 14 tuduhan memperdaya bagi penyerahan barang kemas antara Jun 2010 dan Mei lepas.

Omar Mohamad, 38, yang merupakan seorang bomoh membuat pengakuan berkenaanselepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd AzlanShah Mohd Allias.

Dia yang beralamat di Kampung Pekajang, Gelang Patah, dekat sini, dituduhmenyalahgunakan harta berupa emas bagi bagi kegunaan sendiri dengan melupus danmemajaknya di Kedai Emas Golden Height di a 56, Kampung Paya Mengkuang, TanjungKupang, Gelang Patah, kira-kira pukul 10 pagi, 1 Feb tahun lepas.

Kesalahan terbabit dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawahukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh didenda.

Bagi 14 tuduhan memperdaya itu, empat daripadanya dituduh dilakukan olehOmar terhadap Ibrahim Mohamed dengan memperdayanya supaya menyerahkankeseluruhan wang berjumlah RM9,700 yang kononnya bagi menggandakan wang tersebutdan barang kemas bernilai RM3,240 yang kononnya bagi mencucinya dari saka.

Keempat-empat tuduhan terbabit didakwa dilakukan di alamat bernombor 23,Jalan Manggis, Kampung Pasir, Tampoi, di sini, sejak 25 April 2011 sehingga 26Jun 2011.

Bagi 10 tuduhan lagi, Omar yang masih bujang dituduh memperdaya KalthomMohamed, 57, dan Salbiah Sabtu, 51, dengan memperdaya kedua-dua wanita terbabitsupaya menyerahkan wang tunai dan hasil jualan barang kemas yang keseluruhannyaberjumlah RM140,538 yang kononnya bagi mengelakkan wang tersebut hilang disedutmahkluk halus dan bagi mencuci barang kemas dari saka.

Kesalahan-kesalahan terbabit didakwa dilakukan depan Bank Simpanan Nasionaldi Bandar Baru Uda, Bank CIMB di Bandar Baru Uda, Plaza Angsana dan Batu 4 1/2Jalan Skudai Kiri, di sini, antara 17 Jun 2010 dan 21 Mei lepas.

Kesemua 14 pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

Mahkamah memutuskan Omar dipenjara tiga tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan menyalahgunakan harta terbabit serta tiga tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap 14 pertuduhan memperdaya tersebut.

Bagaimanapun, kesemua hukuman penjara tersebut diputuskan bermula serentakdari tarikh dia ditangkap iaitu 19 Sept lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraff MohdDiah manakala Omar tidak diwakili peguam. BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment